Pages

Thursday, December 13, 2012

Semangat Kejiranan

Mari kita tenangkan jiwa dengan bincangkan isu masyarat.
*Sebonarnya isu saya sendiri*



Saya dah dok sorga kami ni da lebih 3 tahun.
Tapi percayakah anda yang kalau saya berselisih dengan jiran depan rumah kat tempat lain memang sah saya tak kenal.
Ok meh sini saya test tahap mana kenalnya saya dengan jiran.
Jiran belah kanan

Khidir+ Nisa
Tak tau
Sha + (Tak tau nama Suami)
Kawan sekolah En Suami + Isteri (Tak tau nama)

Ok tu je yang aku kenal.
Belah kiri
Anis + Wan
Hajar + Ayin
Noh + Isteri
Hilmi + Norma
Bekas ketua blok + Isteri

Belakang
Kak Ida + Suami
Linda n family

Depan
Suami isteri cikgu
Orang pintu pagar besar
Orang persona merah

Ok.. Sudah.. Conclusionnya sampai situ je yang saya tahu.
Dan sebenarnya saya hanya tahu orang y betul2 sebelah rumah.


Kenapa begitu?
Jiran kiri kanan sume keje.
Anak blom masuk skolah.
So bila tak keje hanya habiskan masa kat dalm rumah.
Takdernya dok luar pagar borak-borak.
Hanya bila berselisih ata kebetulan park kete sama2 bila balik keje sekdar tegur2 n borak kejap2 hulur tangan salam2.

Dan ini hnya terjadi di baris saya sahaja.
Baris lain saya tengok elok dorang lepak petang2 borak2 sambil monitor anak-anak masing2 bermain.

Ermmmmm... kesimpulannya apa?
Suami say pun bukan kaki lepak luar rumah.
Kadang2 apa yang jadi keliling rumah pun tak tahu.

Satu kisah yang buat saya agak terkilan.
Bulan puasa tahun lepas.
Dapat surat undangan dalam post box jemputan sembahyang hajat.
Mulut jahat ni keluarlah "Apasal buat keje pelik sangat buat sembahyang hajat bulan puasa. Tak tahu ke org nak terawih ke apa ke"
Sampai situ..memang tak pegi lah sebab bukak puasa rumah MIL

Then dalam bulan raya lepas tu En Suami balik keje dia nampak tape polis n kereta polis kat jalan belakang.
Jalan kecil yang biasa kami guna nak elak trakfik light n jem kat depan sekolah.
Pun kami tak amik kisah.
Hanya sebut je "Ada kete polis kat belakang"
Tu je.
Seminggu lepas tu, akak kat opis yang dok kat taman sebelah seberang jalan nun call kat meja opis "Ehh.. Akak dengar ada orang jumpa mayat dekat taman awak seminggu lepas"

Hah...!!!!!
Terkejut b**** la makcik ni.
Masakan makcik tak tahu.
(Eleh ko tak bergaul dengan org cmner nak tahu?)
Then mmg xleh share info apa la sbb saya pn tak tahu.
Terus sms org belakang rumah.
Tanya hal yanga sebenarnya.

Reply Kak Ida "Biar betul awak tak tahu. Orang jumpa mayat mak orang depan rumah awak. Dia hilang sejak bulan puasa hari tu"

Hah..!!!!
Mak jiran aku hilang sejak bulan puasa????
orang depan rumah aku pulak tu.

Tak puas hati sebab sms, malam tu konon nak gi beraya, gi rumah kak Ida korek cerita.

Ya Allah.
Undangan sembahyang hajat yang aku terima tu sebab nak cari mak dia hilang.
And even sepanjang bulan tu orang memang buat gerakan mencari di kawasan keliling taman sebab ada petunjuk menyata......
(Hah tak nak sambung)
Mayat dia dijumpai oleh orang Syabas yang nak cat tangki lama.

Kesalnya Ya Allah.
Dah la tak amik tahu apa yang jadi keliling, undangan sembahyang hajat dijawab dengan kata2 tak patut.
Kesalnya.
Tapi itulah.

Entah apa cerita lagi yang kani tak tahu.
Aktiviti persatuan penduduk aktif.

Ada gotong royang, barbeque, sukaneka.
Macam2 la.
Just kami tak join.
Alasan?
Mungkin anak kecik.
En Suami, kalau saya tak ikut mmg susah dia nak g.
Ermm.. tunggu la anak-anak besar sok.


1 comment:

Unknown said...

saya lansung xkenal jiran kak. eish rasa bersalah plak :(