Pages

Monday, December 17, 2012

Cerita 2012

Salam Penghujung 2012.
Walaupun masih berbaki, tapi dah tak sabar nak recap balik kehidupan sepanjang 2012.

Kehadiran Hannah Damia Awatif 2013



Mestilah perkara paling besar tahun ni.
Kehadiran puteri ke 2 kami pada 30-03-2012 memeriahkan lagi keluarga kecil kami.
Boleh ikuti kisah kelahiran Awatif disini --> Link

Kisah Berpantang

So sejak tu juga bila saya buat tracking blog ini,
kebanyakan adalah dari carian "Persiapan Berpantang"
Ada yang cari review product berpantang, resepi berpantang, cara berpantang sendiri dan lain2 lagi yang berkaitan.

Boleh refer disini untuk rujuk kembali persiapan saya --> Link
Dan disini --> Link


Parenting



Kaseh Melissa Lyana membesar dengan baik dan sentiasa menguji kesabaran dan kebijaksaan mama.
Ada beberapa konflik ibu ini yang membuatkan rasa tugas ini mencabar.

Kisah pe-el anak yang semakin membesar disini --> Link
Kisah Kaseh yang buat mama rasa sangat down di sini --> Link
Boleh dikatakan awal-awal tahun tu agak konflik ibu dan anak.
Or mungkin ibu yang stress terlebih.


Home Organising


Dan 2012 juga boleh juga dikata tahun permulaan saya terjerumus dalan dunia Home Organising ini.
Bermula dengan semasa mengandung asyik dok fikir macamana mahu menguruskan 2 orang anak.
Google and cari maklumat terjumpa lah dengan blog dari luar negara ni.


Semenjak itu bermulalah episod demi episod cerita home organising.
Mungkin bermula dengan project work space --> Link
Dan kemudian bilik bersiap --> Link
Playroom untuk anak-anak --> Link
Dan mungkin penutup untuk 2012 project Dapur --Link
Dan kisal keseluruhan home organising boleh tengok disini --> Link

Masih mencari dan mengharap komuniti Home Organising Blogger akan terus berkembang, dan lebih bercita rasa tempatan.

Antara blog tempatan yang berkaitan Home Organising adalah.


Ada yang saya tertinggal?
Please tinggalkan jejak.

Career



Agak tough sebab banyak tanggungjawab besar yang perlu dipikul dan difikir sampai pernah nak terlelap tu terngiang-ngiang bunyi forklift.
Masih sangat-sangat dalam fasa belajar.
Masih selesa di sini walaupun kerjanya mencabar tapi I enjoy dengan cabaran ini.

2012 akan berakhir dengan 1001 pengalaman hidup.
Yang baik jadikan kenangan, yang buruk dijadikan aktibar.

2013 akan datang dengan janji dan azam untuk menjadi yang lebih baik.
Segalanya demi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Demi menuju yang Satu.

2 comments:

umialya said...

cepatnya Awatif besar..

Fizah said...

wewit ada blog ahkak la..hee..

selamat tinggal 2012...here come another year...2013, semoga menjadi insan yg lebih baik..ameen