Pages

Tuesday, December 18, 2012

Welcome 2013

Assalamualaikum.
Counting 2013.
Macam-macam dok melintas kat kepala ni. 
Apa plan nak buat next year?
Bak kata pakar-pakar motivasi, impian dan rancangan kita haruslah ditulis.
So percentage untuk menjadi kenyataan tu meningkat sikit lah.
So rakan-rakan jom taip impian anda..!!!

Anak-anak
Haruslah.
Mereka no 1.
(Suami semestinya rakan kongsi yang ada tempatnya sendiri)
Anugerah dan amanah.



Diapers Free Kaseh - Sebenarnya 70% berjaya. Just tak tau camner nak bgtau kat nursery supaya latih Kaseh diapers free.
Kat rumah pernah lah the whole day tak pakai pampers.
So target sebelum bukan 3.

Bottle Free Kaseh - Ermm.. Mungkin agak sukar. Sebab tengokkan keadaan sekrang bottle susu tu da macam terapi dia. Nak tido ke, lepas nangis ke she need that. So nak kena berforum keibubapaan dulu nak ajar macamana nak stop bottle feeding.
Nak bincang dengan nursery juga macamana ni.

Continue Breastfeeding Awatif - Walaupun dengan keadaan productivity yang agak tungganglanggang ni, masih mengharap perjalanan breastfeeding ku ini dapat berpanjangan selama mungkin.

Sleep in her own room - Dalam entry sbelum ni [Link]  ada citer serba sedikit pasal hal ni. Tapi target ni haruslah selepas diapers and bottle free.

Home Organising
Rasanya yang major adalah nak menggunakan tingkat atas sepenuhnya.
Ada beberapa plan / flow yang pelu diikut.

1. Organise barang-barang dalam store. Tak suka guna perkataan store. Tapi dah semua barang yang dulu kat bawah tangga dah hangkut naik atas so apa lagi yang layak dipanggil alau bukan store? Ok la. What ever pun saya akan over haul barang2 tu dan taknak lagi istilah "sayang". Saya berjanji akan buang/derma barang yang kompom2 dah tak pakai.

2. Safety Gate.

Kalau dah nak beraktiviti kat atas faktor keselamatan harus diutamakan.
Kaseh dah tak risau sangat, Awatif la nanti.
Walau apa pun nak buat kat atas memang wajib pasang ni dulu.

3. Bilik Anak-Anak dan Master bedroom.
Harus lah yang menjadi faktor keterujaan mama.
Dah lama mengimpinkan master bedroom ala-ala romantik.
mestilah faktor cat, langsir dan cadar menjadi perhitungan.

4. Penggunaan sepenuhnya.
Haruslah mengenai macamana nak menguruskan pakaian dan urusan jika nak guna tingkat atas.
Guna maksudnya mandi dan bersiap kat atas.
Sekarang ni baju semua lambak kat bawah.
Heiii.. Kamu sekelian alam.
Kongsi la tip macamana kamu menguruskan hidup dirumah 2 tingkat.
Ke saya je makhluk dalam dunia ni yang malas nak ulang alik naik tangga.
Sebab tu ke saya gemuk?
Heeeee.. Merapu.
So cari idea lgo.
Jom kongsi.

Career

Nak setelkan personal Objective sebelum April.
Target AMPA yang lebih baik.
Nak ikrar/kempen 100 hari tanpa MC/EL.
Selagi boleh control mmg kena control sehabis baik.

Blogger

Tiba-tiba terasa nak ada water mark n header sendiri.
Tapi saya sangat suka template sekarang



Mungkin basic saya nak ada a cup of coffee with laptop and family potret kat sebelah.
Baru idea and tengah2 servey lagi ni.
Saja nak pembaharuan.

Selain itu nak memperbanyakkan lagi entry berinfo dari entry berhabuk (Sbb la tak update)


Financial

Mestilah mahu menguruskan kewangan peribadi dengan baik.
Target untuk ada simpanan tunai 3 kali gaji sebelum akhir tahun.
Kalau baca pasal pengurusan kewangan peribadi yang sihat adalah simpanan tunai adalah 6 kali gaji.
Maksudnya kalau apa2 terjadi pada pekerjaan kita, kita ada income back up 6 bulan gaji.
Sekrang ni menyimpan.
Tapi menyimpan untuk melunaskan kehendak duniawi.
Heeeee
(Wah.. plan nak itu ini dulu baru plan nak simpan duit banyak2)

Health

Impian yang dah 3 tahun tak pernah tercapai.
Nak berat sebelum kahwin 55kg.
Kesihatan dan kecergasan badan supaya saya dapat bergerak dengan tangkas sepanjang masa.

So lain2 haruslah sama dengan semua insan yang lain.
Untuk menjadi Hamba yang beriman dan terbaik.
Menjadi anak, isteri, ibu, pekerja dan masyarakat yang terbaik dan memberi sumbangan kepada orang-orang yang disayangi.

***Jika 2012 adalah tahun menyesuaikan diri dengan status mak beranak 2.
2013 adalah tahun stabilize. Menstabil dan menetapkan rentak untuk menuju puncak kejayaan***

SELAMAT TAHUN BARU 2013



4 comments:

Fizah said...

dari waktu lea kata ruhil dah bottle free aku dok konpius, adakah perlu ek? means diorang tak minum susu dah ke atau minum susu dalam cawan ek..? cuba clarify sket mamalynd..

Unknown said...

Apa y aku paham stop minum susu gna bottle and gna gelas je. Kaseh tlampau bgantung pd bottle u tido.

Imaan09 said...

penuh semangat entry ko ye!

Unknown said...

Taip masa pas minum kopi mmg bsemangat.