Pages

Monday, September 23, 2013

Gaya Hidup Sihat Mama Lynd

Assalamualaikum Readers yang dichentai.

Bersemangat membara nak update blog pulak.
Terasa kosong hidup ini tanpa menyemadikan perjalanan hidup Mama Lynd ini di blog comot dan comelini.
Ihiii...

Kali ni nak cerita sikit kat pasal gaya hidup sihat yang saya amalkan.
Sihat ke?
Anggap je sihat.. asal diri rasa begitu, itu dah kira sihat.
Apa yang saya meraban ni.

Kalau sesiapa ynag betu2 mengikuti kehidupan saya di belog ini mesti ada yang perasan ntah berapa kali makcik Lynd ni sentap nak kurus.
Tapi tak kurus jugak.

Ok la mengakulah.
Status sekarang ni tinggi 158mm dengan berat average 62-63 kg.
Lepas puasa hari tu 60 kg.
Lepas puasa 62 kg.
So nak sentap apa cik kiah oiii..
Dah berapa kali berazam tapi tinggal azam je.

Tapi disebabakan 1 situasi minggu lepas menyebabkan macik sentap untuk kesekian kalinya.
SAYA PERLU KURUS DAN SIHAT.
Kejadian apa?
Biarlah ku simpan dalam lipatan hati ini.
Ceeewahhh.

So dengan segala ilmu kurus yang disimpan dalam hati pada paras bawah tanah sekian lama, sekarang ku korek dan ku implimentasikan.
Niat asal tak nak citer lagi.
Da ada kesan baru nak cerita.
Sebab takut nanti separuh jalan buat malu je.

Tapi selepas seminggu, terasa kesannya, terasa segar dan sihat so berani la nak update supaya menjadi lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan.

Jom saya kongsi apa yang saya amalkan.

STEP 1 : Take your photo.
Ini memang first step yang akan menjadi pembakar semangat perjungan.
Dok depan cermin atau suruh orang ambil gambar keadaan kita sekarang.
So kiranya ambil gambar BEFORE la.
Simpan dulu.

Step 2 : Pemakanan.
Tiada sumplement diambil.
Hanya mengawal jenis dan kuantiti makan.
Saya tak skip makan tapi kawal makan.
Ini adalah rutin saya.

Bangun tidur : Segelas air kosong.
Sebaik je bangun terus minum air kosong kerana dapat membantu meningkatkan metabolisme kita seawal pagi2 lagi.

Breakfast : Oat + susu / Telur rebus 2 biji
(Amalkan sarapan berasaskan protein kerana dapat mengawal rasa lapar lebih lama berbanding karbohidrat seperti nasi dan roti gandum)

Snack Pagi : Green Tea
Sambil2 buat report sebelum meeting kol 10 pagi minum dulu green tea.
Mula2 tu tak tahan jugak.
Bila da hari2 rasa macam lain macam je lidah ni bila tak rasa kepahitan green tea tu.
Kebaikan green tea boleh google ye.

Sebelum Lunch : Apple
Dalam  kol 12, makan apple sebiji dan minum air lebih sikit.
Ini untuk mengawal selera makan yang membuak2 bila lunch nanti.
Bilalunck kol 1 nanti takder la nak cedok semua lauk sebab kita dah tak berapa lapar.

Lunch : Seperti Biasa
Nasi ambil dalam 4 sudu.
Lauk lebihkan sayur dan kurangkan lemak.
No more coffee after lunch.
Pencapaian paling besar bagi saya.

Snack Petang : Green Tea / Coffee.
Minum green tea 1 round lagi atau kalau mengantuk amik minum la kopi SETENGAH cawan.
Setakat nak lepas gian kopi sebab perlu kawal pengambilan gula.


Dinner : Macam biasa.
Sangat bersemangat nak balik masak sebab dengan masak sendiri je dapat mengawal diet dan jenis makanan yang kita ambil.
Nasi 4 sudu dan sayur dilebihkan.

Sebelum tidor : Air Madu + Cinnamon.
Yang ni paling tak sedap tapi kesan best.
Khasiat madu and cinnamon ni nanti la saya share.
Tapi yang bestnya bila amalkan ni badan rasa bertenaga dikeesokan harinya.
Badan kurang lesu dan ini yang menyebabkan saya dapat mengawal pengambilan kopi.

Exercise : Cardio workout.
Balik keje, cepat2 keluarkan ayam ikan dari fridge, rendam kat singki,
Sementara tu ambil cermin besar, pakai kasut sport, jom aerobic depan cermin.
Tiada lagi tersadai mengamati laptop dengan FB yang tidak ada kesudahan itu.
Hahahahah..
Boleh bukak youtube dan rasaikan kehangatan peluh yang menyegarkan.
Nantilah saya share video feveret saya.


Jom sapa nak join cabaran sihat and jimat ngan saya.
Jom.

Sekarang ni tengah search resepi2 makanan sihat.





11 comments:

.Lydia. said...

go go Mama Lynd...u can do it..!!~
bagus gk kasi tips ni.lya pon nk turunkan berat bdn yg dah semakin berat ni..cam best je air madu + cinnamon..nnti share yer.

bibi yusof said...

yeay.. dah start ke.. good luck.. :)
sy pon aerobic jugak.. but not everyday la.. just 3 times per week..
yesterday jumpa video calorie burn aerobic yg best.. semput... sempat buat 15-20 mins je..
jom kurus sama sama

Mama Lynd said...

Lydia :Nanti saya share ye. Jom-jom beramai2..

Mama Lynd said...

Bibi Yusuf : Saya masih refer ke video yang awak link tu. Tu pun 20-15 minit je. Pancit jugak..!!!

cik hani said...

Gudddd..cik hani tak tetap pendirian..tu yg pyh nk exercise..hihi

Anonymous said...

Lyn :) bagus...bab nak kurangkan pengambilan caffein tu agak berat sikit tu pada aku :) aku skang pun dalam usaha membantu suami aku maintain sihat dan mendapat berat yang normal. Haritu dia balik je dari India, badan dia terus susut berbelas kg...so, setiap hari aku masak kurangkan minyak n nasi. banyak makan cara western food. ayam gril, ikan gril, cuma selalu kena tgok you tube tuk variasikan menu...seronok jugak, tapi kdg2 penat jugak otak ni supaya bekerja degn cepat. :)_ KAM

Fizah said...

kam, kukus gril panggang...kukus gril panggang...hehe..panas sangat ke kopi tu??

ahaks

;D

eh, tuan rumah sori...i is nak join misi kuruskan badan buleh? tp tahun 2014 baru nk start..kira macam azam laa tu...ke guane

Mama Lynd said...

Cik Hani : Nak sentap and bangun untuk exercise memang susah. Cer cari sebab yang menyentapkan. Jom2..

Mama Lynd said...

Kam : hehehe.. tu la nak study jugak masakan westrn ni. secara halus untuk gaya hdup sihat..

Mama Lynd said...

Fizah : Aku faham. untuk zuhair kan? aku da rehat dari fasa tu untuk seketika.

adianiez AIDA said...

boleh aida copy paste menu sihat di atas? aida pun sedang diet sebab sakit. nescafe da 3 minggu tak minum! satu hari 3 meals, aida amik dgn berat 1 meals aje ~ breakfast.
in shaa Allah kita sama-sama amalkan diet sihat ekk...