Pages

Monday, January 10, 2011

Cerita Tak Der Cerita



Sejak Kaseh da 10 bulan ni, da macam2 keletah.
Nak marah tak leh.
Huhuhu.
Weekend hr tu datang mood nak tangkap gambar.
Let the picture tell you the story.
Berguling2 dengan dunia sendiri kat umah nenek.
Ktrg ni kalau takder xtiviti mmg suke lepak umah MIL.
Lagi pun kat sana ramai orang yang rajin melayan kerenah Kaseh.
Dalam gambar kat atas tuk Mak Wa / Cik Wawa.
Form 2, tapi badan macam budak darjah 5.
Nik Cik Jah / Mak Jah.
Darjah 5. Y ni cool skit tapi suke baut pelik.
Ti dia tengah makan nasi impit yang di masukkan dalam plastik
pastu makan ikut bucu yang dibocorkan.


Ni Cik Uda / Mak Su /Cik Su.
As her name, means bongsu la.
manja yang amat.
Darjah 1.
Nak angkat Kaseh pun tak larat.
Kurus kerempeng sangat.

Weekend lepas takder aktiviti sangat.
Lepak kat umah je, sebab EN suami ku tak sehat.
Selsema, berbungkus dalam selimut je.

Kasehku yang suke sengeh.
Boleh tu time tido, terjaga kejap, buka mata, betulkan kedudukan kepala.
Kami da suspen takut dia terbangun terus.
Skli dia pandang ktrg, sengeh "Ngeeee" pastu sambung tido.
Ngigau tol.
Geget nnt pipi tu macam chewing gum.
Da paham istilah "kejar" dan "lari".
Kalau ku kejar dia lari cari bantal pastu hempas muka.
Risau takut salah landing je.
Kadang2 lari selamatkan diri dengan memanjat papa dia.

Sebenarnya mama xder idea nak buat N3.
Nak kena kuar ni.
Tapi montot ni rasa cam berat je.

Apa yang ku nak buat sebenarnya?
Nak g renew lesen.
Da 2 minggu mati tapi baru jeparasan.
Ni disebabkan oleh renew 2 tahun skli so der la amik kisah sangat.

Tapi nak g post office nk cocok duit dulu.
ATM kilang ni out of servise.
ni bab yang malas ni.
Nak kena singgah2 dulu.

Nak g post office nak pos hadiah untuk Follower 30 GA.
Da seminggu gak tersadai dalam kete tu.
Waaaaaa...
Maaf wahai kawan2.

Nak kena g supplier jap.
Malas tol nak keje disaat menghabiskan saki baki kehidupan kat sini.

Ni 1 hal lagi.
Orang datang nakp pasang line streamix.
Ada ke hr ni.
Orang tunggu weekend hari tu tak datang.
Hari ni baru nak datang.

Agen insuran ku ni jadi ke tak datang malam ni.
Da berapa kali da cancel.

Huuuu.
Tapi apa pun tak jadi kalau ku tersangkut kat kerusi ni.
Bangun Cik Lynd!!!!
Baik lah.
Saya nak g mengepam kat klinik dulu.
Pastu solat.
Pastu amik kete.
Gi cocok duit.
Renew lesen
Pos hadiah
G supplier
Balik!!!!

Doakan kelancaran perancangan ku.
Babai.
Terima Kaseh sebab sudi melayan saya meraban.





5 comments:

umialya said...

pnjgnya crite, brjela2. hu3
moga slmt prgi & balik.. bye

Normaliza said...

haip!! jgn malas2..hehe

Anna Da Lady Contest Version said...

weh, baju style apa Kaseh pakai tu?hehe...

KasehKu said...

Kak Tini : hehehehe. Bila takder editor mmg camni la.

Normaliza : Baik.. Sume da complete.

Kamala : Pakai baju ala suke hati mama Kaseh.

mimi said...

hikhik.. part yg lari dan kejar tu sama ngan Adam. mmg dh kene pon salah landing. oooo... seb baik la x kuat sgt dia sembam muka tu.
Boy.. relax je.. tp ibunye ni darah naik ke kepala x hingat. seb baik xde lemah jantung.