Pages

Wednesday, January 2, 2013

Awatif 9 Bulan

Assalamualaikum.
Kita mulakan tahun 2013 dengan cerita Awatif sayangku permata hatiku, anugerah Allah yang terbesar dalam hidupku.
(Ok tu kata2 y biasa saya ulang di telinga anak2 saya bila saya bermadah pujangga dengan mereka.. Heeeee)
Sorry sayangku Awatif.. mama tau mama da skip last month punyer update.

Awatif Syayang (Kakak Kaseh cakap)
memang permata hati kami sekeluarga.
  

Sengehannya boleh membatutkan tahap kecerdasan mama.
Mau taknya bila sengeh je mama terus lupa nak buat apa.
Terus melulu menangkap Awatif yang tulus ikhlas melontarkan sengehannya.
Pipi, peha, betis, tangan dan semua anggota tubuh batan Awatif menjadi feveret Mama untuk mama kerja kan.
(OK sekarang rasa macam nak kerjekan Awatif yang tengah tido)

Ok. Serius sikit.

BreastFeeding
Alhamdulillah.. Perjalan masih diteruskan walaupun 100% on demand.
Means apa y produce hari ni mmg untuk bekalan hari esok dengan kata lain tiada lagi stok untuk dicuri.
masih ada 4 pax kononnya tapi bila tengok tarikh 2 pax adalah bulan June.
So sebanarnya yang masih available adalah hanya 2 pax.

Makan
Hampir apa sahaja yang orang keliling makan.
Evn nasi bulat (means yang bukan bubur la)
Kalau makan luar, nak santap dengan aman memang kena kasi dia pegang something untuk dimakan sebagai contoh timun.
Walaupun masih tiada walaupun sebatang gigi dia mmg suka gigit benda2 keras macam cebikut (Biskut)

Keletah



Lagu apa pun yang orang nyanyi dia akan tepuk tangan.
Kakak Kaseh tukang nyanyi dia tukang tepuk.
Suka "Taaaa..." lepas tu lambai2 tangan dengan comel.
Rasa macam nak geget tangan dia.
Suka buat aksi lentok manja bila orang panggil nama dia.
Alahaiii... Gugur jantung mama mu ini.

Tidurnya senang terganggu.
Sebarang suara atau pergerakan akan buat dia terjaga.
Susah nak tengok dia tidur semasa bergerak contohnya dalam stroller atau dokong.
Unless dia memang sangat penat.

Masa ni masa jalan2 kat Zoo Melaka hari tu.
Penat sangat baru nak tido dlm stroller.
Kalau tak feveret dia dalam gendongan samada mama atau papa.



Tp y bgusny walupun tidur sangat sekejap sudah mampu untuk membuatkn dia kembali cergas.

My Best Frenzzz.. KAKAK KACEH...


Yang ni tak tahan.
Sampai naik stroller pun tak nak sorang.
Kakak dia kena ada skli.
Kalau tak dia akan berpusing2 dalam stroller.


Yang paling bahaya bila kakak mandi.
Kaseh kadang2 mandi sendiri, bila kami leka Awatif da masuk dalam sama ngan Kaseh.
Yang si kakak suke la ada geng main air..
Huarrrrr.... Gerun..
Walaupun kita nampak Kaseh main kasar tapi mungkin tu cara mereka berkomunikasi.
(Yola..)
Tapi masih dalam pemerhatian.
Kakak Kaseh memang tak kasi tinggalkan Awatif kat mana2 pun.

Yang si adik pun pantang ilang kakak dia kejap.
Mula la terjerit-jerit mencari.

Contohnya ni la.

Kakak diam sebab tido, dia da serba tak kena.
Mula la kacau2 dan bagitu la sebaliknya budak 9 bulan dan budak 2 tahun 8 bulan ni.

Awatif ohhh Awatif...
Mama sayang kamu..
Hadir kamu menyempurna hidup mama, papa dan Kakak.
Kami sayang kamu Hannah Damia Awatif..



No comments: