Pages

Thursday, January 17, 2013

Saya Tak Layak Jadi Ibu

Mode : Kecewa.. Sesal..

Yup. itu yang saya fikir.
Saya tak layak jadi ibu.
Beranak saya pandai.. Jaga or didik anak saya tak pandai.

Huhhh.. Itulah yang saya sedar 2-3 menjak ni.
Ingat senang nak jadi ibu?
Yup.. as long as u ada rahim and a baby come out it will consider you are "IBU' already.

Tapi untuk menjadi ibu yang menjaga, mendidik, menjadi teman, menjadi idola kepada anak, bukan suatu yang mudah........pada saya.
Pada orang lain mungkin tiada masalah.

Kenapa saya berkata demikian?
Recently my husband asyik balik lambat.
Biasanya maghrib dia da sampai rumah.
Sebelum ambil anak-anak saya da siap masak.
So gap antara kol 6.30 - 8.00 malam saya uruskan anak-anak sendiri.
tpi mostly berbaring2 sahaja dan layan anak-anak main.

Bila suami balik, dan siap mandi semua, kami makan malam.
Then baru lah samada saya kemas dapur, sidai baju, lipat baju.
Sambil2 tu layan anak-anak dibantu suami.
Dalam kol 10 baring2, tukar baju anak-anak dan tunggu masa untuk tido.

Tapi..!!!! 
Sekarang kol 10-11.30 mlm suami baru balik.
Sepanjang 4-5 jam saya dok dengan anak-anak.
Boleh tak saya rasa stress dalam tempoh berapa jam tu.
Kaseh la jd mangsa.
Minta susu saya marah.
Yela kalau dalam masa beberapa jam tu da 2-3 kali minta susu. 
Belum lagi bab dia reject botol susu yang saya nak guna. 
Nak botol gigi, botol Julaika, botol bear, botol mouse.

Blom lagi masuk kes kalau sume botol susu tu xberbasuh.

Bila da banyak minum susu kerap la kencingnya.
Kadang-kadang tak sempat ke toilet.
Nak dinner mmg susah.
Baby seat y beli untuk adik Kaseh y nak naik.
So makan sambil pangku Awatif.

Conclusionnya kalau saya sorang keje memang menguruskan anak je la.
Sakit mata ngan rumah tunggang langgang.

Apa yang saya rungutkan diatas tu membuatkan saya memang tidak layak jadi ibu.
Yang buat saya makin tidak layak bila Kaseh jadi mangsa.
Kena marah, kadang2 naik jugak tangan ni.

Allah.. Kalau la saya dapat tempuh semua ini dengan tenang mesti banyak pahala saya sebagai ibu.
Sebab tu la org kata IBU tu mulia sebab bukan senang nak jd IBU.

Setakat status sahaja, tapi tanggungjawab saya gagal pikul.
Saya memang tidak layak dijadikan orang kesayangan anak saya.

So "MAMA" hanya nama yang dipanggil oleh anak-anak kepada saya.
Hanya nama.
Bukan PERANAN.

**Tengah mengumpul semangat**
**Entry ini mungkin akan didelete supaya anak-anak saya tak tahu yang saya ni loser mom**

2 comments:

Fizah said...

hrp blh tulis ssuatu yg akn mnaikkan semangat ko tp taktahu apa...:-(

aku pnh gak alami benda ni..mmg khadiran suami sgt2 penting utk kita buat kerja lain kat umah.. lainlah klu ada bibik..tp tulahq kdg suami outstation, ot etc..so kita kena prepare mental n fizikal before that..

cthnya, mgkn blh buat apa2 aktiviti yg kaseh suka dan biar dia leka..botol susu semua siap2 basuh n klu leceh nk ke dapur stiap kali, bwk je termos, bekas air, bekas susu n botol td ke depan. letak dlm satu bekas n organizekan..mngkn juga blh lepak area tempat mainan kaseh yg bwh tangga tu, n bwk laptop skali..klu kaseh suka, blh bukakn 'islamicvideoforkids' ada budak nyanyi lagu2 islam..utk mama plak, sementara kids leka dgn aktiviti sndiri blhla buat apa2 yg lain. atau jgn fikir kerja lain, juz try having fun times with your kids, or baca buku ke, tulis blog ke...

ckp mmg sng kn..nk mnghadapinya perlukn mujahadah yg kuat...i hope you can do it mamalynd..this is just the beginning episodes utk kita membesarkan seorang manusia...smoga terganjar pahala berterusan bak air mngalir..

Yaati Nor said...

kesian dan sedihnya baca entri ini..tu dugaan..saya walaupun asben bali rumah magrib tp sesampai je kat rumah masak sampai nak tido siapkan baju anak dll..semua kena buat sendiri..layan anak nak susu BF baby ummar..nasib saya baik sbb ummar tido sejak dari magrib sampai saya nak tido..botol susu zahra pulak, saya hanya guna 1 je..botol yg lama2 semua dah buang so xde demand nak pilih2 botol..ada pro and contnya..saya kdg2 dah give menangis2 marah2 zahra..zahra this yr 4 thn lagi mcm kerenah dia dengan tak dgr ckpnya..saya selalu doa supaya Allah mudahkan kami suami isteri didik anak2 dan lembutkan dan beri kekuatan kepada kami tok didik mereka..