Pages

Tuesday, January 15, 2013

Sudahkah Anda Daftar Haji?

Assalamualaikum.


Impian dan harapan setiap umat Islam adalah untuk menunaikan rukun ke-5 sebelum menutup mata.
Untuk menjadi tetamu Allah.

Seorang rakan pernah bgtau yang markah untuk ibadah haji kita bermula dari NIAT.
So semua orang ada niat untuk ke sana.
Tapi kena la buka akaun Tabung Haji dan kemudian Daftar Haji dan kemudian Cukupkan jumlah yang diperlukan dan seterusnya tunggulah jemputan Allah ke rumah-Nya.
(Lama betul merangka ayat untuk mukaddimah ni)

Saya sudah bukakan akaun untuk anak-anak.
Untuk buka akaun Tabung Haji minimum Rm 10 diperlukan.

Then untuk Daftar Haji minimum Rm 1300 diperlukan.
Maksudnya bila dalam akaun da ada RM 1300 kita boleh daftar haji samada di kaunter Tabung Haji, Bank Islam, Bank Rakyat dan Bank Maybank Islamic.
Daftar Haji ni macam untuk booking dan update status kelayakan kita untuk Haji (Dari segi financial sbnrnya)



 Tak cukup Rm 1300?
Sekarang dah boleh keluarkan KWSP untuk tujuan DAFTAR HAJI SAHAJA.
Bukan untuk pergi haji ye.
Means hanya untuk kita mencukupkan RM 1300 itu.





Lepas daftar haji, bolehlah teruskan usaha untuk menambahkan jumlah yang 
diperlukan untuk melayakkan kita termasuk dalam senarai org yang layak dipanggil oleh Tabung Haji untuk ke Tanah Suci.

Bila dah cukup.. Tunggulah jemputan itu.

Nak ceritanya, last week saya pergi Daftar Haji untuk saya dan suami.
And masa tu jugak dapat tahun anggaran bila kita akan menunaikan haji.
Tahu bila tarikhh yang tertera?
2057 Masihi.
44 Tahun lagi.
Umur saya 73 tahun.
Ermmmm... Lamanya.
Tapi saya ingat kata seorang rakan.
Haji ini jemputan.
Kalau Allah jemput maksudnya itulah masanya.
Kalau Dia tak jemput usah kecewa, itu hak Allah untuk memberi jemputan kep da siapa.

Nak daftar untuk Kaseh n Awatif tapi masih tak cukup.
Tiba2 masa menaip ni terfikir "Kenapa lah tak keluarkan jumlah yang ada pada saya masukkan dalam akuan anak2 dan saya guna kaedah KWSP tu"
So.. Sume dapat Daftar Haji.
Ooooohhhhh.. Frustnya.
Tapi takper itu mungkin percaturan Allah juga.

Harap dengan buat potangan gaji ke Tabung Haji ni, cepat Allah jemput saya.
Aku terlalu ingin menjadi tetamu-Mu Ya Allah.

So yang masih belum daftar, cepat2 lah berbuat demikian.

1 comment:

Farah said...

Bismillah,

Alhamdulillah sudah daftar haji. Doa moga terlaksana sampai ke Tanah Suci Mekah. Amin.