Pages

Monday, January 7, 2013

Jalan-Jalan Melaka

Sebenarnya 2 minggu lepas pegi.
mula2 ingat tak nak update, 
tapi bila pikir ada beberapa kenangan untuk disimpan untuk bacaan anak-anak nanti so, buat la entry ni.

Papa masih ada 15 hari cuti tahun y masih berbaki.
So papa cuti la, asalnya tak plan nak gi mane2 pun sebab mama xder coti.

Tapi tiba2 terpikir nak gi jalan di satu tempat yang tak perlukan perjalanan jauh.
Not more than 2 hours journey.
Cameron Highland, Bukit Tinggi, Cherating dan last skli MELAKA.
Walaupun keputusan yang kurang bijak bagi org yang tiada ank skolah.
Tapi Lantak la..
heeee..

Terus search hotel and first time book hotel secara online.

Ok la. 
Tak blek komen lebih-lebih sebab first time gunakan perkhidmatan ini.
Search sikit pasal aktiviti kat sana nanti so kami berangkat la pagi2 sabtu tu.

Kakak Kaseh tido sepanjang perjalanan.




Sampai tol Ayer Keroh dalam kol 10 so nak cari kedai makan untuk breakfast.
Menakjubkan, tak jumpa kedai makan.
Ajaib.

Sudahnya breakfast di McD setelah sekian lama "puasa" McD.


Then decide ke Zoo Melaka dahulu.



Anak dua macam ni lah mengelek anak-anak.
Antara kegemaran Kaceh.

Pakcik Gajah.
Sepanjang dok pusing Zoo ni ntah berapa kali kami brenti rehat.

Mau tak semput.
Gilir2 gendong budak 9kg.


Budak 9 kg ni bukan nak dok stroller.


Kaseh, kejenya berdialog dengan binatang-binatang itu.
Kejut buaya bangun tido
Marah harimau.


Ni mak harimau dan anaknya.



Then lepas g Zoo kami terus ke Banda Hilir kononnya nak city tour la pulak.
Sejam hokey cari parking.
Dari open parking hingga ke shopping mall parking.

Sudahnya perut da lapar decide cari makan luar dari bandar sambil terus check in hotel.
Sampai hotel papa pengsan penat cari parking.
Then kami dinner kat Umbai.
Nak try jugak la seafood yang dikatakan glamour kat sana.
Ok la rasanya. 
Y agak mengejutkan adalah MURAH.
Kalau ikut y kami makan tu klu kat sini mau dalam 70-80rgt.
Tapi kat Umbai tak samapi 50rgt pun.

Then kami ke bandar Hilir lagi, plan nak try River Cruise.
Hamik ko beratur beli tiket panjangnya, nak tunggu turn naik bot laaagi panjang.
Cancel River Cruise.

The ke Menara Taming Sari (Kaseh panggil kapal)
Beratur panjang jugak.
Sudahnya kami naik beca je.

Heeeeee.. tu pun sebab da penat jalan cari kincir air, jumpa A-Famosa.
Nak patah balik tak larat, amik beca.
Ok la.. merasa la.
Tapi kesian budak y kayuh tu membawa kami y sangat "keberatan"


Nak naik Bahtera ni pun tak kesampaian.
Kol 8.30 malam da tutup.

So esok pagi2 kol 10 kami da sampai Bandar Hilir untuk ke 3 kalinya.
Aktiviti pertama.
Naik Duck Tour.
Kenderaan 2 alam.
Mula2 pusing2 atas darat.
Then masuk laut, pusing kat area muara.

Keseh menangis takut bila masuk air.
Menangis nak keluar dari air katanya.
Apa daa kaseh.

Then ke Menara Taming Sari.


Macam ni punyer ramai org belakang kami.
Nasib baik kami sampai awal.

da risau kaseh menangis lagi bila ada kat temapt tinggi.
Nasib baik OK.

Then pusing2 kat mahkota Walk dan A farmosa dan Kincir Air.




Sudah tu..
Penat..
Menyerah kalah bila anak2 pun kepenatan.

Sampai rumah Kaseh meraung taknak masuk rumah.
Nak g "rumah achik" means hotel.
Hooo..siap ada aksi tarik menarik lagi sebab dia asyik lari nak keluar dari rumah.

Kaseh.. rumah Achik tu kena bayar. mama kumpul duit lagi lain kali kita g lagi.
Heeeee..

Apa-apa pun 1st time pengalaman berjalan dengan anak 2 ni memang mencabar minda dan fizikal.
Akan tersemat sebagai kenangan terindah..


1 comment:

Fizah said...

org mlk pun tak habes jalan lg ni...hihi awat tak g wonderland skali. blh tahan best