Pages

Tuesday, January 29, 2013

Hantar Service Spectra 3

Assalamualaikum.
Beberapa minggu lepas ada seorang pembaca hantar email mengenai bagaimana nak hantar service Spectra 3 bila dalam TO-DO list saya da mention pasal hal ini.



Ok bagi yang ada tinggal disekitar lembah Klang mungkin boleh terus pegi ke 

Histopoint (M) Sdn Bhd
No 41, Jalan SS18/6,
47500 Subang Jaya,
Tel : 03 - 56717288

Pejabatnya sebaris dengam JM Beriani.
Charge untuk service biasa RM 40.00.
Dan kalau ada kerosakan lain atau ada susu dah termasuk dalam pam, lain pulak casnya.
Tengok tahap kerosakannya.

Dan kalau sesiapa nak pinjam pam sementara pam sendiri di diservice pun boleh.
Kena call dulu dan inform yang kita nak hantar pam dan anda perlukan unit loan.
Nanti pihak Histopoint bookkan unit tersebut untuk kita kalau unit loan masih ada.

So semasa gi hantar kita perlu sertakan deposit RM 100.
nanti bila kita ambil pam selepas diservis, jumlah akan dipotong dari deposit itu.
Kalau tak pinjam xperlu bayar deposit.

Masa diambil dalam 3-4 hari bekerja.
Lepas siap mereka akan call untuk collection.
Perlu diingatkan kepada yang mengambil unit loan, kita perlu collect pam dan pulangkan unit loan dalam masa 2 hari selepas pihak Histopoint call.
Jika lebih kita akan dipenalty Rm 3.00 sehari.
Ini kerana ada kemungkinan orang lain sedang menunggu unit loan tersebut.
So lepas dapat call terus g collect dalam masa 2 hari.

Kepada yang berada jauh dari Subang, boleh juga berurusan melalui pos.
Mungkin kita patut call dulu mengenai penghantaran unit pam.
Dan penghantaran dibuat ke alamat diatas.
Pihak Histopoint akan call bertanya mengenai masalah pam atau hanya service biasa.
Selepas service selesai mereka akan call untuk total bayaran termasuk urusan penghantaran kembali.
Kita perlu buat pembayarab, selapas confirm payment mereka akan teruskan dengan urusan penghantaran.

Keperluan penghantaran unit Spectra untuk servis.
1. Lakukan secara berkala, mungkin setiap 6 bulan.
(Saya tak amalkan pun)
Setahun sekali pun dah OK saya rasa.

2. Jika ada kerosakan.
Jika rasa suction dah tak kuat boleh lah hantar repair.
Masa 1st time dulu knob valve saya loose.
Saya hantar repair dan dapat tips supaya tidak terlalu kerap adjust valve tersebut.
Jika sudah selesa dengan suction tersebut tak perlu ON / OFF pun.
Tapi kalau dari Single <--> Double Pumping, perlulah dilaraskan kerana pressure adalah berbeza.

3. Jika bercadang berhenti menggunakannya.
Kalau selepas 2 tahun or sudah bercadang berhenti untuk pam, boleh lah hantar service sebelum Spectra direhatkan.
Mana lah tahu kalu ada kekotoran, kena lah bersihkan dulu maner tahu bila nak guna balik keadaannya semakin teruk.

Ada sebarang pertanyaan, boleh email saya di sitinorhas_linda@yahoo.com


No comments: