Thursday, January 10, 2013

Plastic Vs Kaca

Assalamualaikum.
Entry ini hanya perkongsian mengenai amalan suamiku yang dicintai itu.

Suatu sifat yang saya rasa agak pelik mengenai suami saya ini,
dia suke guna pinggan / gelas plastik.

Cuba tengok rak pinggan mangkuk ku.



Mesti ada pinggan, mangkuk dan cawan plastik.
Bukan disebabkan ada anak kecil tau.
Sebab suami ku suke guna yang plastik.

Kalau saya yang sendukkan nasi saya akan persembahkan nasi itu dalam pinggan kaca.
Lebih proper la persembahan untuk ketua keluarga.
Tapi kalau dia yang senduk sendiri?
Pinggan plastik bunga matahari tu jugak la pilihan hati.

Cawan / gelas.
Bukan main saya letak gelas bunga2.
Tau apa yang dia buat?
Dia g beli setengah dozen gelas plastic yang warna biru tu.
Kecik ati ai.
Sudahnya gelas cantik2 tu masuk almari.

Tengok mangkuk.
Even saya beli y saiz sama dengan mangkuk plastic.
Mangkuk plastik yang dalamnya dah hitam tu jugak yang dia guna.
(ada y saya buang sorok2 kalau simpan dalam almari dia amik lg)
Sama jugak mangkuk kecik buat isi "kuah sate".
saya beli yang kaca yang plastic juga y dicapainya.

Pada saya pinggan mangkuk kaca senang basuh dan lebih proper la.
Bonda saya datang gelakkan saya pasal gelas "asrama".
Disuruh saya guna cawan semenggah sikit untuk suami.
Bonda, menantu mu yang beli sendiri gelas asrama tu.

Kenapa saya cam kecoh sangat.
Bukan lah kecoh, tapi tak proper la.
Da susun cantik2 pinggan seragam tiba2 ada seketui yang plastik.

Tapi sekarang saya da biasa dengan habit suami ku yang pelik ini.
Pelik ke?
Heee...

Inilah suami isteri yang saling melengkapi.
(Closing yang tiada Kaitan)

2 comments:

Baie said...

mungkin dia dah biasa dengan family dia kot. suamiku juga lg suke guna pinggan/gelas plastik..huhu

Xora said...

ini kena upgrade kepada tupperware ni.. dah alang2 pakai plastik, kita pilih plastik plastik paling anggun diantara semua plastik. pasti cik puan rumah tak kisah ada bekas plastik lagi hihi.