Pages

Monday, August 23, 2010

Besarnya Pahala Mencium Anak

Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Cium lah anak mu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah diantara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah rumah kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan oarang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar dari pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barang sipa memulikan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilkukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata :
"Anakku 10 orang banyakknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium."

Sabda Nabi SAW: " Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah: pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah2 memerdekan anak Nabi Ismail.

Seoang lelaki bertanya : " Ya Rasullullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"
Jawab Baginda : " Berbaktilah kepada ibu bapamu."

Kata lelaki itu : " Ibu bapa sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; " Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anak mu pula berhak ke atas dirimu."

Hadirmu Merupakan Anugerah Terindah Dalam Hidup Mama.
**Anak merupakan lubuk ibadah bukan bebanan**

No comments: