Pages

Thursday, August 19, 2010

Kaseh : Are U Ready For Ur First Solid Food

2- 3 hari ni dok search pasal solid food je.
Kaseh da nak masuk 6 bulan.
And paed pun da advice start solid food.

Tanda -tanda yang anak anda bersedia untuk solid food :

1. Boleh Mengangkat Kepalanya Dan Mengekalkan Posisi Itu.
-Kaseh Lulus-

2. Duduk dengan baik apabila di pegang
-Kaseh Lulus-

3. Melakukan Pergerakan mengunyah
-Kaseh Lulus-

4. Telah naik berat badan secara sihat
-Kaseh Lulus-

5. Sangat berminat dengan makanan yang anda sedang makan
-Sangat Lulus-

Masihkah perlu saya memberi susu badan?

Ya. Susu badan dicipta sebagai makanan yang lengkap untuk bayi bagi enam bulan pertama. Susu badan dan susu formula memberikan vitamin, zat besi dan protin yang penting dalam bentuk yang mudah dicerna. Walaupun dalam sedikit masa dan secara perlahan-lahan, makanan pejal akan menggantikan sebahagian daripada keperluan bayi anda, susu badan atau susu formula tetap menjadi sumber nutrisi yang utama dan penting sehingga umurnya satu tahun. Malah, Kementerian Kesihatan menyarankan supaya susu badan dikekalkan sebagai sebahagian daripada diet bayi anda sehingga dia berusia dua tahun.


Macamana nak membantu Kaseh membentuk tabiat pemakanan yang sihat?

1. Mencuba pelbagai jenis makanan

2. Jangan paksa Kaseh makan kalau dia taknak. Tanda-tanda yang Kaseh taknak makan adalah Kaseh palaingkan muka dan taknak bukak mulut.


3. Kasi Kaseh pelbagai makanan protein, karbohidrat, buah dan sayuran.

4. Elakkan gula, garam dan makanan berlemak, pedas dan berempah.

5. Jangan jadikan makanan sebagai hadiah atau dorongan. Sebaliknya, gunakan pelukan, ciuman dan perhatian yang banyak untuk ini.

Sebonarnyo den amik dari Baby Center.

Untuk keterangan lanjut leh la terus g sana.


4 comments:

Umialya said...

Kalau dah 100% lulus,

ayuuuuh, tgu apa lg, ibu Kaseh kenalah rajin ke dapur.. kaseh nak makan!

ayukhairy said...

hehe..betul tu lynd...sila la ke dapur ye..

Unknown said...

Kak Tini dan Ayu : Tu la. Anak berjaya bawak mama dia yang tak pandai masak ni ke dapur. Hehehehe

Alieya said...

kak lynn, fara skrang da start mentelaah pasal solid food, persediaan tuk aiman... hihi now aiman da 4month 3week.... kelmarin g karnival karangkraf, beli buku resepi tuk baby.. suke, mcm2 jenis puri.. :D,

kak lynn, cara penyimpanan makanan cane eh, bape lama tahan, nak bagi 1 hari bape banyak kat pengasuh?