Pages

Wednesday, January 12, 2011

Power Pumping @ Clinic

Semalam.
Pas baca N3 Yana disini.
Pasal dia buat power pumping kat opis.
Terasa lak nak buat jugak.
Sebabnya ?

1. Terasa kemeruduman hasil tenusu.

Biasa pam pagi2 dapat dalam 8 - 12 oz.
Tapi sekarang nak dapat 8oz pun kena tahan nafas.
Bila next2 session ada la 3-4 oz.
So supply kat Kaseh cam ngam2 dan gagah je.

Time kat rumah ku rasa bila Kaseh nenen direct cam hasil pengeluaran tu less then ku pam.
Maybe Kaseh malas nak menyusu or dia syiok sangat main ngan mama dia.
Bila cuti lama je for the next day bila pam mesti rasa cam kurang.

Tambah lagi, Kaseh da kurang nenen malam.
Biasanya ada la 2-3 kali dia bangun nenen.
Tapi skrang skali or tak bangun langsung.
Mula2 tu rasa seronok la sebab konon2 da tak kacau tido.
Tapi lama2 terasa lak breast kurang keras time waktu pagi.
Untuk ibu y breastfeed anak ni, tanggungjawab untuk bangun tengah malam
tu tak terasa sangat.
Sebab kita tak payah nak ketung-ketang buat susu.
Cukup sekadar susukan sambil baring.
**Kagum ngan Fara y nenenkan Aiman sambil duduk walaupun malam**
Dalam keadaan mamai pun ok je.
Tambah lagi bila Kaseh da 10 bulan ni, dia da pandai cari sendiri.
Pernah skli ku selak je baju, dia y bangun melepek kat atas badan aku.
**Pemalas punyer mama**
Untungnya jadi mama y breastfeed baby ni.
Hehehehe.

2. Susu Formula akan naik harga.
Semalam lepak kat klinik.
Citer pasal susu ibu ni la.
Skli ada akak ni cakap susu formula jenama N*****
Akan naik harga nanti.
Dalam 20-30%.
Huhuhuhu.
Tambah la ku kuatkan semangat untuk tidak memikirkan option lain selain susu ibu.

3. Nak buat stok.
Ku mmg "0" stok da 3-4 bulan gak la.
On demand.
Supply dan guna.
Tengah plan nak upkan hasil n bila cuti nanti nak tambah session mengepam,
sebanya ku tak tau apa aktiviti aku pasni.
So xtau camner life aku pasni.
So amik peluang untuk persiapan di masa depan.

Kenapa ku tak buat power pumping kat rumah?
Ku pernah buat kat rumah sebelum ni, pada waktu malam,
dimana diluar pada sechedule mengepam ku.
hasilnya kurang memberangsangkan disebabkan badan kita tak sesuai
dengan jadual baru.
So bila pam malam kita kena buat 2 keje which is nak stimulate penghasilan susu dan membiasakan diri dengan jadual baru.
Hasilnya akan up selepas 2-3 x buat.
Si bila ku buat di watu biasa ku pam,
power pumping berkerje dengan 1 tujuan sahaja.

Bagaimana ku buat power pumping semalam?
Mula kol 11.00 am sampai kol 12.30 am.
Buat selang 10min.
10 min pam
10 min rest

Minum air yang banyak.
Hasilnya?
1st session

2nd session

3rd session

And so on.
Total dapat la 4 oz.
Alhamdulillah.

Pagi ni breast rasa denyut2 da.
Harap murah rezeki Kaseh.
Hari ni nak buat lagi la.

Boleh ke aku mengepam time keje?
Ermmm..
Ku da tak bz sangat in house.
Pas je aku buat power pumping ku terus g supplier.
Untuk petang aku pam kat rumah.
Alhamdullah dengan keje yang agak flexible.
Da terima Kaseh kpda Kak Zana Cik Misi yang kasi aku lepak kat klinik untuk buat power pumping.
Sambil mengepam ku tolang dia isi ubat.
Hehehe.

Wish me luck for the power pumping.

9 comments:

Umialya said...

moga berjaya dan Kaseh terus dapat yg terbaik

AMIIZAA@Mieja said...

Mama,

kalaou kaseh tak bangun malam, mama kena kerap bangun atleast 3jam sekali, bgn mengepam. Sebab rangsangan diwaktu mlm semakin berkurangan, itu sebb breast rasa kosong/dah tak berat.

jangan biarkan berlarutan, nanti susu semakin merudum semakin jauh lari meninggalkan kita.

kmieja doakan awak sentiasa kuat semangat! :)

Unknown said...

Kak Tini : Terima Kaseh Kak Tini

KaK Mieja : Waaa. Sy bab bangun malam ni la y lemah skit. Ketuk kepala sendiri. Lepas baca N3 akak pasal PISA tu baru sy sedar y sy bukan la pengguna heavy duty pam sy sebab sy xder pun bangun malam untuk mengepam.
Tarik nafasssss.. Hembussss. Terima kasih kak sebab kasi sy semangat.

nurbijen said...

semoga berjaya dgn power pumping... selalu berangan nak buat power pumping, tp belum cuba skali pun lagi, huhuhu

mimi said...

Ibu kaseh? camne update? uhuuu Kite pon ngah wat power pumping gak ni. dr smlm x jd. hr ni xde task on jola.
Pernah x dengar yg kalo kite kene rajin gentel nipple setiap 5 minit ke.. Sy pernah cube buat tp xdela setiap 5 minit. bolela.. tp leceh bab basah tgn.Agak membantu gak tu. nk kene rajin pektis balik ar.
BTW, Good luck on PP! chayuk! chayuk!

Unknown said...

Kak Nur : Huhuhuhu. Try la hasilnya insyaAllah memuaskan.

Mimi : Nanti kita buat N3 khas untuk ni.

CHeeSYaNa said...

Biler tgk harga FM, terus datang semangat balik nak teruskan BF.. sebab tu selamba jerk pump kat cubicle sendiri, even ada orang lalu lalang kat depan..

Unknown said...

Yana : Tu la y untuk ada space sndr kt opis. Jadi ibu kena selamba selagi tak melanggar hukum. Hidup BF!!!

Alieya said...

kak lynn, bace n3 kak lynn jadi semangat makin kuat nak BF aiman... plzzz tlg ajar power pumping... fara just pump , sebelum g keje+susukan aiman sbelah, kat opis pagi, petang, lik keje kul 6.30 camtu... cuti langsung tak pump, bagi direct je... dulu mula2 ok lagi cam banyak je, tapi skrang cam da kurang je, skali pam leh dapat 6oz je :(