Pages

Sunday, April 1, 2012

Langkah 1 : Pengurusan Kewangan Peribadi - Penyediaan Budget

Assalamualaikum.
Setelah Project Financial Management Week saya tersangkut sehingga minggu ke-2 sahaja.

**Atas sebab-sebab tiada mood nak sambung dan sangat tak suke update perkara yang berasaskan buku**

Jadi saya Sudah buat rangkuman sendiri dan telah schedule beberapa post.
So even saya sudah bersalin post mengenai pengurusan kewangan peribadi ini akan dipublish.

**Doakan saya sempat sediakan entry2 tersebut dan set schedule**



Setelah terjebak dalam dunia Organising dengan membuat rujukan di blog-blog yang kebanyakannya adalah bersumber dari luar negara,
saya telah terserempak dengan kaedah pengurusan kewangan keluarga / peribadi.
Secara keseluruhannya kelihatan sama dengan apa-apa keadah / nama yang diberikan, tetapi saya mencari sesutu yang realistik.

Nanti saya sediakan link2 untuk sahabat sekelian boleh rujuk.

Langkah Pertama : Penyediaan Budget

Sama seperti yang saya sediakan di 

Kita perlu senaraikan kemana pendapatan kita.
Saya kategorikan kepada beberapa bahagian.

Bil Utility :
Streamyx / Broadband
TnB
Syabas
Astro
Telifon

Pinjaman :
Kenderaan
Perumahan
Pendidikan
Pinjaman Peribadi
Kredit Kad

Kebajikan :
Ibu-bapa
Simpanan
Insurance Pendidikan
Insuran Kesihatan 


Sistem Sampul :
Petrol
Tol
Makan di tempat kerja
Perbelanjaan Dapur
Macam-macam


  Tips :
  • Ada balance?Sebagai permulaan, asingkan dulu supaya untuk bulan pertama kita boleh buat adjustment / terus masukkan ke simpanan.
  • Adalah disarankan semua pembayaran (kecuali untuk Sistem Sampul) dilakukan secara online dan pada setiap hari gaji.
(Saya memang teruja nak tunggu hari gaji sebab nak bayar bil)
Saya bertuah kerana tiada pembaran ansuran yang dibayar secara by hand.

Dan teringat secara tak sengaja ada seorang rakan terberitahu mengenai amalan ayah beliau yang hanya akan mengeluarkan duit / membelanjakan duit jagi hanya pada 1 haribulan setiap bulan walaupun gaji keluar awal.


  • Segala pembayaran wajib perlu dibuat seawal mungkin sebelum digunakan untuk berbelanja.
  • Elakkan pembelian secara "ambil dulu bila gaji bayar". Disebabkan itu kita digalakkan menyediakan budget ini seawal 2 minggu sebelum gaji iaitu selepas kita dah dapat semua bil so sebelum hari gaji lagi kita sudah tahu berapa balance duit kita untuk berbelanja.
  • Boleh rujuk entry ini
  • Jumpa di Langkah ke 2 : Penyediaan Sampul.

2 comments:

jamilahamzah said...

erm, simpanan adalah yang pertama sekali kita kena buat..sbnya kita kenala bagi diri kita dulu baru utk org lain..kan? minimum 10% dari gaji.. haha, so far, saya belum praktikkan lagi... teruskan usaha yer... harap2 awak berjaya....

dan awak sebenarnya membuatkan saya semangat utk mulakan pengurusan nih... thanks yer...

Unknown said...

Jaa : Yup. Sya pun cuba sikit2. Da berjaya kita kongsi pengalaman.