Pages

Wednesday, May 9, 2012

Anak ohhh Anak..

Masih belum habis lagi mood jiwa kacau mengenai anak ni.
Tapi hari ini terasa lega dan nampak sedikit cahaya dalam perjalanan ibu serba tak kena ini.

Syukur juga dengan adanya blog ni,
saya dapat meluahkan apa yang terbuku dijiwa.
Dan secara tak sengaja saya telah mengundang seorang sahabat untuk "berforum" mengenai keibubapaan.
Berforum la sangat.

Sahabat ini membaca entry saya dan tanpa saya perlu banyak cerita,
segala perkara yang saya nak tanya dan luahkan kepada seseorang dijawab.
**Seseorang tu saya tak tahu siapa**

Terima kasih sahabat.
 Banyak benda yang aku nak tanya ko pada awalnya.
Tapi belum sempat aku nak tekan keyboard menaip soalan,
jari ko lagi cepat bagi jawapan yang belum lagi aku tanya.
Aku tak tahu samada kita ada kuasa bluetooth ke so
aku just transfer soklan je.
Atau bukan aku seorang je ibu kat dalam dunia ni yang menghadapi masalah ni.

Ada dulu seorang kakak yang beranak 2 cakap.
Anak ni bukan sekadar untuk dibesarkan dan umurnya dikira berapa tahun kita sudah besarkan dia.
Tapi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk mendidik anak kita menjadi insan yang cemerlang di akhirat.

Pada mulanya saya tak faham tapi bila disituasi sekarang membuatkan saya faham makksud akak tu.

Jika nanti anak kita tidak solat..
Siapa yang akan disoal?
Islam menyuruh kita memukul anak kita jika diusia 7 tahun mereka tidak solat.
**Sila betulkan jika saya silap**
Di zaman sekarang 7 tahun anak-anak baru masuk darjah 1.
Jika kita hantar nak kita ke tadika biasa rasanya tiada yang mengajar mereka solat.
Nak harapkan darjah 1 baru nak belajar solat di sekolah?
Padahal 7 tahun sudah kena solat 5 waktu.
Semestinya kita yang kena mengajar anak-anak solat.
Solat kita bagaimana?
**Soalan pada diri sendiri**

Jika anak kita tidak bercakap sopan.. 
Dari siapa dia dengar?
**Soalan kepada diri sendiri**

Jika nak kita pemarah..
Dari siapa dia lihat?
**Soalan kepada diri sendiri**

Tapi jika saya adalah orang yang menjaga solat, saya bercakap sopan dan saya penyabar..
Tapi anak saya tidak juga menjadi seperti yang saya harapkan..
Kepada Allah kita berserah.
Yang pasti kita sudah lakukan yang terbaik.

Overall.. Segala didikan dan segala bentuk yang kita nak anak kita jadi adalah bermula dari ibu bapa dahulu berserta dengan doa kepada Allah. 

Bila menyentuh bab disiplin dan peraturan.
Saya sangat yakin dengan hidup kita ada peraturan.
Anak kita kena tahu apa yang boleh / tak boleh dan perlu / tak perlu buat.

Sebagai contoh.
Jika bangun tido PERLU mandi.
Perlu ambil towel, buka baju dan masukkan dalam bakul.
Jika 1 ketika dulu, inilah rutin Kaseh.
Dia akan mencari tuala sebelum mandi dan baju dimasukkan dalam bakul.
Tapi sekarang rutin itu "kadang" terlupa nak buat.
Bunyi simple tapi itulah bila diperkenalkan dari kecil tiada la istilah asyik menjerit dari dalam tandas "Mama.. Amikkan tuala"
Pantang betul saya orang yang tidak bersedia.
**Lain la klu tereksiden**

Saya mengaku Kaseh belajar rutin itu 60% dari nursery.
Dan selebihnya dari rumah.
Saya mengaku kadang-kadang saya kalah dengan anak.

Belum lagi bab behaviour yang lain.
Jika Kaseh mula buat perangai.
Sebagai contoh.
1 ketika dulu Kaseh suka angkat kaki dan sebut "cipak" (Sepak)
Saya fikir dari nursery.
Tapi bila da sebulan kat rumah perangai itu masih ada.
Tahu mana dia dapat perangai tu?
Dari SAYA..!!
Saya kadang2 bila bergurau "Geram mama nak cipak montot Kaseh"
Walaupun dgn nada bergurau tp Kaseh ikut.
Dan kalau dia buat begitu depan orang?
Tak ke malu.
Bila saya dah sedar saya kawal diri dan Alhamdulillah sikap itu sudah tiada.

Tapi sekarang ada beberapa sikap Kaseh yang membuatkan saya pening dan merasakan saya rasa saya gagal dalam mendidik kaseh. 
Serius saya rasa saya sgt gagal.

Antaranya :
Kaseh da pandai pukul-pukul.
Bila dimarah makin menjadi-jadi.
Tiada lagi rasa takut bila ditinggikan suara.

Sangat susah mengikut rutin.
Sudah tahu berkata "taknak".
Saya sudah merosakkan Kaseh yang dulu seorang behave.

Menguji kesabaran.
Yang dikata "Jangan" itu lah yang dibuat.
Dari sinar mata dia saya tahu dia faham tapi seperti entry ini [link]
Diusia begini kanak-kanak memang akan menguji.
Tapi bab kata Nanny 911 sahabat saya itu,
"Ibu bapa kena bijak dan masalah berpunca dari mak bapak"

Sekarang ni nak jadi ibu bapa yang bijak memang kena kuat semangat.
Belajar banyak-banyak.
Bukan ikut kepala kita je yang betul.

Saya kongsi rumusan dari forum saya tadi :

1. Tetapkan sempadan kepada anak-anak.
Yang boleh adalah boleh
dan yang tak boleh tetap TAK BOLEH.
Bukan mula2 TAK BOLEH tapi lepas nangis jadi BOLEH.

2. Anak ni makhluk yang sangat patuh.
Jika diajar dan ditunjuk sesuatu yang PATUT dia buat secara berterusan,
insyaAllah dia akan ikut.
Dan ingatlah even kalau kita tunjuk sesuatu yang TIDAK PATUT, sekali pun mungkin dia berjaya ikut dengan cemerlangnya.

3. Perkataan JANGAN bukan satu-satunya cara untuk menghentikan sesuatu perbuatan.
Ini memang memerlukan  skill dan kebijaksaan ibu bapa.

4. Jadi ibu bapa kena bijak.
1 ayat tidak akan merubah / membuatkan anak kita ikut apa yang kita nak.



Ya Allah..
Aku syukur dengan 2 anugerah Mu ini.
Berikan kami kekuatan untuk memikul amanah-Mu untuk menjadikan mereka umat-Mu yang beriman.

**Serius saya nampak sedikit cahaya dan tujuan dalam mendidik anak-anak ini, setelah seketika digelapkan oleh emosi**

**Saya hanya berharap dan berusaha dalam menjalankan tanggungjawab saya sebagai ibu bapa tapi kepada Allah juga saya berserah dimasa depan**

No comments: