Pages

Monday, May 7, 2012

Kisah Kaseh Hari Ini..

Ini bukan merungut.
Bukan juga komplen.
Bukan juga mengeluh.

Dan yang pasti entry ini tidak mendatangkan apa-apa maklumat yang berfaedah kepada sesiapa sahaja.
Tapi refer kepada objektif asal blog kasehku-hidupku ini diwujudkan...
Sebagai diari mama dan catatan kisah perkembangan anak-anak.

Saya nak perasaan dan rasa ini "disimpan" disini.
Bila 1 hari nanti saya baca entry ini saya akan terkenang dan teringat rasa dan perasaan saya ketika ini.

Semasa entry sebelum ini ditaip 
Itu lah perasaan saya.
Itulah rasa saya.
Perasaan yang tertanya-tanya.
Perasaan bersalah.
Perasaan muhasabah diri.
Dan perasaan mencari petunjuk.

Hari ini.
Bangun pagi.
Cuba memujuk diri.
Cuba menerima yang keadaan ini mungkin sementara.
Dan mungkin juga perkara 'normal'.

Seawal 7 pagi, Kaseh terjaga semasa saya sedang memujuk Awatif yang terjaga.
Diminta susu dan saya berikan.
Kami bergurau seperti biasa.
itu lah salah 1 kenikmatan bila ada anak.
Ada sinar cahaya senyuman yang indah mengadap betul2 dihadapan wajah bila kita buka mata.

Tak lama lepas itu, Kaseh terlelap balik.
Sampai pukul 10 kaseh belum bangun.
Papa pergi beli sarapan pun papa tak kejut.
Dikejut untuk mandi dan sarapan.
Berat badannya.
Saya makan dulu sebab takut nanti Awatif terjaga saya tak sempat sarapan pulak.
Dipujuk untuk bangun dia baring malas je.
Tapi..
Bila papa cakap nak g rumah nenek tak..
Laju je dia bangun bukak baju.
** papa nak uruskan hal akikah Awatif**

Sampai sarapan pun tak nak sebab nak g rumah nenek.
Sempat saya pesan 
"Nanti Kaseh ikut papa balik ye sebab nanti Imaan nak datang" 
**Anak seorang sahabat yang nak datang melawat Awatif**

Saya juga pesan kat papa kalau Kaseh taknak balik,
ajak adik-adik ikut la datang sini mesti Kaseh nak balik.
Papa dan Kaseh pergi.

Mood saya masih "lesu"
Masih memikirkan Kaseh,
dimana silap saya dan apa yang patut saya buat.
Tapi masih gagahkan untk buat kerja rumah.
Tapi selera makan entah kemana.


Dengar bunyi kereta papa.
Dalam hati berdebar menunggu samada Kaseh ikut balik atau tidak.
Dari kerusi dalam rumah, saya namapk kerusi belakang kereta kosong.
Masih mengharap yang penglihatan saya terlindung.
Tapi betul.. Kaseh tak nak balik.
Rasa?
Sedih..

Tapi perlahan-lahan cuba menerima keadaan.
Memujuk hati "Walau apa pun dia tetap anak saya"
**Apa ke jauh sangat saya berfikir**
Kaseh cuma taknak balik sebab kat rumah nenek ada kawan.
Di rumah hanya ada mama yang menguruskan rumah dan 
Awatif yang masih belum tahu berkawan.

Rasa lebih baik.
Pujukan berjaya.
Selepas Lea balik.. kami terus ke rumah nenek.
Kaseh tido.
Rindunya.. Sangat rindu Kaseh walaupun hanya beberapa jam tak jumpa.
Rasa macam nak peluk cium tapi cuba kawal diri sebab memikirkan 
"macamlah aku sorang ada anak dalam dunia ni"

Hati ketika itu sudah makin menerima keadaan.
Jika malam ni pun kaseh tak nak balik, saya terima.
Hati semakin tenang (Bawak bertenang sebenarnya)
Kadang-kadang diacah juga ajak balik.
Jawapannya seperti yang disangka.
"Tak Nak Balik"

Dan tiba masa yang sebenarnya.
Kaseh sedang minum susu.. baring depan TV.
Diajak balik.
Taknak.
Kali ini saya sudah menerima jika Kaseh taknak balik saya tidak akan memaksa.
Saya terima.
Saya nak tengok sampai bila keadaan ini berlarutan.
Masih dipujuk dengan bantal mosh.
Masih taknak.

Ok lah.
Saya terima.
Kami masuk kereta.
Sempai cakap kat papa 
"Saya nak tengok sampai bila Kaseh akan berkeadaan begini"

Papa undur kereta.
Makjah keluar.
Dalam hati mengharap...
Rupanya dihulurnya bantal Awatif yang tetinggal.

Papa sambung undur kereta lagi..
Asyuuu keluar.
Mama kata "Tu kenapa pulak?"
Allah Huakbar.
Kaseh menyusul di belakang Asyuu.. dan dipakaikan selipar..
seronoknya tak terhingga mama.
Rasa mama nak keluar kereta dan timang-timang Kaseh.

Seronok.
Lega dan bahagia.
Bila balik mama kasi layanan istimewa untuk Kaseh.
Susu dibuat dengan secepatnya bila dipinta..
Tido didodoi.
Untuk pengetahuan semua saya jarang baring, peluk dan tido bersama Kaseh.
Kaseh tidak didodoi.
Hanya dibiarkan tido sendiri.
**Itu mungkin salah 1 kesilapan saya**

Malam ini saya berjanji akan membuatkan Kaseh seronok esok.

No comments: