Pages

Monday, May 28, 2012

Hujung Minggu Yang Panjang

Mencuri masa untuk menaip entry ini.
Weekend ni panjang sebab hari ini saya bercuti.
Memang saya apply cuti untuk 1 hari sebab Awatif injection 2 bulan dan saya buat ujian Pap Smear.
So menjangkaka masa yang diambil mungkin lama.
So ambil cuti je dari dari ambil time slip.
Tapi masih berkira-kira untuk masuk half day jika semuanya habis awal.

Tapi ujian speciment mata awatif menunjukkan Awatif ada infection pada mata sebelah kanan.
Mata Awatif bertahi dari lahir sampai hari ke 44.
Masa cucuk 1 bulan Doktor minta ambil sampel tahi mata dan dihantar ke makmal.
Walaupun mata Awatif da tak bertahi tapi di kelopak mata ada kesan lebam 
atau macam urat yang biru.

Keputusan ada infection kuman yang agak kuat katanya.
Semua ubat yang dicdangkan dalam report tu semua tiada dai klinik kesihatan tu.
So Doctor buat surat refer ke Hospital Sg Buloh.
Bila jumpa Doctor da terangkan hal sebenar dimata mata Awatif tidak lagi bertahi.
Doctor buat beberapa ujian.
Mata Awatif mengikut pergerakan tangan Doctor dan semuanya normal.
Dan Doctor kata lebam di matanya hanay sedikit.
Memeng betul kalau dilihat pada angle tertentu sahaja lebam itu dapat dilihat.

So doctor tak kasi apa2 ubat sebab mata Awatif sudah tidak bertahi lagi.
Tapi doctor kasi masa 1 bulan untuk observation.
kalau lebam makin merebak atau ada tanda 2 lain boleh terus ke hospital.

So lega la.
Langkah kami seterusnya?
Alang2 da ke Sg Buloh menyinggah la ke syurga pokok  bunga.
Kali ni bukan nak cari bunga tapi nak tukar konsep water fountain.

Before





After.


Tak dapat seperti dibayangkan.
Sepatutnya air"terjun" melalui 3 penjuru tu.
Tap xtau mungkin speed pam xcukup so air hanya melelh dibahagian tepi.
So tiada effect bunyi.
Gagal.
Yang menenangkan telinga adalah effect bunyi air tu la.
Sudahnya di sengetkan sedikit.
So konsep masih sama seperti dahulu.
Hanya pasu je yang ditukar.

Kaseh pulak batuk.
Agak teruk.
Ubat langsung xnak makan.
madu boleh la dipujuk2.
Kesian da tidur tak lena.
Bila batuk lebih skit keluar semua isi perut.

Awatif pulak terus dengan ketenangan dia.

2 anugerah ini adalah penenang hati saya.

Saya pula?
Masih belum kemas baju nursery anak2.
Masih memikirkan bebarapa perkara.
Salah satunya esok kena ada training dgn engineer dari Korea.
Pagi2 nak kena assist sesi safety.
Program ni baru dilaksanakan semata2 tunggu saya balik dari maternity leave.
Dah la terlepas spring at Korea.
Sesi training di Korea bulan lepas dijalankan di Busan dan tepi pantai katanya.
Kalau di Seoul hari tu dibandar.
Tak per la bukan rezeki saya.
Tahun depan mungkin akan ada peluang lagi untuk sesi graduasi katanya.

**Kesian Kaseh batuk2**
Esok menunggu dengan segala amanah yang perlu dipikul.
Diharap saya dapat menjalankan tugas dengan baik dan ikhlas.
Untungnya jika Allah menrima segala pekerjaan ku sebagai ibadah.
Membesarkan anak-anak dan mencari rezeki demi sesuap nasi.


Allah..
PadaMu aku berserah.
Pada Mu aku memohon kekuatan.
Berikan aku kebijaksanaan dalam menjalankan tanggungjawab aku dan amanah Mu.
Syukur Allah atas segala nikmat dan kebahagaian pinjamanMu ini.
Terimalah segala perbuatan ku sebagai ibadah.
 

No comments: