Pages

Tuesday, May 15, 2012

Simpang Siur Kepala seorang Ibu

Bersimpang siur rasanya task-task yang ada dalam kepala ni.
Ada beberapa hari lagi nak masuk keje.

Dengan anak-anak yang belum lagi dilatih ke nursery.
Plan nak hantar isnin.
Tapi disebabkan tak sempat nak jumpa tuan punyer nursery last week,
so plan plak nak hantar selasa.
Sekali bottle Avent Awatif ngan beg nursery Kaseh yang order
online tak sampai2 lagi. 
Geram betul schedule ingat sampai petang isnin tapi tak sampai2 lagi.
Feedback dah la sellow.
Memang la ni last da order kat web tu.
Sudahnya bagaitau Ummi nak hantar Rabu.
Tapi kalau sok botol Awatif blom smpai jgak cmner.
Nak beli lain rugi lak sbb y order tu 2 botol.
Kalau order lain total nnt ada 3 botol.
Den nak buat apa banyak.

Hal Kaseh xrisau sangat sbb paling koman pun dia menangis je hantar g nursery nanti.
Dah biasa dah tu.
Yang hal Awatif la.
Takut dia refuce bottle feeding.
tak pernah test guna bottle lagi ngan bottlenya tak sampai lagi.

Itu 1 hal.
Hal lain, rumah tunggang langgang.
Lepas je kenduri and dah balik rumah, tanpa berlengah lagi,
terus je laundry baju2 sampai 3 trip.
Sudahnya sekarang gerun nak angkat baju sebab nak kena lipat and susun pulak.

Yang menunggu untuk dilipat ni 1 bakul besar.
Yang gerun nak angkat tu ada lagi kat ampain.
Yang memperbanyakkan lagi baju bajan ni adalah,
disebabkan oleh ni minggu terakhir sebelum keje so sume benda nak kena clear.
Petang ahad laundry baju harian.
Isnin laundy cadar, telekung2, sejadah and even conforter.
Kedai dobi y biasa ku hantar conforter tu tak bukak lak.
Kena la laundry sendiri kat rumah.

Nak lipat and susun baju bajan tu 1 hal jugak lagi.
Memandangkan dah habis pantang, 
nak kenakan clearkan bilik bawah ni.
Nak kena pilih baju2 masa pregnent dulu lipat ang masuk kotak.
Dan memandangkan dah lebih sebulan ku tak menghiraukan keadaan bilik yang menmpatkan baju bajan mama and papa,
keadaan agak huru hara.
Sebab selama ni baju and kain batik yang dipakai semasa pantang ku memang letak 1 tempat dalam bakul.
So rak ke almari mmg ku tak hiraukan.
So bila dah habis pantang nak kena la pilih2 baju yang boleh dan tak bboleh pakai.

Dah tu bilik atas nak kene clearkan jugak.
Dah nk tido bilik atas la pasni so sebelum tu kena la bersihkan.
Nak kena buang habuk yang seinci tu, nak kena mop.
Pastu baru la papa boleh angkut baby cot and single bed naik ke atas balik.
Fuhhhhh... Sederet katil dalam bilik tu.
Anak baru 2 kalau anak 8?
Heeee.. Berangan ko Lynd.
Nak ajar Kaseh tido bilik lain macam awal sangat.
Master bedroom tu besar so mmg xder hal la letak katil banyak2.
Just secara interior deco2 cam tak cantik la.
Tunggu anak da besar la Puan Lynd baru anda boleh berangan nak ada bilik macam pengantin baru pun.

Itu baru hal baju bajan papa mamanya.
Belum lagi hal baju bajan anak-anak.
Dok pilih2 baju Kaseh, yang mane yang dah lusuh sangat tu nak buang or simpan je.
Kalau ikut mak bapak Kaseh yang pakai baju 5 tahun lepas ni mmg tak kisah la.
Tapi disebabkan Kaseh dah nak masuk skolah balik,
segan la ngan Ummi2 tu tengok baju2 Kaseh yang comot2 tu.
Kalau dok kat rumah je ok la.
Kaseh banyak gaun y tak terpakai sebab rasa cam tak sesuai dipakai untuk bersantai kat nursery.
Tapi kalau nak tunggu g jalan baru nak pakaikan mmg tak terpakai la.
Nasib la mama bukan kaki shopping kalau tak banyak lagi baju tak terpakai Kaseh.
Baju2 gaun tu sumbangan makcik2 and nenek2 Kaseh.
Biasa lah mereka suke tengok baju gaun cute2 ni.

Tu baju bajan Kakak.
Baju bajan Awatif pulak.
Dah keluarkan baju2 lama Kaseh.
Ada yang dah boleh pakai dan ada yang 1-2 bualn lagi beleh pakai la.
Dah tu nak simpan dalam almari ni macam semak.
Nanti bila tang papa yang amik baju dia main tarik je terus bersepah.
nak dimasuk kotak nnt terlupa plak nak pakaikan.

Tu dapur tu pun 1 hal.
Nak kena clearkan segala susunan orang mengandung.
Susunan orang mengandung?
Yela.
Masa preggy dulu xbleh kerap tunduk so banyak benda yang disusun tinggi.
Ku tak suke susun barang2 atas cabinet ni tp terpaksa la.
So sekarang nak kena masukkan balik semua dalam cabinet.

Apa susahnya?
Memandangkan dapur saya pernah ditakbir orlah Bonda so banyak susunan yang dah lari.
sebagai contoh tempat saya letak periuk dijadikan tempat letak makanan.
Saya jumpa 1 bungkus bawang yang tak diusik.
Huhh dah busuk.
Almari pinggan mangkuk tunggang langgang dengan tupperware.
Ni sebab saya main letak je sebab tak larat nak tunduk and susun masa mengandung dulu.
So saya nak kena susun balik dapur tu jadi dapur saya, nyawa saya.
Heeeeee..
Tambah lagi botol susu yang bertambah disebabkan rutin mengepam.
Dapur ni memang kena organise betul2.
Dapur ni luas tapi disebabkan impian mempunyai cabinet dapur idaman belum tertunai, so saya kena manfaatkan ruang yang ada.
**Tu sebab saya susah nak menggunakan dapur orang sebab saya rasa sangat terkial2**

Banyak hal lah.
Persiapan ke nursery anak-anak.
Persiapan mental mama yang nak balik kerja ni
Persiapan mental nak jadi super mama ni.

Dan yang paling mendebarkan.....
Follow Up check up khamis ni.
Diharap saya sihat.
Antara nikmat yang saya rasa nakkkkkkk sangat adalah nikmat KESIHATAN.
harap saya sihat untuk menjalankan amanat Allah.

Huhhh..
1-1 fikir Cik Lynd.
Goodluck super mama.

1 comment:

Imaan09 said...

feninnnnnnnnnnnnnnnnnng aku baca pon!