Dalam kelemauan hati.
Cuba mencari mana silap saya.
Ada beberapa finding yang mungkin menjadi faktor.
Saya nak Kaseh ikut cakap saya dan "lurus".
Jika mandi.. hanya mandi..
Siram badan.. sabun..gosok gigi.
Secepatnya sebab saya masih banyak benda nak kena buat.
Jika dah mandi selesai sudah tugas saya yang 1 ini.
Kaseh boleh dilepaskan main sendiri.
Tapi jika semasa mandi Kaseh minta untuk masuk besen,
seboleh mungkin saya tak benarkan.
Sya ubah topik.
Saya takut-takutkan dia.
Berjaya.. Ikut kehendak saya.
Jika mahu tukar diapers tengahari.
kaseh minta nak basuh di paip depan sebab boleh main air sekali.
Saya takutkan dia..ada dog dan sebagainya.
Berjaya.. Ikut kehendak saya.
Kaseh nampak seperti mengikut.
Dan saya rasa anak saya baik dan senang diuruskan,
Tapi sebenarnya dalam tanpa saya sedar..
Dia mahukan perhatian..
Jiwanya mungkin memberontak..
Jika permainan didalam rumah yang tidak memerlukan pengawasan
saya benarkan seperti main basikal atau even buat sepah.
Saya mahu Kaseh buat apa yang sudah ditetapkan.
Tidak boleh menyimpang.
Itu mungkin kesilapan saya.
Saya cuba mengajar anak saya disiplin.
Supaya senang diuruskan.
Even saya pernah terfikir nak tanya umi di nursery bagaimana menguruskan anak.
saya nak uruskan anak sama dengan nursery.
Bagaimmana mereka boleh urukan ramai kanak-kanak.
Itu silap saya.
Saya nak buat rumah seperti nursery.
Tido sendiri dan bermain sendiri.
Tidak perlu dilayan.
Itu silap saya.
Mahu samakan keadaan nursery dan rumah.
Terlalu banyak "jangan"
Kadang-kadang saya rasa seperti Kaseh sudah bersedia dengan perkataan "jangan' dari saya.
Terlalu banyak "nanti"
disebabkan urusan mama.
Saya hanya ada 2 minggu untuk memberikan yang terbaik untuk Kaseh.
Selepas ini saya mula bekerja.
Kaseh akan ke nursery.
Saya tak tahu apa akan jadi.
Hampir 3 bulan Kaseh tak ke nursery.
Awatif yang baru 1 bulan da dihantar ke nursery.
Ya Allah.
Otak ini berjalan seperti mesin.
Berfikir bagaimana saya mahu menyusun urusan saya dan perhatian saya terhadap anak-anak.
Saya sayang anak-anak saya dan saya mahu mereka merasainya.
Mungkin saya berlebih-lebihan.
Tapi itulah yang saya rasa.
Wajar atau tidak saya tak pasti.
Betul ke anak yang berusia 2 tahun sudah pandai memberontak?
2 comments:
ini laa y aku nk buat entry tp cukup2 tgn lagi..
Tolong la bt entry..!!!! If you caring you should share..
Post a Comment