Pages

Saturday, May 26, 2012

mama Bekerja dan Anak-anak ke Nursery

Akhirnya jumaat.
Setelah 5 hari berlalu.
Minggu pertama kerja.
Tempat kerja?
Masih lagi menerima ucapan tahniah dan bertanya mengenai anak-anak.
The best part yang menyababkan wanita ini kembang semangkuk adalah 
bila nurse company cakap "Wah.. cepat betul you slim?"
Slim kah?
Semestinya tidak.
Saya cume dapat balik berat saya sebelum mengandung
dimana pada ketika itu saya memang gomuksss.

Part yang ke-2 best bila ada seorang supplier lelaki cakap
"Anak U sudah 3 bulan? Lama U cuti"
Hellooo... I even 60 hari pun belom lepas lagi.
Dia nampak saya macam sangat bertenaga kalau wife dia 2 bulan tu pun lembik lagi.
Terima kasih Allah yang meminjamkan saya tenaga dan semangat ini.

Wahhhh..Sudah cerita mama yang kembang bermangkuk ini.

2 hari pertama saya dalam fasa menyusun jadual mengepam.
Jadual tetap mengepam saya untuk minggu ni.

Pukul 6.00 am -
 Sebaik sahaja selesai susukan Awatif (Biasanya dikejut)

Pukul 9.30 - 10.00 am : 
Setelah selesai buat rutin harian operation dan sebelum meeting.

Pukul 1.30 - 2.00 pm : 
Setelah lunch.

Sesi tambahan mungkin tapi masih dalam sesi pemantauan.
So far 2 hari cuba macam sesuai.
Saya balik kerja pukul 4.30 pm.
Biasanya saya rushing nak balik.
Tapi bila saya sampai rumah dalam kol 5.15 pm ambil anak2,
 susu masih berbaki dan saya kelam kabut nak solat dengan melayan anak lagi dan nak prepare dinner.

So schedule baru, kol 4.30 saya solat dan mengepam dulu sebelum balik.
Kol 5.00 gerak balik dan kol 5.30 sampai rumah.
Baling2 segalanya dalam kuali, kol 6.30 ambil anak2.
So dengan jadual begini saya dapat 1 sesi mengepam tambahan, saya selesai masak dan bila ambil anak2 saya boleh tumpukan perhatian kepada mereka buat seketika.
kalau gi ambil awal pun saya sibuk ke hulu kehilir dalam rumah.

Tengok keadaan kestabilan Awatif saya lari g mandi dan solat maghrib.
Sepanjang 5 hari ni Alhamdulillah, Allah sentiasa memberikan ruang untuk saya menunaikan kewajipan.

Lepas tu saya dinner ngan Kaseh.
En Suami?
Tak payah tunggu..!!
Kebulur nanti saya.
Kol 9 baru sampai rumah.
Kesian jugak.
Dia balik je saya da berkemas beg nursery anak2 dan barang2 mengepam dan bersiap untuk tido.
Kena tido awal supaya Kaseh tak meragam di pagi hari.

Ada ke cerita malam dulu.
Ok..sepanjang 5 hari ni Allah telah berikan saya ruang yang tenang.
Kaseh senang dikejutkan pada waktu pagi.
Dan kalau nak dengar intonasi paling lembut mama adalah waktu ini lah.
Ajak Kaseh mandi 
(Tips nak suruh cpt bangun cakap nak pakaikan baju cantik dan nak pakaikan lipstik, cepatlah dia angkat kepala)

Sambil mandikan nyanyi ala2 cikgu tadika "Bangun pagi, gosok gigi"
Dengan berus gigi barunya sambil goyang2 bontot.
Kamilah pasangan anak beranak yang paling ceria di pagi hari.

**Sambung balik menaip setelah cuci masker**

Siap pakaikan baju dia akan pikul beg dan tunggu mama pakai tudung pulak.
Segala bedak ke, pelembab ke pakai sebelum mandikan dia lagi
sebab buatnya dia buat hal saya yang tak sempat nak menepek.

Angkat beg Awatif, EBM (Expressing Breastmilk), beg pam dan air botol 2 liter.
Beg Kaseh bawak sendiri.
Angkat Awatif dan bergerak la kami ke nursery yang ada kat blok sebelah je. 
Rasa sangat puas hati bila dapat uruskan anak sendiri.
Tengok Kaseh g nursery dalam keadaan segar bugar dan rambut bersikat.
Kalau dulu masa anak sorang Ummi asik angkat je Kaseh sbb dia tido lagi.

Inilah muke budak suke gi sekolah.
 
 
Ummi cakap Kaseh suke mencece.
Memang pun..!!!
Letih nak menjawab.

Kadang2 saya g amik mereka jalan kaki.
Malas nak pusing2 kalau bawak kete.
Jalan kaki 200 meter je kot.



Kalau dulu kol 7.15 pagi baru terhegeh2 nak mandi.
Dekat kol 8 Kaseh g nursery dalam keadaan tido lagi,
mau taknya tido malam suke hati dia pukul berapa nak tido.

Sekarang..
Kol 6 pagi mama bangun susukan Awatif dan mengepam.
Pukul 6.30 babai Papa dan mandi dan solat dan bersiap.
Pukul 7 mandikan Kaseh dan siapkan Kaseh.
Kol 730 bersedia untuk gerak.
Kena standby awal mane la tahu buatnya salah sorang puteri ni meragam atleast ada toleranse masa.
Ko 10 mlm dah bersiap nak tido.

 Sebelum mula g nursery secara official,
Papa kasi trim dulu rambut ini budak.

 



Nak kata kelam kabut tak jugak.
Rasa seperti semuanya selesai dan tersusun.
Sentiasa cukup masa dan bertenaga.
Just kita kena tahu susun kerje mengikut keutamaan.
Online?
Pagi sambil mengepam.
Waktu lain biarlah saya mengadap anak2 saya setelah 10 jam hilang mama dari pandangan.
Terima kasih Allah kerana meminjamkan tenaga dan semangat ini.
Diharap semua ni berterusan.

Seronok betul cerita kenangan ada 2 anak ni.
Tak sabar nak tunggu Awatif besar nanti ada 2 anak yang terkedek2 bawak beg nak g nursery.
 

No comments: