Pages

Thursday, May 31, 2012

List Organising Project

2-3 kali asyik Draft entry ni.
Sebab banyak sangat point tapi meleret lebih,
so save draft lagi.
So kali ni cuba nak simplekan entry ni.

Ok.
Memandangkan saya sudah 98% kembali ke rutin tetap harian saya.
Dan rutin ini akan berterusan sehingga entah bila.
Saya memerlukan satu sistem pengurusan rumah tangga yang simple.
Faham?
**Inilah jadi kalau BI cuba ditranslate ke BM**
Means saya kena buat home organising supaya hidup saya lebih simple, cepat dan teratur.
Saya cuba nak kurangkan masa mencari barang dan cuba mengawal tahap kesepahan kerana saya tiada masa yang mewah untuk mengemas.
Itulah tujuan Home Organising Mama Lynd.
Bab cantik2 tu no seterusnya.

Setelah diamati selama seminggu saya mula bekerja ada beberapa perkara yang saya perlu lakukan.

1. Landing Table.
Maksudnya sebaik sahaja saya masuk rumah dimana saya letak segala bagai beg nursery anak-anak dan beg pam mama.
Tambahan lagi beg keje papa dan jacket papa.
Jika sekarang bag pam saya akan terus letak kat meja makan kat dapur sebab saya kena keluarkan kelengkapan yang perlu dibasuh, EBM dan ice pack yang perlu dibekukan.
Manakala beg nursery anak2 di coffee table diruang bersebelahan tangga.
Bag kerja papa masih ditempat dahulu di rak ruang kerja mama dan jacket di kerusi (Tak suke dan menyampah bila tgok baju bersidaian)

Gambar inspirasi.






2. Pakaian
Sebelum ni terfikir yang saya ingin gunakan tingkat atas sepenuhnya.
Means mandi dan bersiap di atas so saya perlu letak pakaian kami suami isteri di atas.
Tapi melihat kepada rutin selama seminggu ni saya rasa tak sesuai.
Sebab bila bangun pagi saya perlu turun untuk mengepam susu.
So takkan saya nak bersiap nak kena naik atas lagi.
Dan biasanya saya terus bawa Awatif turun.
So buat masa sekarang biarlah rutin begini.
So saya kena susun atur bilik bawah yang berfung sebagai tempat simpan pakaian, bilik solat, bilik bersiap dan bilik iron baju.
So far saya da susun rak baju dibilik tu ala2 closet mat saleh.
Dimana "bilik" yang digunakan untuk meletak segala bagai pakaian.
Dan layout bilik bawah ni mmg agak sesuai berkonsep begitu.
So tinggal saya nak susun iron table, kipas dan almari baju supaya tak menghalang lalu lintas.
Dan berimpian untuk peruntukkan 1 ruang bercirikan tempat solat means ada karpet dan hiasan dinding islamik.
Semua ciri2 itu diletakkan di dalam 1 bilik.
So kena cari idea.


3. Dapur.
Disebabkan kelengkapan mengepam, so ruang untuk botol susu da semakin bertambah. 
Selain itu, cukup tak suka soalan "Mama, mana..?" dari papa
so saya nak susun peralatan didapur supaya transparent, senang dilihat dan senang dicapai.
Pun sudah mula dan dalam proses mengenal pasti apa barang yang perlu dibeli.

So far ini project besar saya.
Kalau ada progress saya update.

2 comments:

nurbijen said...

semoga berjaya.. teringin jugak nak buat home organising, thanks for sharing the idea :)

Reen Tart Nenas said...

ya ampunnn. sama la. skang nie tgh pening kepala nak organise bilik kat bawah tu. huwaaa xsuka umah dua tingkat, tp itu jer mampu beli dgn keluasan yg memuaskan hati.

mari la sama2 mengemas. dan duit mengalir juga sbb nak kena beli organizer la...

*nanes