Pages

Friday, May 18, 2012

Kejadian Tersedak Susu Di Nursery Anak-Anak..

16 May hari pertama Awatif dihantar ke nusery.
Untuk test sebelum masuk keje.
Kaseh buat teman saya dirumah.

Kami keluar lunch KFC..
Blik rumah dalam kol 1.30 pm ramai sangat orang park kete kat area rumah.
Terfikir sapa yang buat kenduri hari rabu disiang hari ni.
 Macam nak tanya jugak kat 2 orang jiran lelaki yang kebetulan tengah borak depan rumah.
Tapi tak sempat keluar dari kete mereka dah balik.

Terpinga2 lah saya tengok orang ramai2.
Kebetulan cikgu depan rumah baru nak keluar mengajar.
Terdetik jugak "lambatnya dia keluar hari ni biasanya kol 12 dah keluar"

Macam dia tahu apa yang bermain kat dalam kepala ni,
dia tanya "Tak gi melawat ke?"
Saya tanya "Kenapa?"
"Anak orang tu meninggal."
Jiran sebelah lagi menyampuk "Tersedak susu hantar kat nursery hujung nun"

Gugur jantung ibu ini.
Tak tau nak fikir apa.
Menggigil dan menangis.
Call En Suami.
En Suami pun tak terkata.
Terbayang Awatif.
Bukan sebab kes nursery tu tapi sebab terbayang perasaan mak baby tu.
Baby tu baru 2 bulan dan ini minggu ke 2 di hantar ke nursery tu.
Masa tu tak tahu cerita sebenar lagi.

Dok fikir nak je lari g nursery tu nak tanya khabar.
Tapi saya xtau keadaan nusery tu sekarang.
Gagahkan diri call Ummi yang saya selalu contact.
Pekerja je bukan tuan punyer.
Tapi Ummi ni mmg baik dangan saya dan dia agak rapat dengan Kaseh.

Saya call dan tanya apa cerita ni.
Rupa-rupanya dia orang terakhir yang pegang baby tu.
Ya Allah.
Ikut ceritanya, baby tu tak disusukan di nursery.
Ibu baby hantar baby dalam pukul 8.30 pagi dan katanya baby menyusu dalam kol 7.
Dan dia bekalkan botol susu yang masih berbaki.

Baby dibawa masuk dan dimandikan.
Biasanya kalau dimandikan baby akan menangis tapi kali ni tidak.
baby masih aktif.
Disebabkan baby tak nangis so ummi tak kasi la susu.
Baby diletakkan dalam baby cot dan tidur.

Sejam lebih kemudian Ummi nak amik botol susu kat sebelah baby sebab nak buatkan susu baru.
Ummi perasan yang baby tu pucat dan tak bergerak.
Diletak tangan dihidung.
Tiada pernafasan.

Baby terus diangkat dan dibawa ke klinik depan.
Bila doctor periksa "Dia dah tak der"
Ummi "Biar betul doctor?"
Doctor "Habis tu takkan saya nak tipu" 

Ibu bapa baby dah dihubungi semasa dalam perjalanan ke klinik lagi.

Polis sampai ke rumah baby dalam pukul 2 petang.
Masa tu saya ada kat luar rumah sbb posmen hantar barang pos laju.
Depan posmen tu saya nangis sebab fikir kesian kat ummi tu.
Mesti phobia dengan baby yang baru meninggal dengan polis lagi.

Saya pergi melawat jenazah dalam pukul 2.30 ptg.
Parent baby tak nak ambil tindakan sebab taknak baby di post mortem.
Dan ikut cerita ibu tu memang sepadan dengan cerita Ummi.
Baby tak disusukan di nursery.
Baby tu ada selsema tapi masih aktif.
Tiada juga tanda2 tersedak susu.
Tengok jenazah baby muka dia sangat tenang.
 Ikut tanggapan mereke mungkin baby ditidurkan meniarap.
 Baby girl yang berumur 2 bulan 10 hari.
Ibu tenang.
Anak kedua.
Anak pertama perempuan juga berumur 4 tahun.
**Mesti lama menunggu yang ke-2**
Terdengar nenek baby cakap "Tu susu dalam peti ais banyak2 tak tau la nak buat apa"
Tak tahu nak kata.
Tak terkata.
Dan tak nak bayangkan perasaan ibu itu.

Berkira-kira nak ambil Awatif.
Tapi sebab kaseh tido camner nak tinggal.
Petang g amik Awatif.
jumpa Ummi L lg.
Dia cerita lagi.
Saya dapat lihat air mata dia bergenang.
Dia pun tak tahu punca.
Semuanya dalam keadaan normal dan baby aktif semasa kali terakhir diletakkan.
Dan....
Sebenarnya conclusion "Tersedak susu" adalah penutup cerita.
Sebab kalau doctor tulis kes lain nanti baby akan dibedah siasat.
Tapi jika parents memang nak panjangkan kes ini baru la report lain keluar.
**Baru la saya tahu. Berita mengenai tersedak susu di media mungkin sama situasinya**

Saya cuba siasat adakah baby tido meniarap.
Dia kata tak sebab baby selsema so memang takkan ditidokan meniarap.
Dia pun sudah jumpa ayah dan nenek baby bersama dengan polis.
Dan mereka taknak ambil tindakan.
Dan saya pun taktahu tahap "keredhaan" parents tu.

Saya tak tahu sebab saya tidak bereada ditempat mereka.

Ummi pun ada cakap di berserah kalau saya sudah tak percaya kepada pada nursery.
Kata maaf pun tak guna.

Selepas difikir dan bertanya kepada beberapa orang kepercayaan.
Saya decide untuk terus menghantar anak-anak dinursery itu.


Sebab?

1. Jika hantar ditempat lain kita tak biasa dengan jagaan mereka.
2. Kaseh dihantar dari lahir ke sana dan tiada sebarang masalah.
3. Dari cerita yang saya terima tiada tanda2 kelalaian dan kes ini apa yang boleh dikatakan  "benda dah nak jadi"
4. Jika ada kelemahan yang disorokkan dari saya mungkin selepas ini mereka akan lebih berjaga-jaga.

Ya Allah.
Engkau lindungi keluarga ku dari segala ujian-Mu yang tidak mampu aku hadapi.
Berikan anak-anak dan seluruh keluarga kesihatan yang baik.
Berkati dan rahmatilah keluarga ku.


2 comments:

Imaan09 said...

mhon share ek..!

Alieya said...

Ye lah, benda da nak jadi kan... mohon anak2 kita di lindungi,