Pages

Monday, August 13, 2012

Akhirnya.. Sampai juga waktu itu..

Assalamualaikum.
Sampai juga.
Akhirnya terjadi juga.

Apa ye?
Zaman kemerosotan hasil produktiviti susu ibu.
Awatif 4 bulan lebih.
Sampai juga saat itu.

Teruk sangat ke?
Yes, really bad.

How bad?
Bangun pagi - Tiada lagi istilah bengkak susu.
1st session pumping - less than 6 Oz (Dulu boleh cecah 10-12 Oz)
2nd session pumping - 6 Oz (Sblm ni boleh cecah 8 Oz)

Malam - Dapat rasa kelembikkan breast bila Awatif nenen lama.

Bagaimana ini boleh terjadi?
Ada beberapa sebab.

1. Awatif anak yang sangat baik. 
Tido malam sangat lena dan jarang sangat terjaga untuk menyusu.
So kalau dia tido 10 jam means 10 jam juga tiada demand.
Mama Awatif ini mengambil peluang sleep like a baby juga la.
Suppose to awak bangun untu create demand itu (Means mengepam)

2. Sesi mengempam yang tidak cukup untuk create demand yang sepatutnya.
Saya hanya mengepam 2 kali sehari.
Pukul 8 pagi di ofis.
Means kalau Awatif nenen dalam pukul 6 pgi which hanya sekejap dan dia tertido balik dan hanya dari sebelah breast.
So selain boleh bayang berapa lama tiada demand dari start Awatif tido.
Kalau ada pun sangat sedikit.

Next pukul 1.30 pm.
Gap 5 jam dari 1st session.
Too long honey.

Then bila da gi amik Awatif dalam kol 6.30 tu pun kadang dia still kenyang.
So dalam kol 7 is next demand.
gap another 5 hours?

seeee???
Demand yang sangat teruk.

Masa Kaseh dulu,
2-3 kali bangun untuk menyusu pada waktu malam.
So disitu sudah ada demand.

Pumping session :
9.00 am --> 12.00 pm --> 03.00 pm 
See? Gap every 3 hours.
Tapi ni masa keje tempat lama.
Working hours 8.00 am - 05.45 pm
Rutin keje tak fix.

Tempat sekarang, 08.30 am - 04.30 pm.
Rutin keje y fix.
Kol 8.30 - 9.30 : Plant tour.
9.30 -10.30 am : Daily report preparation.
10.30 am - 11.30 am : Meeting
11.30 am - 01.00 pm : depend on issue.
kalau ada yang kena banyak benda nk kena follow up time ni sgt pack.
Tapi klu nak curi masa pun time ni la.
Tpi da dekat sgt dgn lunch time.
So terus lajak pumping during lunch.

3.00 pm : Shift meeting.
3.30 - 4.30 pm : dah nak balik da pun.

Itu semua alasan ke?

I have to do something.
Nak kene kuar dengan action plan ni.

Antaranya :
1. Cik Lynd, let's only Awatif sleep like a baby not you.
Bangun mengepam at least sekali diwaktu malam hari.
Mybe make it at 2.00 - 3.00 am

2. Power Pumping.
Boleh refer entry satu ketika dulu untuk cara2 power pumping.
(Tiba2 teringat Kak Tini bila sebut power pumping. Beliau banyak support breastfeeding journey saya)

3. Tambah sesi di ofis.
Sekarang saya pumpu di surau.
So jika saya tambah sesi mengepam diluar waktu rehat saya akan lost time dari segi perjalan saya ke surau.
So saya ingat nak pump dimeja.
Dengan spectra 3 dan nursing bra,
(Boleh didapati disini dengan harga berpatutan)
Saya boleh ber "hand free" sambil buat daily report.
Pukul 10, time manager gi meeting kol 10 saya boleh mengempam,
dan kol 10.30 saya bleh masuk meeting.

Tapi maksudnya saya kena hangkut bag pum saya ke ofis pd waktu pagi.
Lunch time saya hangkut g surau plak.

Sbelum ni saya tinggal je di surau.
So berlenggang je masuk ofis, so bleh terus masuk plant dan xpayah singgah2 letak bag bagai.
Huaaa.. kena cari idea y lebih ergonomic ni.

Bagaimana dengan milk booster?
Sorry to say keyakinan saya pada pengaruh makanan terhadap pengahasilan susu ibu hanya 10%.

Keyakinan saya terbahagi kepada :
Demand and Supply : 70%
Emosi / Mood Ibu : 20 %
Pemakanan : 10 %

Terpulang kepada individu.
That why saya more focus on to create "demand"


Sumber : Sini
Maksudnya stimulasi.
Lagi banyak stimulasi, masej akan dihantar ke atak untuk menghasilkan lebih banyak susu.
Biar pun masa awal2 sesi kita tidak namapk hasil dari segi kuantiti (terutama semasa power pumping) tetapi badan kitasedang menghantar isyarat yang kita perlukan lebih banyak susu.
It's how the body and breast milk works.

Ini satu lagi ilustrasi menarik mengenai penghasilan susu ibu dan kaitannya dengan emosi/ mood ibu


Sumber : Sini

Ada 2 hormon yang terlibat dalam breastfeeding.
Hormon Prolactin - Berfungsi dalam menghasilkan susu ibu.
Bila kita da stimulate breast tak kisah la melalui direct feeding / pumping,
otak akan memberi isyarat supaya hormon ini dihasilkan dengan lebih banyak dan menggalakkan penghasilan susu ibu.

Hormon Oxytocin - untuk mengeluarkan susu dari badan.
Juga dikenali sebagai motherhood hormone.
Bila hormon prolatin sudah menghasilkan susu,
Oxytocin akan ambil peranan untuk mengeluarkan susu dari breast.
Pernah jadi tak bila kita teringat dekat baby kita tiba-tiba susu menitik dari breast.
That why ia dipanggil motherhood hormone.
Perasaan keibuan ini lah yang menyebabkan susu itu keluar.
Dan hormone ini juga memberikan kita ketenangan.
(sebab hormon ni kot sya terlebih tenang semasa menyusukan Awatif sampai saya yang tertido)

So ini yang saya maksudkan emosi mempangaruhi penghasilan susu ibu.
Pernah jadi tak, breast rasa macam ada isi, tapi bila di pam susu tak keluar?
Means hormon ni kurang.
So, cuba bawak bertenang, kalau yang sibuk banyak keje nak mengepam pun nak cepat2 teringatkan keja yang menunggu,
cuba tarik nafas, tengok gambar / video anak.
Biarkan perasaan keibuan tu menggalakkan hormon oxytocin.

Kalau tengah sedih / marah  cuba istighfar dan tenangkan diri.
Ambil anak directfeeding, hormon itu akan membatu untuk kita lebuh tenang.
So ia berfungsi 2 hala.
(Wah.. yang ni saya pandai2 tambah ikut pemahaman saya)

Dari segi pemakanan saya tak dapat relatekan.
Tapi mungkin juga bila kita makan makanan yang sodap dan kita suke then kita akan gembira then oxytocin akan derembeskan so susu pun keluar dengan meriahnya.
(Mungkin lah)
dan mungkin juga dalam makan tu ada enzime2 yang menggalakkan penghasilan 2 hormone susu ibu ini?
Kena investigate ni.

Ouhhh.. Panjang sudah entry ini.
Da macam kelas biologi dah.
Apa-apa pun saya harap isu ni saya dapat setelkan dengan action plan y saya listkan tu.
Kepada ibu-ibu yang seangkatan dengan saya, jangan putus asa teruskan ikhtiar demi untuk memberikan yang terbaik untuk our little one.

Disclaimer ye :
Ini adalah penerangan melalui pemahaman saya sendiri.
Saya rujuk dari sumber google dan dari Kursus2 yang saya hadiri,
kemudian saya terangkan dalam kontek pemahaman "orang biasa" bukan orang2 "medical"
Jika ada yang tersilap saya minta maaf.
Saya ingin kongsikan pemahaman saya.
Dan masih banyak yang perlu saya perbaiki.


2 comments:

Umialya said...

bangkit Lynd demi Awatif!!!! chaiyok..

Anonymous said...

ku suka..ku suka.. aku juga perlu ikut action plan ko..tp kena susun jadual ikut rutin aku!