Masih Mood Raya.
So walaupun selepas raya, saya nak panggil sebagai rambut raya.
Raya ke-7, saya ambil keputusan untuk potong rambut saya yang bermasalah itu.
Apa masalah rambut saya?
Rambut Berbuah dan Rambut gugur (masalah biasa selepas bersalin. Yeke?)
Saya tak pernah potong rambut terlalu pendek.
Paling pendek pun takat ni je.
Tapi lepas 2-3 kali trim bahagian rambut yang berbuah tu tak dapat dibuang.
Sebabnya da banyak sangat kot.
Tambah lagi bila saya usap rambut saya, kelihatanlah segumpal rambut.
Rambut saya da la mmg jenis tak berapa nak subur,
makin teruk la jadinya.
Sudahnya saya mabil keputusan nekad.
Inilah rambut baru saya.
Heee.. saya balik dari saloon dan tanya sang suami, ada iras Julia Zigler tak?
Dia suruh saya pikir lagi skli.
Ok fine,
Sharifah Amani?
Dia kata saya rabun teruk.
Tak per la.
I Faham takkan la you nak cakap "Fuyooo cun giler bini aku"
I tahu jauh dilubuk hati You itu yang U nak ckap kan?
Dok cari idea cmner lanak buat dengan masalah rambut ni.
G tanya pakcik google, dia bagai macam bagai.
Santan, limau nipis, arang dll.
Dan semestinya ku tak terbuat.
So nak cari product senang dipakai.
so kena buat reaserch dlu.
Disamping itu terbaca kat majalah Hijabista Edisi Pengenalan.
Tip penjagaan rambut Bagi Yang Bertudung.
1. Cuci rambut secara teratur iaitu selang 2/3 hari sekali
Pastikan guna syampoo yang sesuai.
2. Selepas rambut dicuci, pastikan rambut dikeringkan sebaik mungkin sebelum mengenakan tudung. Pemakaian tudung semasa rambut masih basah / lembab bukan sahaja menyebabkan rambut gagal bernafas dengn baikbahkan boleh mengakibtakan pening kepala.
3. Lakukan cream bath seminggu sekali sebagai langkah membekalkan nutrisi untuk rmabut dan dalam masa yang sama memastikan kulit kepla kekal sihat.
4. rawatlah rambut dengan ramuan rempah ratus sebulan sekali agak keharumannya kekal terjaga.
5. Pilih tudung dari material kapas yang baik supaya pengaliran udaranya baik.
6. Elakkan dari memakai tudung berlapis-lapis ketika sedang beriadah. Semakin tebal tudung dipakai semakin sukar kulit kepala bernafas.
Rambut da pendek so boleh mula dengan penjagaan dari awal supay ayng tumbuh nanti adalah rambut yang sihat dan bersinar.
Bukan macam rambut budak ni.
Mau potong jugak rambut budak ini?
(Sorry sayang mama, Kaseh mewarisi genetik rambut mama. tengok la Awatif sok cmner)
4 comments:
rambut ikal kija potong pendek mmg cantik dan kemas
tgh bercita2 jugak nak potong..tp salon y aku nk g tu xbukak2 lg pas raya..
Kak Tini : Xpernah potong sependek ni tp dsebabkan masalah rambut nekad je. Tak tahan melayan tension.
Lea : Jom2 buat pembaharuan..
Post a Comment