Pages

Thursday, August 30, 2012

Alhamdulillah.. Up-Up to the sky

Apa kena la tajuk ni.

Assalamualaikum.
Tajuk tak dapat menggambarkan maksud entry ini.
Heeee.

Setelah luahan perasaan mengenai hasil tenusu di entry ini [Link]
Action Plan Power Pumping dan tambah sesi mengepam,
semua tak jadi.
Heee... Sebab?
2-3 hari lepas tu coti raya.
So saya direct feeding dengan Awatif.
9 hari Awatif mengempeng.
Tanpa mengeluh saya susukan Awatif bila dia berbunyi.
Padahal saya tau dia xder la nak menyusu sangat.
Anak ni kalau disua nak aje.
Just beza kejap atau lama je.

Saya susukan lebih kerap,
sampai saya rasa breast saya kosong.
Tak der isi.
Tapi bila Awatif berbunyi je memang saya suakan aje.
Kuasa Allah, walaupun Breast rasa kosong/lembik, bila ditekan dengan tangan,
Susu memancut keluar.
Itulah kuasa Allah.
Tanggapan tiada susu itu hanya psikology.
Minta maaf jika saya tersilap.

Lepas 9 hari direct feeding, kembalik bkerja minggu ni,
breast saya terasa bengkak ditempat keje.
Saya maintain jadual lama pukul 8.00pg, 01.30tghr dan
jika 1 ketika dulu pukul 4.30 breast terasa lembik tp skrg terasa bengkak.
Hari mula2 malas nak pam balik terus, sekali bengkak Awatif plak kenyang lg kot taknak nyusu sudahnya kol 7 kena mengepam jugak.

Sudahnya saya ambil keputusan saya kena tambah sesi petang.
Hari ni tetap jugak nak terus balik selepas watu keje.
So bagi tidak membuang masa saya mengepam semasa drive menggunakan spektra 3 kesanyangan hamba.


Guna power inverter y saya beli 2 tahun lepas memang untuk tujuan ini,
sebab dulu banyak keje luar.
Boleh didapati di kedai2 komputer pun ada.

Dengan Nursing Bra dan Nursing inner,
memang banyak memudahkan kerja2 mengepam.
Boleh dapatkan keperluan menyusu di littlewhiz.com
Kerete yang baru lepas tinted menambahkan kekonfidenan saya untuk setting berhandfree semasa memandu.
Memandu keta manual tau.
Apa2 pu keutamaan tetap diutamakan seat belt tetap pakai.


Para ibu boleh ikut kreativiti masing2 untuk cover guna tudung ke,
yang penting selesa semasa memandu dan keutamaan diutamakan.

So sampai rumah, 1 sesi mengepam selesai.

So mesti maintain supply and demand macam ni supaya hasil pengeluaran terus cukup demi yang terbaik untuk princess ku.

1 comment:

Imaan09 said...

ooo..bestnyaa baca entry ni!.. adoii..bila laa aku bleh buat iklan Littlewhiz ni..takde masa laaa..