Pages

Monday, August 27, 2012

Corat Coret Raya 2012 Lagi

Masih belum hilang mood seronok balik kampung.
Kumpul semua adik beradik nan 2-3 ketui.

Kaseh manusia paling seronok.
Ramai y nak melayan kerenah dia.
Sangat terserlah keletah dia.
Mencuri hati semua orang.
Mood saya nak ambil gambar tertinggal kat rumah.
So masa balik kampung tu mmg kurang tangkap gambar.
Sekarang ni rasa menyesal.
Waaaa.. simpan dalam hati je la.
Sori anak-anak, mama tahu mama silap.
Tahun depan mama tangkap gambar banyak-banyak.







Ni keletah Kaseh dengan adik saya yang perempuan.
Nurse dan belum kawin lagi.
So dok mention 2-3 kali sambil main2 dgn anak-anak,
best ada anak ni. 
Cepat la kawin.

Kaseh cakap "Asyu, cepat kawin nanti kasi Kaseh kuku-kuku(Sepupu)"
--> tu saya yang ajar. Heee..

Ni la rupa travel dengan budak nan 2 ketui ni.
Kami memilih untuk travel malam untuk perjalanan jauh.
Just transit dekat2 je kami gerak siang.



Ini la rupa budak y tak berapa nak paham kenapa lama sangat nak sampai ke 1-1 destinasi.
Kenapa banyak sangat tempat nak kena singgah.
Sampai 1 tempat y ktrg "terpaksa" tido hotel, bila Kaseh bangun je dia tanya "Ni rumah sapa mama?"

Bila nak gerak balik je, dia akan beria lambai,
"Nanti Kaseh datang lagi"
Mula yang ditinggalkan sms bgtau y rindu Kaseh,
tiba2 rasa sunyi bila Kaseh xder.

Dan budak ini sentiasa denga ketenangan dia.
Asal masuk kete je tido.
Kalau tak pun kasi la apa2 yang boleh dimainkan dengan syarat ada bunyi.
Antaranya adalah ini.
Dapat plastik ni, diam lah dia.

Dan yang paling best gambar ni.



Awatif and papa menghirup udara segar kampung sampai tertido sepetang dipangkin.
(Saya skli sbnrnya tp sy tjga dulu so snap la gambar ni)


Banyak aktiviti sebenarnya.
tapi sebab tak ambil gambar so macam xbest nk crita.

Antara corat contengnya :

1. Untuk kali ke-2nya raya tahun ni kami suami isteri masak rendang daging, ketupat, kuah kacang, kuah lodeh, ayam masak merah dan nasi minyak untuk tetamu masa raya k-3. Sambutannya laris. Kembang 2-3 mangkuk kami.

2. Pegi pantai.
Beria bawak baju untuk Kaseh main air.
Sudahnya dia takut ngan ombak.
"Mama, Kaceh takut air datang'

3. Tak g beraya sangat sebab jalan jem.
ke bandar jem ke kampung pun jem.
So semangat nak kunjung mengunjung tu kureng la.
lagi pun ada baby ni cam malas nak berjalan.
bergolek dengan keluarga kat rumah lagi best.

4. Bonda ku dok sorang2.
Suke main mercun.
Orang keliling rumah tak berani nak marah sbb org tua yang main.
Sekali bila cucu balik and nak tido dia yang marah budak2 main mercun.
Apa da nenek.

5. Kaseh memahami erti perpisahan.
lepas je babai2 sume orang, dia diam je.
Saya ingat dia tido, rupanya dia termenung.
orang yang kat rumah plak dok SMS bgtau yang sunti tiba2.

6. Waaaa.. berebut dok kat depan dengan Kaseh.
Boring dok belakang sebab xder kawan nak borak.
Papa cakap hala ke depan tyak berapa nak dengar n tak belh pandang muka so xbest.
Tau apa kaseh cakap?
"Mama kecik lagi, kena dok bakang"

Waaa... bestnya balik kampung.
Nak raya 1 round lagi bleh x?

2 comments:

kak tini (umialya) said...

kamipun tiada gambar kenangan, kamera tertinggal kt umah

Imaan09 said...

Ilut ati nk 7-8round lagi.. keja duk mnanti ni..mood ke bulan!!