Pages

Monday, August 13, 2012

Drama Melayu Yang Menakutkan

Bukan Citer hantu.



Tapi citer cinta-cintun melayu.
Tak berani nak komen lebih-lebih.
Tapi bila dipaparkan mengandungkan anak tanpa ikatan perkahwinan.
Tanpa segan situ, "menerima" keadaan itu seolah-olah tiada salahnya.
Bukan maksud saya anak itu perlu dipersalahkan.
Tapi kalau scrip

"You nak anak apa, girl ke boy?"
"Tak kisah lah asalkan anak ni sihat"
"Hi baby, ini daddy ni"

Sorry to say.
Rasa geli.
Ayat begitu hanya layak dilafazkan oleh orang yang ada ikatan suami isteri yang sah.
Ingat dulu ada cerita dari Indonesia.
Tak tau tajuk, memaparkan wanita yang sentiasa berdoa, bersolat kepada Allah.
Tapi mengandung.

Bukan soalnya orang yang solat, menuntup aurat itu tak buat dosa.
Tapi cuba bayangkan, kalau anak2 yang menonton.
Paparan sebegitu menunjukkan mengandungkan anak tanpa ikatan suami isteri adalah sesuatu yang tidak salah.
Hanya perlu kahwin sahaja selepas mengandung.
More worth, just bayar je.
Setel.

Teringat kisah Wardina Safiyyah.
Boleh cari kat Youtube video tu.

Atuk dia Ustaz, so mak dia hidup dengan landasan Islam.
Ayah Wardina adalah mualaf dari Australia.
Memilih untuk membesarkan anak-anak di Malaysia kerana risau akan pengaruh persekitaran diluar negara.

Adik beradik Wardina tak dibenarkan menonton TV tapi dibenarkan membaca buku tanpa kawalan.
So bahan bacaan Wardiana adalah tentang kehidupan luar negara.
So bila dia disuruh solat, dia tak faham kenapa harus solat.
Mungkin pada zaman ibunya, hanya menurut dan kemudian fikir kenapa.
Mereka lebih menerima.
Tetapi di zaman sekarang anak2 lebih perlukan jawapan "Kenapa"

So disebabkan bahan bacaan yang tidak menunjukkan life yang perlu solat,
kehidupan yang bebas dan happy (Kehidupan barat)
So dia lebih mengikut kepda pengaruh yang dibaca.

Sampailah disaat dia diberi hidayah.
Dia memahami kenapa perlu solat.
Disebabkan memahami itu lah menyuntik minat dia untuk mempelajari maksud bacaan dalam solat dan dan alQuran.

So nampak tak kesan kepada persekitaran.
Ini hanya dari segi bacaan.
Dari segi pengaruh TV yang dipampangkan.
Apa yang mereka tonton itu lah yang mereka belajar sebagai kehidupan.
Saya tidak la sampai tahap tak benarkan kaseh tak tengok TV.
Mungkin sebab dia masih belum faham, mungkin belum lagi.
Tapi bila tengok salah satu drama yang tengah ditayangkan sekarang ni buat saya risau dan takut.
Apa yang dipampangkan itu "kehidupan" sebenar ke?

Saya sendiri bukan ustazah, iman senipis kulit bawang,
bagaimana saya nak beri pendidikan kepada Kaseh dan Awatif.
Saya ingin Kaseh dan Awatif jadi muslimah sejati.
Saya nak mereka jauh lebih baik dari saya.

Mungkin drama sekarang perlu ditapis dari segi terlalu memaparkan perbuatan yang salah.
Kalau tidak, kita sebagai ibu-bapa perlu tapis.

**Nasib baik xder Astro, kalau tak banyak channel lagi nak kena tapis*





8 comments:

Nurul Nadia said...

setuju sangat2.....
dah makin melampau citer melayu skang...keluar terus dari landasan agama Islam...

CHeeSYaNa said...

Zarif suka sgt tgk transformer.. sbb ada robot kan.. tp ada satu part tu, hero peluk heroin.. and zarif akan cakap "daddy die peluk mommy dier" uhuhuh..

MaMa AFiF said...

setuju ngan sis...mujur kat umah anak tgk baby tv..papa layan astro sport je selalu....drama skrg byk negetif dari positif nya

EllyEllies said...

crite apa tu lyn..x nampak ah title die

Mama Lynd said...

Nurul Nadia : Apa y saya risaukan anak-anak nanti ingatkan itulah kehidupan yang sebenar.

Mama Lynd said...

Yana : Huaaaaa. Kan??? Biarlah mereka faham hanya mummy and daddy aje y boleh peluk2. habis klu y peluk tu "belum" mummy daddy cmner nak terangkan??? Takutttt..

Mama Lynd said...

Mama Afif : nak kena tapis cerita2 skrg ni. kalau tgok kartun asyik nak bergaduh je palk. tengok upin ipin je la paling selamat.

Mama Lynd said...

Elliz : Citer lucah tu kol 7 TV3, xtau tajuknya.