Pages

Wednesday, November 28, 2012

Home Organising : Kitchen - Cabinet Arrangement

Assalamualaikum.
Jumpa lagi kita.
Ok. Kisah kelahiran cabinet dapur sudah selesai di entry sebelum ini.
So kisah susun atur didalamnya.

Selesai je pemasangan memang saya tak sempat nak susun elok-elok terus.
Masuk je terus barang.
Lebih kurang 3 minggu juga "terbiar"
Semangat nak susun tu ada tapi nak cari idea, nak cari barang dan cari masa.
So last week macam nak bayar hutang la.

So reveal time for isi dalam plak.
Masih belum puas hati.
Tapi akan diupdate dari masa ke semasa.




1. Pinggan Mangkuk.
Bahagian yang makcik paling suka.
Sebab makcik rasa berjaya..!!!
Heee..

Sebelum


Selepas

Ruang ni consider untuk semua pinggan mangkuk dan gelas / jag.
Kat sini adalah untuk yang akan digunakan.
Yang lain letak dalam almari display.
Jangan salah faham.
Saya bukan jenis y suka beli pinggan mangkuk tapi semua tu hadiah kahwin.
Sampai saya terfikir nak buat apa la dengan semua tu.
Kesian si pemberi jika saya tak gunakan.

Organiser ni sangat berguna.


Saya jumpa kat Daiso.
Pinggan yang warna brown ni asalnya mak saya kasi.
Just pinggan nasi ngan pinggan lauk je.
Lepas tu bila saya jumpa mangkuk nasi, mangkuk sambal, mangkuk sup saya beli la sikit-sikit.
2-4 pieces je.
Sebab tujuan saya murni, taknak membazir bila tak digunakan.
Heeeee.. sebenarnya ada je yang jual secara cataloge.

Then bahagian atas.

Untuk jag and gelas air sejuk tu hadiah kahwin.
Jag air panas je beli.
Cup and source tu hadiah jugak.
Semoga diberkati si pemberi itu.
Organiser y macam kerusi tu agak berguna untuk stacking barang.
Kat Daiso ada y jenis besi dan plastik.
Saya beli kedua-duanya tapi saya rasa yang besi lagi best sebab tinggi sikit dari yang plastik.

2. Pantry

Issue utama saya mengenai pantry ini adalah bekas.
Jenuh saya cari bekas 4 segi, warna putih dan plastik.
Tesco, Giant, Mr DIY dan Jusco.
Sudahnya saya jumpa di Daiso.

Sebelum

Selepas
Masih belum berpuas hati sebab mungkin nampak tak "fit"
Mungkinkah sebab bekas tu terlalu besar?
Atau bekas2 tu kosong?

Then bekas2 itu tak berlable.
Satu bila saya pilih transparent sebab nak tengok isi dalam dengan senang.
So masih ada ruang lagi untuk improve.

3. Ruang Atas Dapur

Saya letak minyak masak, rempah dan bawang.


Tiada gambar sebelum sebab memang tiada perubahan dari awal ruang ini wujud.
Masih mencari idea macamana nak susun segala macam repah yang seciput tu.

4. Electrical Equibment

Saya letak oven dan toaster.

Before

After
Masih belum puas hati sebab ada bekas besar y terisi macam-macam.
Masih belum finalise lagi.
Kenapa saya tak letak kat table top?
Perkakas ni jarang sangat guna so lebih baik disorok sedikit.
So lapang sikit la.
Yang terselit2 tu shopping bag.
Bag untuk g pasar bagi mengurangkan penggunaan beg plastik.
Enviroment friendly lah katakan.
Masih mencari idea untuk improvement.

5. Ruang atas fridge.

Makcik letak segala bagai racun ke, bahan pencuci ke, plastik tong sampah dan lain2.

Masih mencari runag untuk improvement untuk lebih organise.

6. Stok Makanan

Takder la stok makanan apa pun.
Stok susu Kaseh, gula dan tepung masih belum dibuka.
Gula tu sebab MIL kasi tu y ada stok.
Kalau tak 1 kilo tu boleh tahan 3 bulan xdernya nak simpan stok.

7. Drawer

Cutlery


Plastic Container


Drawer lagi 1 masih kosong.
Pun masih perlu improvement.

Maner letak besen2 dan periuk/kuali?
Masih ditempat lama.
Rak bawah singki.
Akan update ruang ni entry lain ye.


Masih banyak lagi tugas perlu dilakukan untuk improve susun ataur dapurku ini. 
Idea masih mencari ruang untuk masuk ke kepalaku yang sesak ini.

Apa anak-anak buat masa mama kemas dapur?
Ada..

Tolong mama juga.

7 comments:

Fizah said...

oh bestnyaaa...ambe plak speechless ni..hihi..kira ni kitchen tour lah ni yek? nk wat gaklah nti in shaa Allah :D

byk nk tny, tp nti dulu..ambe bz sok ada presentation

Unknown said...

Aku kureng kretif. Aki tgu soklan ko

Xora said...

mengemas kabinet ni memang projek sepanjang tahun. ada aje yg berubah kan? tapi memang, selagi kita tak rasa ruang laci tu digunakan secara maksimum, selagi tu la rasa cam nakperbaiki lagi, kan?

Unknown said...

Btul. Ada je y xpuas hati. Selain dari nk susun leklok faktor nk sng cri n sng ambil.

Fizah said...

okeh dah setel..

nk tny, mana ko beli organizer stacking yg besi tuh? lamaaaaa dah cari..ada beli yang daiso dua ketul tp mcm tak berapa berkenan pulak

Unknown said...

Pijot : Aku beli kaat Daiso. Best sbb tinggi n kukuh. aku beli 2 1 lagi buat letak tong air. yang tu nnt minggu depan aku tayang.. heeeee.. Demam beb sori lamabt respond.

Fizah said...

aku tak jumpe lak kat daiso..nti aku cari lagi.

syafakillah sahabatku..ku menantikan entri2mu :))