Pages

Tuesday, November 20, 2012

Cerita Hp Ku..

Terasa nak buat tracking sejarah handphone2 yang saya pernah pakai.

Handphone Pertama

Arcatel.
Tak pasti model apa.
Yang pasti, warna biru yang cantik, charger stand, 
ada entena (Trademark arcatel?)
Memang sebijik yang macam dalam gambar tu.

Ayah kasi beberapa hari sebelum exam SPM tahun 2001.
Senang nak call mak.
Tapi masa tu org yang ada HP berapa kerat sangat.
So bukan main bermasej dengan classmate lelaki.
Nak arrange apa2 melalui saya sebab saya ada handphone so senang nak berkomunikasi.
Ada juga berlaku penyalahgunaan kemudahan.
Lama guna HP ni.
2001 - 2004 kot.
Guna sampai bateri da xbleh charge. 
Spare part xjual.
Masa ni da zaman Nokia.
Sampai ke UKM guna hp ni, malu ngan org sbb mane ada org pki hp berentena lagi.

Then saya tak ingat da hp apa yang saya guna lepas tu.
Tapi saya pernah guna hp Motorola ni.


Sangat buruk.
Hinge flipnya da bergoyang.
(Jahat.. Ni ayah aku kasi hp lama dia)
Malu nak keluarkan samapi pernah terfikir nak spray hp ni sbb nak kasi nampak baru.

Apa yang saya ingat pasal hp ni, sms alertnya keluar gambar sampul surat bergolek.
Yang kelakarnya HP ni, antara 1 sms ke sms yang lain xder pemutus.
Atau boleh dikatakan bersambung.
So pernah berlaku tersalah hantar ke orang lain sebab main reply je sms tanpa tangok kita reply kat sapa.

Then dah tak ingat sequent da yang mana saya guna.
Pernah guna Hp Nokia Butterfly.


Warna biru.
Beli 2nd hand by boypren masa tu.
(sekarang da jd suami)

Nokia
Yang ni guna masa da keje kat JVC.


Beli dengan harga Rm2++, 
sebagai ganti Hp yang hilang sebab tertinggal kat mamak.
(Huaaa.. penat dok cuba mengingatkan HP apa yang hilang kat mamak tu, just ingat Sony Erricson je)

Then Sony Erricson 


Hp ni banyak berjasa dalam dunia blogging ni.
Gambar yang saya snap hasil hp tu lah yang saya tempek kat blog.
Beli sebab En Suami beli hp so dia taknak saya terkebil2 tengk hp baru dia, so dia belikan juga la hp ni untuk saya.

Tapi hp ni hilang.
Saya ada buat entry disini
Hp ni adalah antara kesayangan saya.

Then sakit hati dengan kehilangan hp Sony Erricson tu.
Saya terus gi beli Hp yang konon gempak.
Gempak la sebab harganya cecah riban masa tu.
Nokia E72


Sayang sangat kat dia sebab boleh dikategorikan paling ergonomic.
Nak taip sms laju berdesup dari segi nak pilih contact name, typing dan dll.
Camera yang best.
pernah kena gilis ngan kerete sendiri sebab tercicir n org jumpa and dia nampak semasa HP ini digilis.
Pernah kena rendam ngan susu Kaseh.
Pernah kena hantar service center sbb button keypad hilang sbb kena gigit dengan Kaseh.
Tapi sekarang da dekat 2 bulan rosak.
Mula2 lampu skrin lansung tak nyala.
Then antar repair dgn org kat tempat keje.
Dia just bukak board and cuci2 je kat dalam.
Di pulangkan keypad pulak ada yang tak function.
Hantar skli lg kat dia.
Then dia kata kena tukar board and ntah bila dapatnya.
Buat sementara tu saya guna Nokia C6,
yang sebaya dengan hp saya.


Hp suami ku.
Touch skrin dimana mmg menyampah and tak suka konsep touch skrin sbb sy lasak.

Then selepas tunggu2 hp ku direpair tak siap2 so amik keputusan beli hp baru. 

Da niat sebelum pegi beli tu and da pesan kat En Suami,
nak yang bawah 1ribu, and nak nokia biasa2 je.
Sekali beli g ke Plaza Alam Central yang beratur dalam cermin kaca tu Samsung, Black Berry, IPhone.
Saya tanya pasal Nokia, apek tu tersenyum sinis.
"Sekarang Nokia tadak lagi la kak"

Lorrr.. Yeke.
Sekarang ni da musim 3 brand tu je.
So apa yang saya rembat?
Simpan dalam hati. 
Heeee..

So summary kepada kisah hp2 ku,

1. Bertukar hp baru disebabkan hilang hp lama adalah 2 kali.

2. Pernah beli hp 2nd hand.

3. 4 hp terakhir yang dinyatakan diatas adalah mengikut kronologi yang betul. Yang sebelum tu dimana digunakan semasa belajar tak ingat sangat.

4. Hp Arkatel masih tersimpan dirumah bondaku. Dan teringin nak guna balik tp bateri xder ganti. Secara kosmetik HP tu masih cantik.

5. Semua HP yang dinyakana merupakan tali pengikat kasih antara saya dan suami saya. Kami bermula dengan SMS sehinggalah sekarang kami beranak 2.

6. Saya tanya kat kedai Hp C6 tu dia nak ambil berapa, pun dgn sinis dijawab "HP ni da xder org mau". Ok fine saya redo.

7. Sya tak suka diawal penggunakan HP baru sebab terkial2 nak guna.

8. Pun kami dengan sehati sejiwa saya rembat HP En Suami pun tak ketinggalan. Sebab kena hasut dengan saya sebab saya nak murahkan hp saya. Heeeee..

1 comment:

Imaan09 said...

ko beli hp baru ke beb?? apa??