Sangat mensyukuri nikmat sihat yang tuhan berikan.
Dalam semangat yang membara untuk memulakan kerja selepas training EDP, tiba-ta Allah berikan ujian kesihatan.
Pagi Rabu bangun je kepala terasa berat,
tekak terasa "tebal".
Masih ke ofis tapi pegi jumpa in-house nurse minta ubat sakit kepala and ubat sakit tekak.
Tengahari terasa makin teruk, sejuk yang amat.
Tido kat surau masa lunch tu.
Bila dah pukul 3 muka da ra bahang, minta kawan testkan kepala and dia kata mmg panas.
Kol 4 terus ke surau untuk mengepam and solat asar so kol 4.30 bleh terus punch out and g klinik panel.
Tak daya tertido kat surau dekat kol 5 baru bangun.
Cepat2 keluar and ke klinik.
Nasibaik parking senang dapat.
Dah tu menunggu lama pulak nak jumpa doktor.
Dekat 40 minit jugak sampai tertidur kat kerusi.
Jumpa Doctor, lain dari yang biasa.
Dia kata demam saya memang tinggi.
Terus dia kasi MC 2 hari.
SMS bos and SU, dpt MC 2 hari tapi klu OK saya masuk keje esok.
Wahhhh gigih sebab ingat sakit biasa.
OTW drive balik mmg xon aircond.
muka rasa kebas je.
cilok seboleh mungkin nak cepat samapi rumah.
Amik anak2.
sampai rumah terus pengsan.
SMS suami supaya cepat blik sbb xdaya nak melayan anak.
Kaseh merengek mintak susu dibiarkan aje sambil pesan tunggu papa balik.
Ya Allah, memang berbungkus je dalam selimut.
En Suami beli sup jamah sikit je.
Pastu terus pengsan.
Tapi ibu tetap ibu, bila samapi masa Awatif tetap disusukan.
Khamis, kepala berdenyut Ya Allah.
Tak sangka En suami balik tengahri lepas balik dari mahkamah.
Jamah nasi ayam sikit.
Memang melepek dalam kesakitan yang amat.
Pagi jumaat kemuncak sakit.
Samapi terfikir sakit beranak boleh lagi tahan sebab tahu akan keluar hasilnya.
sakit kepla ni tak tahu apa punca.
Call En Suami minta balik nak g klinik nak check apa sebab y sakit amat ni.
Jumpa doktor tekanan darah terlalu rendah 80/40,
so amik darah takut denggi.
Nk redakan sakit kepala tu memang basahkan kepala je memanjang.
And decide amik postant.
Petang dapat result darah tiada denggi.
Alhamdulillah.
mungkin sebab postant so rsa lega sikit tapi badan masih panas.
Hari ni, bila da tanda2 nak sakit kepla lagi saya terus amik ponstant.
Saya taknak bazirkan masa hujung minggu dengan tersadai je.
Dalam keterpaksaan masih mampu jemur baju, masak siakap 3 rasa and masak lemak pucuk meranti.
harap esok akan sihat sepenuhnya.
nak habiskan antibiotik je.
3 comments:
mg cepat sihat..
amboi rumusan yg akhir tu..:) smg cpt sehat!
kesian kamu..
Post a Comment