Pages

Wednesday, January 9, 2013

Home Organising : Simple Tapi Praktikal

Siapa kata Home Organising ni mahal?

Apa tu Home Organising?
Ini tafsiran saya sendiri ye.

1. Senang
Senang cari, senang ambil, senang letak dan senang segalanya.
HO yang baik adalah setiap peralatan / perkerjaan yang dilakukan haruslah dengan senang.
Kalau kita da susun sesuatu dengan baik kita tidak perlu tercari-cari dimana letaknya, kalau ambil tidak perlu alihkan barang lain dan begitu sebaliknya.
Bila semua itu dilakukan dengan senang so setiap barang akan berada ditempat yang sepatutnya dengan senang.

2. Kemas
Pernah dengar tak ada orang yang kalau barang disusun dengan baik,
lagi susah dia nak cari barang.
HO ni sepatutnya kemas dan senang.
Kalau kemas tapi susah cari pun tak guna.
Maksudnya kemas tu takkan kekal lama.

3. Minimum.
Sebenarnya jika kita bijak menyusun atur barangan sebenarnya kita memerlukan peralatan yang minimum.
Contoh kalau kita susun atur baju dengan baik kita tak perlukan sampai 2-3 almari pakaian.
Mungkin kita tak susun sebaiknya atau kita menyimpan barangan yang kita tidak perlukan.
Atau bila kita tak jumpa sesuatu barang kita gi beli lagi.
Bila jumpa kita akan ada 2 benda yang sama.

Ok. 
Entry kali ni saya nak share idea-idea simple yang saya applykan dirumah 2-3 menjak ni.

Sinki

Saya perasan tingkap tepi singki macam hitam berdaki.
So saya study root cause.
Ropanya sebab saya dok letak kuali / papan pemotong kat tingkap macam ni.



So air menitik di area tersebut.
So maksudnya saya tak boleh sangkut benda2 tu di tingkap.
Tapi nak letak mane?
Kuali OK la sebenarnya ada tempat di rak bawah.
Tapi papan pemotong tu macam besar sangat nak letak dirak saya yang kecik comel tu.

Then saya ternampak ini.

Tak guna pun.
Penyangkut rak lama.
Rak lama tu 2 level je.
Balik kampung jumpa yang 3 level so rembat la.

So selepas disusun rupanya begini.


Saya ada ruang yang khas untuk dulang dan papan pemotong.
Sebelum ni main selit2 je.
Nak ambil barang lain nak kena alih barang lain dulu.

So objectif SENANG ambil, KEMAS (sebab ada tempat spesific) dan MINIMUM (Guna rak lama) tercapai.

Simple kan?

Laundry Room

Takder la "Room" sangat sebab kat belakang rumah je.
Asalnya bahan2 pencuci diletakkan begini


Bila nak guna besen tu, isi dalam kena keluarkan.
Dan bila nak ambil botol sabun yang berat tu kena menunduk.
Tak baik untuk kesihatan tulang belakang.
Huuu....

Then selepas pasang cabinet dapur, rak tempat saya letak barang kat dapur kena bukak la.
Lokasi asalnya adalah...


Bila da bukak, fikir plak nak letak mana.
Idea pun datang untuk dijadikan begini.


SENANG ambil, KEMAS dan MINIMUM.

Ada beberapa plan lagi untuk area ni.
Nak naikkan concrete dalam 2 kaki kat pagar or klu nak murah dan senang guna cover plastik.
Supaya lantai kat belakang ni tak berhabuk so tak perlu pakai selipar di kawasan ini.
Project ni da masuk HO List.

Tong Air.

Sebenarnya ni bukan HO sangat.
Just problem solving je.
Sebelum ni saya menggunakan tong air sebegini.


Tapi masalahnya semut selalu masuk.
Tak tau lah dari mana.
Da macam-macam cara nak elak semut masuk.

So penyelesaiannya adalah


Transparent dan seal.
Penutup yang jenis kena pusing so sangat kedap.
Transparent so boleh tengok semut ada ke tak.
Kalau yang lama memang ntah dah berapa banyak air bangkai semut yang diminum.

Disebabkan tong ni tiada kaki so nak kena kat tepi table top.
Agak merbahaya bila Kaseh capai sebab nanti air dalam tu dibuat mandian sebab dia ingat kepala paip.
So beli Kaki or lapik besi tu beli kat DAISO.
Sangat best dan kukuh.

Kenapa tak guna botol kecil2 buat isi air masak?
Idea dari rumah mertua ku.
So bila dah kahwin n pindah rumah ni 3 tahun lepas En Suami terus beli tong biru tu.
Dibawanya amalan mak dia kat rumah ni.
Bagus-bagus yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan.
Sebelum ni saya tak pernah terfikir pun cara ni.

Ada beberapa lagi idea simple yang saya buat untuk memudahkan kerja2 di Syurga ku ini.
Buat masa sekarang 3 ni la dulu eak.

Idea simple anda?
Jom kongsi.
Link ke entry ini atau hantar email berserta gambar ke 
sitinorhas_linda@yahoo.com
Nanti kita boleh kongsi idea bersama.

3 comments:

Xora said...

saya pun nak cari rak yg sis letak kat laundry room tu. dulu pakai rak tingkat2 cosway, tapi sejak anak dah mula explore, rasa bahaya plak letak bahan pencuci kat bawah, tu yg igt nak letak kat atas rak. tapi bila cari, rata2 bukan utk guna lasak (tahan matahari+ air hujan), jenis utk showroom je dan guna dalam rumah :( so masih mencari. mungkin last option pakai besi yg macam sidai baju tu

All About AnaYna said...

Wah gud idea nie..so far ana perap dlm baldi jer laundry items.mmg lecehlah sbb nak kena alihkan once nak guna baldi tu kannn.hmmm nmpknye kena carik gak rak kayu mcm fizah guna tu heheh..:)

Anonymous said...

kat mana ye beli rak pinggan tu.. mcm best ja...blh letak byk..