Pages

Wednesday, January 30, 2013

Keburukan Teknologi

Setiap perkara ada kebaikan dan keburukan.
Begitu juga teknologi.
Mungkin sepatutnya untuk memudahkan segala urusan, pekerjaan atau apa2 je la objectifnya.

Mula-mula wujudnya 
Internet --> Memudahkan mencari maklumat
Pakcik Google yang sangat bijak.

Kemudian wujudnya,
Facebook --> Merapatkan silaturahim, mengetahui update rakan-rakan, announcement, sharing info or what ever it is.

Kemudian musim 
Smartphone --> IPhone, Galaxy S2, S3, Note, Camera, I Pad or what ever lah.
Memudahkan.
Internet dan Facebook dilayari dimana sahaja.
Jika dulu,





Sekarang,



You can see in restaurant.
Ada 4-5 orang on that table but no communication among them.
Terlampau sibuk dengan teknology sampai orang depan mata xnampak.
Kalau salah seorang dari mereka tertinggal gadget tu?
Tercongok sorang?

And Jika dulu,



Dan sekarang,


Aktiviti keluarga.
Seronok jika semua menumpu pada skrin yang sama, aktiviti yang sama.
Tap apa yang jadi sekarang, masing2 ada skrin sendiri.
So kalau tumpuan berbeza macamana nak have the communication?

It's so happened in my family now.
Yes, my small family.
Since Papa ada Note.
Saya jugak yang galakkan dia beli hari tu sebab dia merungut susah nak check email company bila dia keje kat luar.
Tapi sekarang itu yang saya paling menyesal berlaku dalam tahun 2012.

Bangun tido, ngadap tu.
Balik rumah, lepas makan,
Pantang ada masa terluang.
Apa yang ditengoknya?
Apa yang saya perasan video2 or blog yang share kat facebook.
Apa-apa je la issue semasa, politik ke, Ustaz Azhar Idrus ke.

Ngan anak? 
Main bola pun sambil duduk n sebelah tangan mengadap Note.
Anak tanya soklan?
Saya yang sakit hati tengok anak saya menagih perhatian.


Saya?
Ni baru lepas bagitau soh rendahkan volume TV sbb anak2 da tido.
Tak payah.. Memang tak dengar.
Kalau nak bercerita / mengadu / borak2, kalau dia tengah mengadap?
Tak payah, buat sakit ati je.
Bagi mengelakkan keadaan panas, baik saya pun bukak laptop, saya ke dunia saya sendiri.

Yes, it's happened now.
Dia asal duduk je mmg kat tangan ada je la note.
Saya buat keje sambil melayan anak-anak.
Kalau saya buat keje kat dapur pun, dia melayan anak-anak sebelah mata.

Bila anak-anak tido, saya ON laptop jugak.
Yela nak borak ngan sapa?
lagipun time anak tido saya boleh buat aktiviti sendiri.
Kadang-kadang saje ON laptop even tengok dia da letak note.
Ni time saya balas balik.

He is my best friend.
Tak pernah ada perasaan malas / tak penting untuk borak ngan En Suami saya.
Sekecil2 perkara ditempat keje pun saya bagitau.
Laporan detail.
Dia rakan mengumpat saya.
Walaupun tiada respond tapi saya tahu dia mendengar.
(Biasa terjadi tiada respond sbb apa yang saya ckp xder kaitan pun ngan dia)
Tapi hati ni rasa lega bila dapat cerita semunya pada dia.
Sebab saya tahu dia dengar.

tapi sekarang?
Waktu tumpuan dia saya perlu gunakan dengan bijak.
Hanya highlight perkara2 penting.
kalau tidak saya terlepas peluang.
(Tiba2 terasa sedih dan rasa nak baling je Note tu.)
Dan tiada lagi update2 kisah meraban dari saya sebab dia tak dengar.
Cuba cerita kat dia, then cuba tanya soklan.
Even jawapannya should be Yes or No je, dia akan tanya balik "Apa dia?"
So you have to repeat the whole story.
So conclusionnya, TAK PAYAH.
Sakit hati je.

Tak tahu la sampai bila hal ini akan berterusan.
Hubangan kekeluargaan semakin renggang sebab teknology.
And i know ramai juga yang senasib dengan saya.
Ku berdoa semoga En Suami baca entry ini.
(Which is mungkin tak terjadi. Sibuk baca update dunia blog isteri tak sempat jenguk. Ke ada yang nak tolong bgtau En Suami saya?)

1 comment:

Imaan09 said...

KEMURUNGAN SOSIAL.. sama laa.. laki aku xpayah teknologi.. komik dia y melambak tu dah cukup utk menarik perhatian dia.. huhuu