Dah mula stres..
Ntah berapa kali up topic nak kurus ni kat belog kasayangan ku ini.
Belog ini pun dah naik menyampah dah nak simpan keluh kesah wanita gemuk ini.
Makcik tiba-tiba sentap bila 2-3 hari lepas buat video untuk training convocation EDP.
Bila replay balik video tu tiba-tba terdetik "Wanita gemuk mana ni?"
Waaa...
Sebenarnya dah lama sedar i dah gemuk tapi saje nak buat-buat sentap.
Tanda-tanda kegemukan makin menyentuh jiwa bila uniform yang dulunya gedobos sekarang dah "selesa" dipakai.
Mungkin : Baju ni dah semakin mengecil.
Yang Pasti : Saya mengembang mengikut saiz baju.
Mau tak gemuk Cik Lynd kalau budak kantin tu dah perli
"Satu hari akak makan berapa kali?"
Hampagas punyer budak.
Kalau bukan akak ko ni yang habiskan kuih ko yang asik keluar berasap-berasap tu sapa lagi nak habis kan?
Tak salahkan budak tu jugak.
Mau tak kena perli.
Pagi kol 8 tak pernah miss tercongok kat kantin makan nasi goreng ngan telur mata.
Kalau tak beli bawak bekal pun mesti tercongok jugak kat kantin tu.
Tengahari kol 12.45pm dah mula "Nasi, separuh, tray"
itu ayat biasa bila beratur kat kantin.
Lauk mesti penuh 4 petak tray tu.
Selalu kena perli juga "Huis, semangat nya makan".
Jawapan saya "Kalau panjang lagi tray ni mau nak isi lagi".
Siap main course, dessert lak.
Keropok lekor 2rgt ke, ubi ketuk 3 ketui ke.
Closing Kopi Mahkota Dewa.
2-3 kali gak dok ulang alik kat counter.
Mau tak kena perli.
Orang cakap gak "makan banyak takper sebab awak keje jalan dalam plant"
Dengan erti kata lain makanan y berlonggok tu kononnya akan digunaka balik masa keje nanti.
Takdernya.
Orang Engineering yang keje berpoloh smpai basah baju pun tak makan cam aku.
Tu siang.
2-3 menjak ni rajin pulan masak benda pelik-pelik.
Masak lomak tempoyak ikan tenggiri, ikan bakar cicah budu letak tempoyak disulami plak dengan ulam-ulaman.
Yang heran tu sedap pulak aku masak.
Ihikkk..!!!
Licin.
Sampai nasi kaseh pun dihabiskan sebab kesian tengok budu tak dilicinkan.
Huaaaa...
Nak tido baru rasa menyesal sebab menganiaya tubuhku sebegitu.
Action plan?
Ada beberapa tapi tak jalan-jalan.
Kat opis ada sorang mamat yang kaki gym.
Tengok makanan dia mmg Protein Diet.
Mmg untuk body builder.
So ada jugak la tanya2 dia pasal tips pemakanan dan exercise untuk kuruskan badan.
Dia mention pasal senaman "Burpee"
Sila google ye.
Haram tak buat sebab tengok pun semput.
Apatah lagi buat.
Anyway ada try buat exercise sndr kat rumah tp boring.
So he suggest pgi gym sbb kita ada commitment sbb dah bayar dan equibment pun cukup.
So terdetik pasal Fitness Studio on the way back home.
Kalau ikut plan secara kasar balik keje kol 4.30 smpi sana kol 5,
start exercise sejam kol 6 balik la.
Ermmmm.. anggaran kasar macam OK.
Yang cun lagi siap ada dancing, yoga n mcm2 la.
Tpi kena ikut jadual.
Timbang-timbang, pintal-pintal terfikir option lain.
Puasa.
puasa belom habis ganti.
Kalau register gym bila nak puasanya?
So fikir2 balik habiskan ganti puasa dulu la.
Tapi tak mula2 jugak lagi sbb mungkin niat tu dahh tak ikhlas kerana ibadah.
Asik tak jadi je.
Apa da Cik Lynd.
So sekrang tak tahu mana nak mula.
Nak tahan makan mmg susah lah.
Nak kurangkan tu kena beransur-ansur.
Target kurus sebelum bulan 5 sbab nak nampak cantik di keduri adik kahwin nnt.
Harus lah.
Saya tau ramai yang sebumbung dengan saya.
Saya tau bukan saya sorang y gemuk.
Anda pun kan?
Jom kurus..!!!
1 comment:
huwaaaa..apasal besar sngt coverage bumbung ko tu..???
Post a Comment