Pages

Thursday, August 26, 2010

Bronchiolitis


Perkembangan Kaseh pas admit sbb Bronchiolitis 2 Aug 10 yang lepas.
Bleh refer kat N3 ni dan ini.
Sejak tu Kaseh still on and off batuk ngan selsema.
Masa g follow up hari tu paed kat DEMC suruh stop kasi ubat selsema sbb
ubat selsema tak elok kasi kat infant dalam jangka masa yang lama.

Dan sejak 3 hari lepas Kaseh demam.
Asal malam je dalam kol 4.00 am dia akan jaga sbb bernafas tak selesa dan badan dia panas.
So aku still tak bawak g klinik.
Just continue kasi ubat demam and ubat batuk.
Tapi hati ku tak sedap sbb deman dia berpanjangan dan malam je teruk.
Ku risau denggi.
So pagi ni ku decide g klinik dekat ngan umah aku dulu.
So kalau tak yakin nnt aku g hospital lak.

Bila masuk dalam bilik Dr aku bagitau la yang Kaseh demam, batuk n selsema.
Dan aku citer gak la yang pasal dia admit hari tu.
Dan aku citer gak y paed tak kasi bagi ubat selsema.
Bila aku kata aku syak sbb denggi dia senyum.
Dia kata kalau denggi awak takkan tunggu samapi 3 hari baru datang bawak jumpa DR.
Denggi hanya 1 hari demam shja dan pastu terus masuk ICU.
Sbb babt takkan dapat bertahan.
Tanda2 denggi, tempereture naik mendadak dan even makan ubat demam pas 1 jam mesti naik balik.
Hanya parent yang ignore pasal baby drg je yang akan tak bawak anak drg jumpa Dr kalau da jadi keadaan macam tu.
So bila awak kata da 3 hari demam bukan denggi la.
Ermmm... Lega dan rasa terperli jugak la sbb pas 3 hari baru g jumpa Dr.
Ni kes ragu2 nak g jumpa Dr mana la ni.
Sampai diri sendri jadi Dr.

So Dr tu pun citer la pasal Bronchiolitis.
Bronchiolitis bermaksudkan radang / infection dibahagian bronchioles.
Bronchioles ni adalah bahgian antara hidung dan paru-paru
Ini terjagi apabila bronchioles dipenuhi oleh mukus, lendir dan kahak yang menyebabkan baby susah bernafas dan berhingus atau selsema.
Punca atau sumber kepada bronchiolitis ini adalah SELSEMA yang disebabkan oleh virus.
So, nak rawat penyakit ni kena rawat selsema tu.
Sebab bila baby selsema, hidung akan menghasilkan mukus dan akan masuk ke bronchioles.
Dan bronchioles akan mengeluarkan kahak untuk memerangkap mukus tu dari masuk ke paru-paru.
Tapi bila da terlampau banyak mukus yang terhasil bronchioles akan menjadi sempit dan kemungkinan untuk mukus tu masuk ke paru-paru adalah tinggi. .

Credit to Mr Google

Ku tanya kenapa demam teruk malam?
Jawapan : Sbb demam ni disebabkan virus so virus active bila keadaan sejuk.

Langkah Rawatan (diulang RAWATAN bukan PENCEGAHAN) :
1. Rawat selsema dimana ia menjadi punca.
2. Elak membawa baby ke public atau di tempat yang sesak.
3. Jangan guna kipas siling bila tido malam sebab kipas tu akan circulate udara / habuk dalam bilik ke atas so bila kita bernafas kita akan menyedut habuk skli. So guna table fan dan menghadap atas kepala baby bukan depan atau tepi.

Fakta mengenai bronchiolitis :
1. Mudah berlaku kepada bayi dan kanak-kanak disebabkan sistem pernafasannya yang sempit.
2. Biasanya terjadi kepada kanak-kanak dibawah 2 tahun dan semasa 3-6 bulan adalah peak time (mmg kena la Kaseh kena time 5 bulan)
3. Biasanya pada kanak-kanak lelaki, bayi yang tidak minum susu ibu dan bayi yang sentiada terdedah kepada persekitaran yang crowded.
4. Virus yang menyebabkan bronchiolitis adalah respiratory synsytial virus (RSV)

So skrang ni Dr bekalkan ubat untuk Kaseh.
Nnt ku buat N3 pasal ubat la eak di masa hadapan.
Dan ku jumpa 1 web yang agak berguna untuk ibu-ibu mengenai kesihatan baby.

3 comments:

Anonymous said...

salamsss mama,
Kesiannya kaseh...harap2 tak berpanjangan broncilitisnya, kena jaga betul-betul kalaou tak takut kena asma plak.


Anak 1st akak pernah kena broncilitis, kuar masuk wad dari usianya 3bulan sampai usianya 1thn lebih, yg paling sedih dia kena sedut pakai tiub dari hidung/mulut, masa umur 3bulan..samapai berdarah-darah luka saluran hidungnya. Itu pengalaman yg paling akak@hubby tak blh lupa.

Akhirnya dia sihat bila kami berubat kg....automatik hilang, kuasa allah juga :)

Unknown said...

Tu la.
Luluh hati bila tengok anak kena cam tu.
Huis. Tak terpikir pun nak berubat kampung. Nak kena try jugak la.

Angin Selat Melaka said...

Assalamualaikum...

Langkah pencegahan seterusnya boleh di dapati dengan mengunakan bahan tradisional yg kuat kesannya di:

Rawatan Pencegahan Lendir dan Kahak Resdung

Bila benda2 ni dah byk keluar, senang nak pulih. Tq.