Pages

Tuesday, August 7, 2012

Mama, Kaceh Nak Bawak Tenang

Tips and Trick baru dalam handle anak yang berumur 2 tahun.
Kaseh sekarang memang pantang dengan perkataan JANGAN/NO.
Kalau ikut psikologinya memang we cannot use that words frequently kan.
Tapi tak tahu la recently saya selalu jerit2 dan hentak2 barang kat Kaseh.
Ragamnya membuatkan saya hilang pertimbangan.
Saya tak tahu saya yang sudah hilang sabar atau memang betul Kaseh yang makin pandai akalnya untuk menguji kesabran mama.

Kadang cakap juga dekat En Suami 
"Kalau kita sabar dengan Kaseh mesti banyak pahala kitakan kan?"

Bila dia mengamuk nak kan sesuatu, minta didokong, atau apa-apa sahaja la.
Dia akan menangis.
Sampai lah 1 hari dia mengamuk, menangis jerit2, 
tahap kesabaran saya berada di puncak.
kalau Ultraman tu memang da keluar la lampu merah tu kat dada tu.
Dalam keadaan kancing gigi menahan bengang.
Saya tarik Kaseh, baringkan dia di pangku.
"Kaseh, istighfar banyak2. Bawak bertenang. Astaghfirullah halazim"
Sambil tu saya urut dada dia.
2-3 kali saya ulang.
Sudahnya tau apa jadi?
Dia gelak.
Keadaan kembali tenang.

Beberapa jam kemudian, saya buat keje di dapur,
Kaseh datang "Mama, kaceh nak tenang"
Saya " Mane boleh berenang malam2 ni, sejuk"
Ingatkan dia nak berendam dalam besen malam2 tu.
Dia mengamuk lagi.

Entah macamana saya terdetik "Ouhhh, Kaseh nak bawak bertenang ke?"
Dia angguk.
Apa da.. dia nak saya pangku lg.

Tu citer 2-3 minggu lepas.
Tapi ragamnya memang masih disitu.
Saya da memang hilang motivasi da.
Terjerit2 saya marah budak 2 tahun tu.
Hati memang la berkata dia bukan tahu apa.
Bukan dia sengaja nak tumpahkan air, nak sepah2kan barang.
Dah saya tak ajar camner dia nak tahu.
Malam minggu lepas, "study" di YouTube.
Cari ceramah2 mengenai camner nak handle anak2.
Terjumpa cerama Prof Dr Muhaya.
kata beliau tingkah laku anak-anak yang berumur 0 - 6 tahun adalah dipengaruhi oleh ibu-bapa.
Baik ibu - bapa bail lah anak.
Sopan bahasa ibu bapa, sopan lah anak2.
Benda yang dah tahu tapi biasalah nak kena refresh balik.
Berjanji saya nak bersopan santun dengan Kaseh.
Tapi still gagal jugak 2-3 das.

Sampai lah malam td.
En Suami da xdaya nak layan.
Tido membatu.
Saya nak solat Isyak.
Kaseh merengek dengan Papanya nak berchicken dance.
Dah pukul 12 malam.
Mata dah ngantuk.
macam2 dipujuk "chicken dance da tido la"
Dia tarik2 menangis jerit Papanya.
Saya proceed Solat.

Rukuk rakaat pertama.
Tak tahan.
Rengekannya tak reda.
Sudahnya saya brenti solat.
tarik tangan dia.
Baringkan dia dipangku.
Guna cara yang sama.
suruh dia bawak bertenang.
Yes.
"Kasehkan budak baik, dengar cakap mama. Promise?"
2-3 kali saya ulang.
lepas tu saya minta dia sambung.

Sapa budak baik?
Kaceh.
Kaseh nak dengar cakap sapa?
Mama.

Then.. Promise.

Saya pesan "Kaseh, mama nak bayang dulu. Kaseh duduk sini, nanti lepas mama bayang kita tukar baju, tukar pampers lepas tu kita bawak tenang lagi"
Kaseh angguk.
And YES, she sit beside my sejada until i finish my solat.
Then i kiss her and said that "Kakak budak baik"
Lepas tukar pampers and pyjamas, kami baring sama2 sambil dia peluk saya.
Which is Kaseh ni tak suke tido peluk2.
sangat jarang la.

And saya fikir.
Tak payah jerit pun.
Cara ni berkesan.


Anak 2 tahun ku.

Betul kata seorang sahabat, jadi parents ni kita yang kena bijak.
Mungkin saya boleh cuba cara ni lagi.
Kawan-kawan mungkin boleh kongsi mcamana anda menghadapi anak yang tantrum ni.


6 comments:

Umialya said...

kdg2 keletah anak menghiburkan

Fizah said...

guna kaedah lbh kurang ko..budak2 ni kalu kita ckp elok2, pelan2, smbil pegang dia, tengok mata dia, yes insyaAllah, dia mudah dgr..kalu aku jerit2 say no, sambil tgn kat keyboard, mata kat screen laptop, mmg tak jalan..dia nak perhatian kita gamaknya

Unknown said...

Kak Tini : Bl sekali tgk mmg mendatangkan kancing gigi. Tapi bila kita sabars kit msti tgelak.

Unknown said...

Fizah : Tu la. msalahnya bl sblm smpi tahap nk ckp elok2 tu lampu ultramen nyala dulu.

Imaan09 said...

adoiihh..comelnya..dia buat tangan peace ke tu..

Unknown said...

Cobaan untuk buat peace..