Kaseh ohhhh Kaseh.
Apa yang kita cakapkan kat dia,
itu la yang dia cakap kat adik dia.
Satu pagi y indah,
lepas dia da dimandikan nak g nursery,
saya terdengar suara halus y pelat-pelat kelat.
"Awatif, bangun. Jom pegi skolah. Awatif budak baikkan? Awatif nak jumpa Ummi tak?"
Itu ayat saya bila kejut dia bangun dan itu juga yang dia ulang kat adik dia.
Kadang-kadang,
"Mama, tengok kakak peluk Awatif"
Sabar ye Awatif, kakak bukan buat adik tapi kakak sayang sangat dengan Awatif tu.
Ada sekali tu dia mandi and main air,
saya uruskan Awatif.
Sekali dia jerit
"Mama, meh sini, Awatif nak tenok kakak main air"
Nampak sangat yang dia tak sabar nak tunggu adik dia besar dan bleh ajak main sama.
Best betul ada anak 2 ni.
Kasih sayang melimpah ruah.
Double triple kegembiraan dengan keletah 2 ketui anugerah Allah ini.
1 comment:
bila besar nnt, mesti akrabkan!!!
Post a Comment