Assalamualaikum.
Salam Isnin.
Kita mulakan minggu ini dengan entry berinfo.
Tercetusnya idea untuk entry ini bila seorang sahabat yang nak buat "investment".
Bila sebut soal mampu atau tidak dia cakap
"Nanti kena review balik la perbelanjaan yang perlu dan tak perlu"
Ya.. Pada saya langkah yang sangat perlu even bukan sebab kita perlukan budget baru.
Saya share tips penjimatan yang saya amalkan.
Dan ada antaranya saya review sempena akhir tahun hari tu.
1. Talian Telifon
Saya baru tukar talian telifon dari A ke B.
Sebab untuk talian A saya perlu bayar fix minimum 8+.++ walau berapa banyak penggunaan pun.
So saya pilih talian B sebab saya bayar fix Rm 4+.++ dan tambahan untuk depend banyak mana penggunaan saya.
So bayaran saya setiap bulan dalam keadaan kawalan saya.
2. Unbill
Untuk sesetengah perkhidmatan cas akan dikenakan untuk jika kita request detail bill.
So gunakan bill online sahaja.
Jimat kos dan jimat ruang dan menyelamatkan alam sekitar dengan peperless.
Heee... So sila check sekarang yang maner boleh online sahaja.
3. Pay online
Ada sesetengah bpendapat tak save pun sebab ada cas antara Rm 1.50 - 2.00 untuk transaction inter bank.
Hanya pembayaran bil dan bank yang sama sahaja free.
Kepada saya, online masih paling jimat sbb bank untuk bayar kereta, cash deposit selalu sangkut.
Pernah 3 kali gi bank untuk buat bayaran.
So kalau tolak campur mmg masih save dari segi masa, minyak kete dan tenaga.
4. Petrol
Heee.. Tips ni mungkin berguna kepada saya sahaja.
Secara tak sengajanya kami ada 3 kete (2 utang 1 clear)
Tapi demi cost down juga, kereta peribadi (wahhh ayat.. kete pertama saya)
saya kasi adik guna dan dia bayar.
Walaupun dengan berat hati.
So sekarang ada 2 kete je la kat rumah ni.
1 kete suami saya yang boleh dikatakan kete formal.
Means y biasa kami gunakan untuk perjalanan jauh / or nak keluar weekend.
1 lagi kete kesayangan En Suami juga.
Kami panggil Si Biru.
Kete y mention kat atas Si Hitam.
Kete dia guna dari zaman belajar.
Kete tu pintu belakang hanya boleh buka dari luar.
Pintu 1 lagi xbleh bukak.
Kalau hujan lebat mesti bocor.
Pintu belah pemandu kena ada skill baru bleh bukak.
Hand Brake da x jalan so klu park kete On Gear.
Tapi apa kelebihan kete ni?
Jimat minyak..!!!
Kalau Si Hitam bergaya dan nampak gagah dijalan raya,
dengan RM 50 hanya bertahan 5 hari termasuk penggunaan weekend dlm keadaan budget2.
Kalau Si Biru boleh tahan 8 hari dengan penggunaan yang sama dengan Si Hitam.
So saya lebih rela menghentak2 pintu Si Biru demi menyelamatkan budget minyak dari bersenang lenang dengan Si Hitam tp asyik g petrol pam 2 kali seminggu.
Pernah minta kebenaran suami nak g keje ngan moto tp dia tak kasi sbb dia kata saya bawak moto cam kayu.
So kepada yang lain mungkin boleh review kadar penggunaan petrol kenderaan anda.
Ada beberapa tips untuk jimat petrol antaranya kada tekanan angin tayar.
5. Electrik
Range normal bil letrik kat rumah saya adalah antara Rm 30 - 35.
Lebih dari tu da kira tak normal.
Saya rasa tu kira rendah la tu.
Mungkin sebab takder aircond dan water heater.
Tp antara langkah yang saya ambil untuk kawal kadar elektik adalah,
saya tak guna water dispenser untuk air panas.
Saya guna ini.
Bunyinya macam keretapi.
Saya pernah ada 3 water despenser hadiah kahwin.
1 saya kasi mertuaku, 1 saya jual, 1 lg simpan guna time memerlukan sahaja.
Untuk susu kaseh saya guna termos.
Boleh tahan 3 hari ooo..
Selain dari tu, En Suami pasang timer kat lampu porch.
So xder issue lupa matikan atau lambat matikan.
6. Air
Walaupun air tak bayar pun.
Tapi masih perlu jimatkan air.
So saya tukar semua paip getah kepada ini.
Kalau kaseh mandi memang air terbukak je so dengan paip gini selain organise ia juga menjimatkan air.
Saya review segala pembelajaan / bill secara keseluruhan.
Samapi sangkut.
Means sampai xder ruang lagi nak jimat.
Tp mungkin silap niat saya.
Berjimat sebab nak lebihkan budget kat tempat lain.
Heeee... Tak patut..
Jimat Rm 1.00 pun sudah berharga.
Apa cara anda..?
2 comments:
umah ku ramai penghuni.. bil letrik normal adalah 80-100 sebulan.. masak air pakai heater..n oven rajin ON sbb ada chef kt umah ni..huhu, pasrahh.. bil air 30-40 sebulan..
Bismillah,
Bagus artikal ini...mengejut saya dari belanja kecil2 tapi banyak.
Post a Comment