Pages

Monday, March 25, 2013

Disapa Tuhan

Assalamualaikum.
Kita mulakan minggu dengan cerita yang taknak diingat,tak nak dikenang tapi harus dijadikan peringatan.

Ada sesapa tak pernah merasa 1 kejadian yang sangat mengejut dan membuatkan kita tersedar dari kelekaan rutin hidup kita.

Saya panggil ia sebagai "Sapaan Tuhan"
Allah "mencuit" saya.
Cuba memberi peringatan.
Cuba menyedarkan kita dengan kejutan atau memberi kita "sentakan".
Supaya kita sedar.

Yup.
Saya menerima sapaan itu beberapa hari lepas.
Tanggal 21 March.
Malam.
(Tak nak ingat tapi cuba kenang sebagai peringatan)

cadang nak keluar dengan papa dengan motor nak cari barang skit untuk kenduri esoknya.
kuar nagn moto senang parking.
Kaseh merengek nak ikut.
So ku ajak je sebab seharian saya dah tinggal g amik adik.

Selesai beli barang, on the way balik, En Suami rasa macam tayar motor macam kempes.
Pusing kat petrol stesen kat kampung tak jumpa plak pam angin.
So teruskan jugak perjalanan balik.

Sampai sepruh jalan, seperti yang dijangka tayar motor pancit.
Disebabkan rumah dah tak jauh saya suruh En Suami balik je ngan Kaseh dan saya jalan slow2 sementara balik amik kete.
En Suami tak kasi sebab da malam saya nak jalan sorang2.
So dia suruh saya tunggu kat 1 kedai runcit ngan Kaseh.
So ok lah.

Sementara tunggu saya masuk dalam kedai ngan Kaseh beli air.
Nak tunggu gitu je segan.
Atuk kedai tu peramah je tegur2 Kaseh.
Then dah bayar say tunggu depan kedai.
Pangku Kaseh, borak2 gurau2.

Then saya nampak kete En Suami bagi signal.
Saya "Hah tu kete papa"
Kaseh turun dari pangku dan saya nak amik barang2 yang dah dibeli.
Hanya beberapa saat toleh saya terfikir nak pegang Kaseh sebab nanti buatnya En Suami masuk kedai tu tak nampak Kaseh.
Saya baru toleh saya tengok Kaseh dah melompat-lompat hala ke jalan raya sambil panggil "Papa..papa..papa.."
Allahu Akbar..
saya hanya mampu menjerit "Kakak..Kakak.. tunggu..tunggu".
Kaseh dengan gembiranya melompat2 ke jalan yang kereta yang memang laju.
Saya terfikir nak lari sekuat hati nak block kereta yang sedang laju ke arah Kaseh.

Saya boleh dengar En Suami menjerit dari dalam kereta di seberang jalan.
Jeritan saya yang terakhir "Melissa...!!!!!!!" 
Kaseh berhenti betul2 di line putih tepi jalan.
Kereta pertama terlepas dengan lajunya.
Kereta lain terus memperlahankan kenderaan.

Saya boleh nampak wajah2 orang yang dalam kereta yang memperlahankan kenderaan.
Saya terus tarik Kaseh dan peluk dia.
dan dia masih sengeh-sengeh.
Saya sempat toleh ke dalam kedai.
Atuk dan keluarga dia pun keluar.

Saya terus baling barang2 yang saya pegang dalam kereta dan masuk dalam kereta.
(Masih terfikir nak pegang barang2 tu)
En Suami terus jerit dan Kaseh menangis.
Awatif pun menangis sebab terkejut papa jerit kali pertama tu.
(Papa balik ambil kereta dan Awatif nak ikut)

Menggigil.
sampai kerumah.
Saya cerita benda tu kat mak and adik.
saya hanya mampu terduduk dipintu.
Saya masih menggigil.
Tak mampu nak bayang perkataan "Kalau...."

Saya peluk Kaseh.
En Suami marah saya sebab biarkan Kaseh.
Tapi saya rasa benda ni terjadi terlalu pantas.

Malam tu memang mood saya ke laut.
Tak daya nak ingat kejadian tu.
Phobia dengan bunyi kereta.

Ntah pukul berapa tido masa tu.
Asal pejam je terbayang kejadian tu.
Kaseh tido pun saya tenung je sbb "Kalau tak..."
saya mungkin tak dapat pegang Kaseh, tenung dia.
Allah.
Tak boleh nak bayangkan.

Kami suami isteri langsung tak sebut pasal hal tu sampai lah malam tadi.
Selepas 3 hari baru mampu sebut hal tersebut.
Kami memang sangat takut nak sebut "Kalau..."

En Suami cakap dia nak melintangkan kete tapi Awatif ada dengan dia.
Saya menjerit dengan harapan kereta yang laju tu akan dengar dan brenti.

Saya cakap "Ini Sapaan Tuhan"
Suami saya cakap "Ada sesuatu yang menyelamatkan Kaseh"

Kaseh berhenti betul2 di tepi line putih.

Allah.
Aku tak mampu bayangkan.
Apatah mengalaminya.
Terima Kasih atas sapaan ini.
Aku bersyukur atas pinjaman mu ini dan aku tak mampu untuk kehilangan mereka.

To all parent.
Beringatlah.
Keselamatan anak-anak tidak boleh diambil lewa walau sesaat.
Kita tidak akan mampu mengubahnya jika terlambat.

7 comments:

pet09 said...

salam,

menitik air mata saya baca kisah awak ni. terima kasih share boleh jadikan panduan kepada diri sendiri. Semoga awak sekeluarga sentiasa dilindungiNya.

Fizah said...

baca pun dah menggigil...subhanallah...!

Anonymous said...

alhamdulillah. Allah ada di mana-mana melindungi kita. Lin, jangan dikenang benda lalu..yang penting kita ingat ni sampai bila-bila..Bila ada pengalaman, lagi kita beringat...KAM

.Lydia. said...

alhamdulillah, Tuhan lindung Kaseh.nasib x ape2..

Faiz said...

Yang membaca ni pun turut sama 'kecut perut'. Semoga Allah sentiasa pelihara kita semua.

ishahannah said...

Ya Allah,bderau darah saya mbaca kisah ini. Jgn katakan kalau kes mcm ni,even kalau anak saya hilang drpd pandangan di celah2 baju ketika di shopping mall pn saya dh panic..insyaAllah, sama2lah kita mjaga anak2..anugerah Allah yg tak ternilai :-)

Imaan09 said...

sejak ko gtau aritu aku asek terpikir2..arini br berkesempatan baca kisah penuh.. bayangkan KALAU tu pun aku dah nanges2..