Pages

Thursday, April 25, 2013

Jom Mengemas : Pengurusan Makanan Basah

Mula-mula ingat nak tunggu dulu sebab nak tambah beberapa perkara lagi.
Tapi hati ini meronta-ronta nak update jugak.
Haissss.. Sudahnya... Update je la.

Dan kali ni saya nak share macamana saya uruskan barangan basah / stok barangan mentah kat rumah.
Macam ikan, ayam dan lain2 la.

Saya beli barang-barang tu setiap hari selasa.
Ada pasar malam.
Saya suka pegi pasar tu sebab murah (mungkin sebab kira kawasan kampung juga lah) dan juga banyak pilihan sayur-sayuran.
Dan selasa petang lah memang waktu yang paling ngam untuk saya buat stok.

Kalau tengok blog2 organising memang dah ada senarai menu untuk sepanjang minggu kan?
Tapi saya takder la buat senarai2 gempak.

Just pikir apa yang nak masak sepanjang minggu dan beli lah lauk.
Sebagai contoh minggu ni saya rasa nak masak tomyam, kari ikan dan paprik.

So roughly saya dah tau la nak beli apakan.
Selain barangan utama, penting jugak beli bahan sampingan lain.
Nak masak tomyam kena lah ada serai, nak masak kari letak bendi pon sodap.
So secara kasarnya saya dah rancang.
So saya tak perlulah bila nak masak kena singgah kedai semata-mata nak beli  1 barang kan?

Then dah bawak balik rumah, masukkan dulu dalam sinki.
Cuci semua barang tadi then rancang siap-siap setiap bekas tu untuk nak masak apa.

Contoh, ayam ni saya nak masak tomyam dan paprik.
So saya dah asingkan ikut portion yang saya nak masak.
Ayam saya beli suku je. 
Kalau sekor memang sebulan lah tak habis.

Sama jugak udang.
Pun saya asingkan kepada 2 bahagian.
So keseluruhannya begini lah.

Kebaikan kita nak asingkan siap-siap adalah :
1. Kalau dah simpan dalam amount yang kecil, nanti balik keje nak cairkan ais tu cepat. Kalau kedebuk besar memang lambat lah boleh masak.

2. Menjamin kesegaran.
Kalau dah cairkan semua sekali dan bekukan balik baki nya nanti kesegaran bahan2 ni dah kurang.

So bila dah siap asingkan..
Apa lagi masukkan lah dalam fridge.


Tak cantikkan?
Sebab bekas tak seragam.
Ermmm... Nanti saya akan cari alasa untuk buang dan beli 1 set yang seragam.
Hehehehehe...

6 comments:

Fizah said...

ho ho hoii..buang terus..ini sudah melampau..ha ha

jgn lari dari konsep utama mamalynd: M.U.R.A.H dan B.A.J.E.T F.R.I.E.N.D.L.Y...kikiki

takla,,ikut suke hang la..lagipun mmg kalu seragam baru nampak nice kan..aku pun camtu gaks..tp bekas yg ada jgn buang,,,buat bungkus lauk utk bagi mak mertua ke..kira blk bukan tangan kosong la..ke guane..

apapun.. cara kita serupa..cuma sekarang aku lost di dapur sendiri..semenjak habis pantang, masak adalah sekali sekala..serius belum catch dgn masa lg sbb nak urus zuhair yg masih newborn..macik penim..

sekian.

JaSSNaNi said...

jangan.. jangan cari sudah.. cukup bekas2 tu semua... dah menyenangkan keje kita sudah... mmg senang kalau dah arrange semua gini.. sehari kuarkan sebekas je.. tak payah kuarkan 1 besen besor tu.. semua kasi defrost.. lepas tu kena masukkan balik.. 5 kali ulang buat benda yg sama.. sampai semua tak de khasiat lagi..

ch@ said...

Fuh, kalau kita buat cam Lynd ni, mmg tak muat peti makcik. Dgn puri si kecik tu lagi, dgn air batu yg tak mencair tah pehal.

ala guna bekas2 tu je lynd, takyah nak beli baru, sebab ddk dlm peti je pun. org xnmpk. hahaa.

cik chinta said...

tq 4 shring, sgt bguna (:

UMIE SUE said...

kak fizah cara kita samalah..su pun letak n asing bahan basah dalam tupperware

Masya said...

SANGAT KEMAS.. KT PUN KOBOI BUAT CAMNI JUGAK.. KDG NAK JIMAT RUANG PAKAI PLASTIK JER KIKIKIKI