Disebalik keghairahan, kesibukan, kebimbangan dan macam-macam perasaan lagi dalam membesarkan anak-anak.
Jika dulu semasa kecil saya dijaga.
Bila sudah besar dan mempunyai kehidupan sendiri, membina keluarga sendiri dan sibuk menjaga.
Saya tidak lagi perlu dijaga oleh ibu bapa saya.
Dan sekarang saya perlu menjaga anak-anak saya.
Macam ibu bapa menjaga saya dulu.
Itu adalah kitaran hidup.
Dulu kita dijaga ibu bapa.
Dan sekarang saya adalah ibu bapa dan perlu menjaga anak-anak saya.
Itu peranan yang di set diminda saya.
Tapi saya lupa satu lagi peranan...
Peranan anak untuk menjaga ibu-bapa yang tua.
Jika 10-20 tahun lepas ibu bapa bergerak ke sana-kesini bekerja membesarkan anak-anak.
Semasa itu saya hanya lah seorang anak yang perlu "dijaga"
Bila saya tidak perlu dijaga lagi sekarang, saya menganggap ibu bapa saya itu mempunyai kehidupan mereka semakin senang kerana tidak perlu menjaga sesiapa.
Saya lupa..
Saya alpa..
Itu 20 tahun dahulu..
Setelah masa muda dan gagah mereka dihabiskan untuk membesarkan anak-anak.
Sekarang yang tinggal hanya saki baki kederat untuk membawa diri sendiri.
Itu yang dikatakan "ringan beban" mereka.
Beban yang tinggal untuk menghabiskan sisa hidup mereka.
Saya tidak sedar.
Jika sekarang sesekali balik kampung saya mengharapkan ibu menyediakan masakan kerana inginkan "air tangan" ibu.
Buat permintaan itu ini.
Saya lupa..
Mereka sudah tidak seperti dulu.
Saya tidak perasan semua itu selama ini.
Saya baru sedar.
Mereka sudah tua.
Mereka perlu dijaga.
Status "anak" bukan selama-lamanya perlu dijaga.
Sampai masa mereka perlu menjaga.
Allah.
Terima Kasih kerana membuka mata mata ini.
Walaupun sudah terlambat.
Tapi aku masih bersyukur kerana masih diberi peluang untuk memainkan peranan "anak yang menjaga"
Mak, Ma dan Ayah..
Maaf kerana lupa dan leka dengan kehidupan sendiri.
2 comments:
peringatan yg bagus hari-hari jumaat camni,,
Dlm keadaan mak sy yg tak sihat..nanges bc n3 ni....
Post a Comment