Salam Isnin Yang Bersemangat.
Setelah sekian lama tak buat citer pasal rumah, jom lah kita share entry-entry berinformasi.
(berinfomasi ke? Apa info yang kalian boleh dapat dari rumah makcik yang tunggang langgang ni? Abaikan soalan iti Cik Lynd.. Teruskan syok sendiri)
Dah dekat sebulan saya mengabaikan rumah ni.
Hanya sekadar maintain rutin harian supaya flow harian lancar.
Seingat saya selepas balik kampung kenduri adik yang dah nak dekat sebulan.
Since itu jugak kot rutin harian saya di dapur terganggu.
Mana taknya, lepas je minggu yang balik kampung tu, kami sekeluarga kena food poisoning.
Kena 3 hari wei, nak recover balik total seminggu jugak.
Then asik balik keje lambat je ngam2 amik anak kol 6.30.
Sibuk dan kelam kabut kesan dari MC 3 hari di awal bulan.
Keje kat opis berlambak dengan projek2 baru yang tiada penghujungnya.
Menyumbang lagi kepada kekelamkabutan hidup ini bila dah 2 minggu kami tido kat hall.
So lagi la tunggang langgang hall tu.
Then weekend lepas nekad nak reset balik kehidupan.
Tenung-tenung nak mula dari mana, kita mula dari dapur lah.
Di saat orang lain dibuai mimpi makcik selongkar kitchen cabinet makcik.
Kenapa dapur dulu?
Sebab dapur adalah jantung rumah.
Nak kembali beraksi didapur semua peralatan perlulah tersusun.
So makcik nak start reset dari dapur.
Lagi pun kat dapur banyak barang nak buat time anak2 jaga memang 2 hari tak siap la.
Untuk update ni saya share yang mana dah complete setakat ni je lah eak.
Overall cerita pasal susun atur dapur saya boleh refer kat entry ini
First saya mulakan dengan salah 1 cabinet yang bercampur aduk.
Pikir 2 kali nak share gambar sebelum ni.
Tapi xper la buat muka tak malu je.
Hah.. Hamik ko.
Cabinet lain boleh dikatakan agak tersusun dan fix jugak la tujuannya.
Cabinet ni dikenali sebagai cabinet lambak je.
Semua dilambakkan.
Saya decide nak buat sesi pelupusan.
Nak buang je apa yang tak pakai.
Taknak sayang-sayang lagi.
Dimulakan dengan botol-botol EBM ni.
Yang MLO tu dari zaman Kaseh lagi.
So kita dispose.
Termasuk juga botol-botol lama dan penutup yang tiada status.
Buang semuanya.
Next, Periuk ni.
Terasa kejam pulak.
Tapi impian makcik nak berperiuk vision jadi kenyataan so makcik taknak lah simpan sesuatu yang menyebabkan high inventory.
Lagi pun periuk ni dah terlalu lama dan kalau guna pun dah tak stabil duduknya.
(Sudah la cik Lynd alasan nak buang memang seribu)
Besin ni pun makcik buang.
Dah tak pakai.
Dah buruk sangat.
So buang.
(kejamnya ayat)
Kalau korang buang x?
Yang ni makcik tak buang.
Set senduk sudip ni.
Tapi makcik tak suka simpan.
Makcik beli tahun lepas masa baru pasang KC ni.
Konon nak letak kat top la sebelah dapur.
Senang capai dan dengan harapan nampak cantik lah.
Tapi bila balik, hakikatnya makcik tak suka letak apa2 peralatan kat atas table top.
Terasa sempit.
Nak selapang-lapangnya.
Then makcik letak la kat tempat biasa letak senduk2 lain.
Bila nak guna terasa tak best.
Macam tak puas nak kacau makanan tu.
Adakah sebab sudip baru so tepi2 masih tajam?
(Adakah ini alasan seorang rakan yang dia kata lebih suka guna barang lama)
So makcik letak dalam KC.
Tak belh dirikan lak tu sebab terlalu tinggi.
Sudahnya dibaringkan.
Tak suka..!!! Nampak bersepah.
Lagi2 stand tu.
Apa nak buat?
Buang?
Jual?
Kasi Free?
Sapa nak?
Sila email.
Sudahnya... hasil buangan..
Banyakkan.
Semua dalam gambar saya buang kecuali yang dalam kotak botol EBM tu.
Dan hasil selepas di clearkan adalah..
Sudah lapang tapi masih tak tersusun.
Banyak benda yang saya dah buang.
Dan ini tanpa pengetahuan suami saya.
Kalau ikut suami saya semua benda nak simpan.
Huis.. dah panjang nampaknya entry ni.
Next Cabinet saya sambung next entry la eak.
Baca panjang2 pun pening nnt.
Disebabkan saya tak malu tunjuk dapur saya yang tunggang langgang why not korang pun share lah sama.
Jom-jom buat entry, tak perlu segan kerana dapur saya lagi bersepah.
11 comments:
Weehooo...sharing yg mantop...i loike~
Aku rasa aku pun akan buat pilihan yg sama...buang besin tu. Dan beli baru yg lebih sesuai. Tapi kalau ada pilihan kbh baik, mungkin aku blh consider bg mak atau kakak aku brg yg takmo tu. Haha, semakkan rumah orang pulak?
tang senduk tu klaka kut solution dia. Last2 sila emel je..ye dak? Hee
dapurku? Insyaallah nk buat entri jgk..tp tunggu ye..quite busy now..buat entri yg mudah2 dulu..
apepun terubat sudah rindu nak baca pasal organizing ala-tempatan! Tq!
Recently sbb buat super spring cleaning, mcm2 dh buang...tp part dapur dok hold dulu...buat sikit2 je...sbb bnyk tipuware yg xtau nk kemas..haha tipuware pun syg gak...
Pstu brla perasan beli mcm2 tp brg lama xbuang (again agak sbb brg lama lg best)
sy xde KC lagi...so, sume bende lambak je kat bawah tu dulu. Malu mau share.. =p
apa kata puan letakkan periuk vision kat tkt bawah..nmpk scary je letak tkt atas..(persediaan/penjagaan awal)..kayu tu nmpk kukuh..tp kalau long term..takut plk..
umah kecik aida ni pakai bubuh jer dlm kabinet tu. takde fix kabinet!
Pijot : Pejam mata je nak buang sume tu klu xder tempat lain nak lambak. Ihiksss.. xsabau nak tunggu entry ko.
tu je perkakasan dapur nya? sikit sangat, tak puas nak menengok. hahaa.
kabinet kita? lagiii menghuruharakan, bagus juga kalau share kan? tunggu2. hahaa...tggu den kemas dulu. baru aci sikit.
hhehe...tahniah! oh, dah dapat VISION, periuk besi dibunag ye? betullah, jadi pompuan ni, selalu berkali2 alasan nak dibina sebeum bunag :)
Iyerr..kalau ikut suami...atau lelebih lg org tua mcm mak ayah kite..semuanye sayang..semua nk disimpan....sdgkn tak tau biler nak gune tah..:-)
dah nampak kemas
salam singgah...sama kesnya dgn saya.buang barang tanpa pengetahuan suami sbb bila dia nampak,dia simpan semula.mcm tu,bila rumah nak kemas?
Post a Comment