Pages

Wednesday, December 8, 2010

Pendapatku Mengenai BreastFeeding

Da 9 bulan ku nenenkan Kaseh.
Da lebih 9 bulan ku kenal dunia breastfeeding ni.
Selama itu juga la ku menyokong dan mempromosikan breastfeeding ni.
Pendidikan secara formal takder la.
Cume secara pengalaman dan pembacaan.
Ada beberapa perkara yang ku pelajari dan perasan.
Antaranya :

1. Bila bercakap tentang kebaikan susu ibu dengan ibu yang sudah ada anak besar,
berhati-hatilah. Sebab mungkin dia ada kisah tak best mengenai susu ibu dengan anaknya.
Mungkin dia pengguna susu formula tegar.
Mungkin dia menyesal sebab baru sekarang tahu pasal susu ibu
Atau mungkin juga dia memang kondem susu ibu.
So berhati-hati.

2. Bila anak sakit.
Soklan yang ku pernah dapat,
"Kata susu ibu, nape anak sakit je"
Ingatlah wahai ibu-ibu sekelian sakit itu dari Allah, dikasi vitamnin paling mahal dalam dunia pun kalau Allah kata nak sakit, sakait la dia.
Ingat..Sakit itu ujian bagi kita. Ingat Allah sayang kita.

3. Breast Pam.
Jangan kaitkan susu ibu dengan breast pump.
"Yang ni bagus, harganya ni"
"Ni mahal skit tapi best"
'Kalau nak BF anak kena pakai pam ni"
"Pam ni tak elok sangat"
Bayangkan kalau kita dok cerita pasal susu ibu yang jimat tiba2 cerita pasal pam yang **mahal** nanti kang bantut lak niat nak BF.
Setengah orang tak dapat nak kira lagi long term investment ni.
Sooo..Tanamkan dulu knowledge susu ibu.
Semai biar subur dan tumbuh mekar.
Pastu baru la orang tu akan pikir pasal kos pam.
Masa tu niat BF akan mengatasi segala benda.

4. Jangan kondem orang yang guna susu formula.
Allah Maha Kaya dan Maha Mengetahui.
Hanya Dia yang Tahu urusan dimasa depan.

5. Direct Breastfeeding adalah cara paling senang nak dodoikan anak dan nak pujuk anak.
Sampai sekarang aku tak tau camner nak tidokan anak tanpa BF.
Kalau anak jatuh pun dan nanges, 1 - 1 nye method memujukku adalah BF.

6. Boleh pomot susu ibu kat suami2.
Kat opis ni group aku laki so aku bnayk pomotkan dorang bila aku tau wifey drg pegnen.

7. Pomot kat ibu mengandung adalah paling berkesan.

8. Rasa bangga bila orang tanya "Minum susu Brand apa?"
Jawapan ku " Susu badan JE"

9. Ibu kena "Degil", "Keras Kepala" dan "Tak dengar cakap" bila orang kata "Susu Tak der", "Baby lapar" " Baby taknak Direct".
Yakin diri dengan ilmu yang kita dah cari dan keputusan yang kita da amik.

10. Orang selalu ingat aku nak jual barang / ada niat tersembunyi bila aku citer pasal susu ibu.

**Susu Ibu adalah Yang Terbaik**
**Allah menciptakan sesuatu itu bersebab**
**1000 tahun dulu ada susu formula ke?**

13 comments:

CHeeSYaNa said...

Sangat setuju dgn semua point.. especially:
- no 4 (sbb aku pon dulu minum FM time kecik2)
- no 8 (rasa bangga dgn diri sendiri)
- no 9 (kalau tak 'keras kepala', mmg tak jalan..)

Azrina said...

Betul..jawapan saya ialah SEMUA jawapan di atas hehe.

ayukhairy said...

sokong dengan semua jawapan di atas..

Unknown said...

Saya juga sokong sume yang diatas.

Anonymous said...

sy ada bb umur 6 bulan. Kalau tak ada semangat yg kental..memang tak boleh BF bb secara exclusive...
Sy tinggal pendalaman. Electric supply tak stabil, selalu jer blackout. Memang la geram, sebab stock semua hancur dlm frozen... kalau blackout sejam dua tak pe..nie sehari suntuk... sabar jer la...


Mommy Ethan

INSYIRAH DREAMS said...

sy juga...seorang ibu yg tegar & bjya mnyusukn baby smpi skrg..da nk msuk 9 bln mgu dpn.bngga sgt.b4 nie guna tgn je perah.sbtu lps baru la dpt pluang beli pam spectra 3...excited guna pam.hihi

Fid said...

linda
masa kecik anak sakit tak pa dia membina kekuatan tubuh...dah besar Insya Allah....sihat...

kalau tak sakit dia anak incridible laaaaaaa

Unknown said...

Anonymous : Tahniah. Da berjaya ke stage seterusnya dalam penyusuan ibu. Pasal electric supply tu ujian untuk kita. Sabar je la.

Insyirah Dreams : Hehehe. Wahhh. Kagumnya. Berjaya perah tangan selam 6 bulan. Betul la org cakap hati ibu ni sekuat dan setabah berlian. Tiada alasan untuk berkata tidak untuk kebaukan anak-anak.

Cik Fid : Thanx kak. Akak menyedapkan hati saya. Waahhhh. Tiba2 rasa ada aura positif mengalir dalam darah dan terus ke otak. Desyummmmmm.

eli said...

you r sooo rite.my bb now 10months 2 weeks old. n i skang dlm zaman kejatuhan..the reason y i masuk susu ibu n cari blog mummy2 ni.nk naikkan semangat n...tgh buat power pumping ni..regarding mummy keras kepala tu..i skang tgh fight xnk g outstation...penuh batu dah kepala ni. wish me luck!!!

Anonymous said...

help me..mslh saya no.9..
baby takmo direct
puas pujuk..baru dalam 1 week ni dia jadi camni..
before ni saya balik kerja ja, dia terus melekap..tp sekarang.. seduh sangat sebab sy memang nak sangat bfeed baby..pls help me...

AMIIZAA@Mieja said...

ANON:

sorry kmieja mencelah....bila tiba-tiba bb tak nak direct bf, ambik kesempatan dimalam hari untuk comfortkan bb, bila bb tgh mamai tidor suakan nenen kat baby, secara tidak langsung dia akan cuba menghisap semula, lakukan rutin ini setiap malam sehingga bb nak semula bf. insyaallah.

Setiap kali ada masa yg terluanng,selepas balik berkerja ambik masa bersama dgn bb try bf bersamanya.

BB jadi macam tu sebab dia dah confuse nipple...hopefully berjaya bfkan bb anon hingga ke 2thn, doa byk2 yerk...:)

Anonymous said...

salam
saya nak reply ya

Anonymous said...

help me..mslh saya no.9..
baby takmo direct
puas pujuk..baru dalam 1 week ni dia jadi camni..
before ni saya balik kerja ja, dia terus melekap..tp sekarang.. seduh sangat sebab sy memang nak sangat bfeed baby..pls help me.


beberapa perkara kita kena ambil kira
1. ada tukar perfume?sabun mandi?
2. adakah puan hamil?
3. adakah tercubit atau ter apa apa akan bayi puan itu?

saya share artikel dulu ya
http://sweetstory.yuitsumuni.com/2010/07/mengapa-anak-saya-menolak-direct-feedingbreastfeeding/

dan ini komen saya http://sweetstory.yuitsumuni.com/2009/03/ohh-noanak-saya-tak-nak-direct-feeding/

linda sorry disebaban dah ada entry akak linkkan ya..huhuhu

Unknown said...

Eli : Selamat berjuang.
Ibu kena kuat semangat untuk berikan yang terbaik untuk anak.

Anynomous :Kenapa tiba2 dia taknak.
Kalau kat rumah mmg direct BF kan?
Kalau guna botol ok x?
Tunggu kejap lagi sy mintak ada sorang PC ni reply. Saya bukan lah orang yang pakar.