Pages

Tuesday, November 2, 2010

EPF Investment

Jangan salah faham ye kawan2.
Ku bukan agen bagi mana2 pihak.
Just nak berkongsi info pasal financial planning ni.

Korang tau pasal public matual x?
Aku sekarang ni baru je berjinak2 nak belajar / amik tahu benda2 gini.
Sebelum ni apa yang ku tahu...
Terima Gaji
Simpan
Belanja
Paling kuat pun insuran
Kalau dapat bonus
Simpan la ASB

Bila tengok prgram melibatkan ekonomi ni mmg tak amik tau langsung la.
Kadang2 bila kat mall jumpa orang yang bukak meja.
Hulur brosur amik je la.
Kadang2 angkat tangan je.
Mmg ku abaikan.
Apa y terkeluarkat kepala ni
"Nak jual Insuran la ni"
"Nak kelentong apa la ni"
Sorry ye wahai kawan2 atas sangka buruk ku ini.
Tapi kadang2 betul gak tau.
Yang paling membengangkan kalau y kasi kredit kad tu.
Kadang2 benda gitu baik jangan dengar langsung kalau takut terpengaruh.

Apa yang aku melalut ke tempat lain ni.
Haaaa..
Pasal pelaburan / investment.
Ku pernah tengok Wanita Hari Ini.
Tak silap hari rabu kot yang mmg drg citer pasal financial and Invesment.
Biasa la kadang2 wanita ni tak amik port benda2 gini.

Tapi sekarang ni, salah 1 dari cabang financial planning adalah
Investment.
Selain dari simpanan.
Bila kita sebaut pelaburan je mesti terpikir..
"Takder kaitan dengan aku"
Ni aku dulu la.

Investment ni ada macam2 bentuk.
ASB adalah investment.
Pulangan 8 - 10 % kot.

KWSP pun investment gak.
Selain dari syarat wajib untuk pekerja.
Duit yang ada di akaun 1 juga dilaburkan.
Pulangan 4% kot.
Akaun 1 tak boleh dikeluarkan sampai umor 55 tahun kot.

Pelaburan Hartanah.
Tak semestinya beli tanah je.
Beli rumah pun boleh.
Ada orang beli rumah yang under construction.
Da siap jual balik.
Hartanah ni jarang turun.
Naik je.
Lagi kalau tempat stretegik.
Macam aku beli rumah aku.
Aku lewat seminggu je.
Bezanya da 10k.
Ngokngek bukan rezeki.

Investment lain cam ada modal sumbangkan kat perniagaan orang.

Apa yang aku nak share adalah.
Skrg ni ada investment KWSP akaun 1.
Dengan public matual.
ada syarat2 dia la.
Balance dalam akaun 1 ada berapa.
Kena g jumpa agen drg la.
Nak bagitau ni menarik program ni.

Kalu kita biar je duit dalam KWSP pulangannya 4% je kot.
Tapi dengan Public Matual ni dapat 10-12% kot.
Masa ku dengar2 ni hari tu cam ragu2 jugak la.
Tapi semalam bila tengok kat dalam paper ada iklan.
So yakin skit la.

Nak senang paham macam ni la prinsipnya.
Kalau simpan kat KWSP masa kita umor 55tahun nnt kata la ada 10 ribu.
Tapi kalau kita buat investment mungkin balance ada 11 ribu.
Camtu la bh krg.
Penerangan bagi orang yang berapa paham cam aku ni.

So kepada yang berminat boleh la hubungi mana2 agent yang berkaitan.
Ku bukan agent tau.
Ku just sharing info je.
Jangan salah paham.

Pssst :
Sumber atas segala percentage yang aku tulis tu adalah secara kasarnya
dan dari sumber yang tak berapa diyakini.
Untuk penerangan lanjut dan sahih sila tanya orang bertauliah.

2 comments:

Anna Da Lady said...

Salm lyn..kawan aku pun join jugak investment ni dgn public mutual, bbrp bulan lepas...aku ada tnya jugak ngan dia...ok ke program ni...hmm...apapun betul yg ko cakap...kalau invest dalm program ni meme nilai dia agak lebih sikit compared to simpan dlm epf..just my 2cents

Imaan09 said...

oo..ni ke ko tanya aku.. mm, aku baru je 'melabur' 30k baru2 ini..huwaaaaaaaaaaa..nnt la aku ceritakan semula..
tp selepas dr tu, xbleh daa aku nk terlibat dgn perkara2 y kena commit bulanan.. kecuali aku naik pangkat ke, naik gaji ke.. jd bos ke..apa aku merepek ni..