Pages

Saturday, November 27, 2010

Hasrat Hati Seorang Ibu

Benda ni berputar-putar di fikiran since last weekend.
Selama ni ku dok risau kalau anak orang buat Kaseh di skool.
Tapi kejadian last week membuat ku membuka mata.
Kaseh da lama tak jumpa Arfan, sepupunya.
Asal balik je Arfan ke rumah mamanya.
Umur Arfan ni genap 1 tahun beza dari Kaseh.

Bila Kaseh jumpa Arfan dipanjatnya budak tu dan di pup..pup.
Ku terpikir kat nursery Kaseh kerjakan anak orang camni gak ke?
Soknya ku tanya Ummi.

Ummi cakap Kaseh ni lasak.
Dia mmg suka panjat2.
Suke amik barang kat tangan orang tapi bila kawan dia amik balik dia tak leh terima.
Aiyoooo.
Gundah gulana aku.
Salah didikan ke?
Normal ke untuk seorang baby yang berumur 9 bulan?

Ku tak nafikan ku bergurau ngan suami ku pun agak kasar.
Main pukul2.
Takut lak Kaseh tafsirkan itu sebagai berkasih sayang.
Ahai la.

Susah hati aku.
Bila baca2 pasal parenting mmg baby akan ikut apa yang ada dikeliling buat.
I know and realise i am not a good example to my baby.
Waaaaa.
Susah hati.
Tapi betul la.
Kalau kita nak orang jadi baik kita kena jadi baik dulu.
Waaaa.

Mama nak Kaseh jadi a good girl.
- Good Behaviour
- Talk nicely.
- Be patient
- Listen to mama and papa
- Know how to take care yourself
- Can control "DO" and "Don't" by yourself
- Always with Allah

Tinggikah harapan mama untuk Kaseh?
Layak kah mama minta Kaseh buat walaupun mama sendiri pun tak buat?
Kalau Kaseh baca entry ini mungkin waktu ini Kaseh da besar dan boleh berfikir.
Walaupun siapa dan bagaimana pandangan Kaseh terhadap mama, mama nak Kaseh tahu, yang mama sentiasa inginkan Kaseh jadi yang terbaik.
Bukan untuk mama.
Tapi untuk Kaseh.
Mama minta maaf kerana mama bukanlah ibu yang terbaik untuk membentuk Kaseh yang terbaik.
Mama sayang Kaseh sangat2.

4 comments:

CHeeSYaNa said...

sayu jerk biler baca n3 ni.. Kita semua tak perfect.. mana yg boleh kita ubah n perasan utk ubah, kita cuba sedaya upaya...

umialya said...

jgn risau.. t/laku anak2 sntiasa berubah.. drg sntiasa bljr perkara dr masa ke semasa

KasehKu said...

Yana : Tu la. Ynag kita nampak.
Yang riso jugak tu perkara y kita tak sedar.

Kak Tini : Tu la.
Harap2 dia dapat jadi yang abaik dari contoh yang betul.

Imaan09 said...

huwaaaaaaaaaa...aku plak terpikir..
macam tu laa mak kita pikir dulu..