Pages

Tuesday, April 19, 2011

Malaysian Breastfeefing Peer Counselor MBFPC


MALAYSIAN BREASTFEEDING PEER COUNSELOR.
Merupakan sebuah badan sukarelawan yang membantu ibu-ibu dalam mengharungi dunia penyusuan ibu.
Ia tidak sama dengan Lactation Counselor / Kaounselor Laktasi.
Peer Counselor adalah lebih kurang macam ibu ke ibu dan mereka adalah sukerelawan.

Bantuan yang diberikan adalah dalam beberapa aspek :
1. Memberi kesedaran kepada ibu dan bakal ibu mengenai relevannya penyusuan susu ibu ini di dunia yang serba canggih ini.
2. Membantu bakal-bakal ibu membuat persedian mental dalam penyusuan susu ibu.
3. Memberi cadangan dalam pengurusan penyusuan susu ibu.
4. Membantu ibu dalam menyelesaikan masalah penyusuan.

Alhamdulillah..ku berjaya menamatkan latihan selama 4 hari.
Banyak benda yang aku belajar terutama
dari segi komunikasi dengan ibu.
Pengetahuan secara teknikal boleh belajar tapi skill dalam menyelami hati seorang ibu yang datang berjumpa dengan kita adalah paling sukar diperolehi.

Ku kagum dengan mereka2 yang memperjuangkan penyusuan susu ibu ini
tanpa mengenal erti penat.
Banyak yang mereka korbankan.
Masa bersama keluarga, diri sendiri apatah lagi dari segi wang ringgit.

Pendekatan y mereka gunakan adalah sangat mengagumkan.
Ku silap selama ini.
Selama ni ku pikir mempromosikan penyusuan susu ibu adalah berapa ramai orang yang kita berjaya ajak untuk breastfeed dan berapa lama mereka bertahan.
Tetapi sebenarnya, kita kena menjaga ketulusan dan kemulian penyusuan susu ibu ini.
Maksudnya, bila kita bercakap mengenai penyusuan susu ibu dalam jangka masa yang panjang,
ia bukan hanya mengenai makanan tambahan, pam, gadget2 penyusuan, pakaian penyusuan tetapi lebih natural sesuatu itu lebih senang ia diterima.
Memang banyak la y aku belajar terutama dengan 1001 cerita pengalaman penyusuan.
Dari cerita ibu yang menghantar EBM dari semenanjung ke Sarawak setiap hari, ibu yang menjaga bayi pra matang dan bermacam lagi la.

Jadi kepada ibu dan bakal ibu yang ada masalah mengenai penyusuan susu ibu, boleh la email saya di sitinorhas_linda@yahoo.com atau call 019 - 603 8353.

Saya semestinya tidak sebagus PC yang lain tetapi saya akan cuba membantu selagi termampu.

Boleh juga ke website MBFPC untuk mendapatkan senarai nama Peer Counselor yang berdekatan dengan anda.
Ramai sukarelawan yang sedia membantu anda.

Pssst : Kagum dengan Pn Kamariah dan PCPA yang berhati mulia membuat kerja amal.
Tahniah atas kejayaan Pn Kamariah di Sejuta Impian.
Adakah mampu untuk aku menjadi semulia mereka?

5 comments:

baincardin said...

Welcoming my new header. ^_^

mummy-aulia' said...

welcome to MBfPC..selamat berbakti kpd masyarakat..

Amiizaa2001 said...

congrats lin...dah jadi PEER :)

ayu said...

tahniah lynd!!

mirah said...

belum sempat tulis entry psl mbfpc..hihi..