Pages

Friday, April 1, 2011

Wajarkah Berterima Kasih Kepada Ibu?

Tajuk kontroversi.
Ku nak menyuarakan / menyampaikan apa yang berlegar2 di kepala botak ku ini.
Kepada sesiapa yang boleh bantu beri pandangan yang boleh membetulkan "akidah"sy ini, sangat2 la dialu2kan.

Saya just musykil, wajarkan seorang ibu mengajar anaknya supaya berterima kasih kepadanya kerana melahirkan mereka?
Saya minta maaf.
Ermmm.. Macamana nak cakap ye.
Sy rasa janggal bila seorang ibu mengatakan "Anakku patut berterima kasih kepada ibu kerana melahirkan awak."
Saya tidak bermaksud mengatakan ibu tidak patut diterima kasihkan.
Kalau nak cakap pun biar la orang lain yang ajar.
Bukan ibu sendiri.
kenapa sy rasa pelik?
Sebab da buat baik dengan melahirkan anak itu tapi disuruh berterima kasih.
Heeee.
ke saya sorang je y rasa camtu?

Ok la, ni pandangan ku sejak aku jadi ibu.
mungkin orang menekankan yang seorang ibu susah payah melahirkan anak.
Membesarkan anak.
Mendidik anak.
.
.
Tapi, aku tak rasa semua itu.
Proses melahirkan Kaseh boleh dikatakan senang.
ku bersalin normal tau, no drug.
Kalau ditanya ingat lagi tak sakit bersalin?
Aku akan rasa TIDAKK.
Ku rasa sok kalau ku nak kena bebel dekat Kaseh "susah payah mama mengandung dan melahirkan Kaseh"
ku rasa tidak layak mengatakan itu.
Sebab ku tak rasa susah pun.

Begitu juga bab menjaga, menyusukan dan mendidik.

Anak.
Adalah amanah dan rahmat.
Ku selalu berterima kasih dangan Kaseh sebab wujud dalam hidup ku.
yang memberi kebahagiaan yang orang lain tak dapat kasi.

Aku berterima kasih kepada ibu ku?
Haaaa.. Hidup umpama roda.
Aku ibu kepada Kaseh dan anak kepada ibu ku.
Sepatutnya apa yang aku harapkan dari anakku adalah harapan yang sama dari ibu ke?
betul tak?
kalau kita nak anak hormat kita, kita kena hormat ibu kita.
Aku dengan ibu juga sama.
Ibu adalah amanat.
Dia patut dihormati dan disayangi dan dijaga.

Aku hanya menjalankan amanat.
Samada anak atau ibu ku nakk menyayangi aku atau tidak itu terpulang kepada mereka.
Tapi kalau mereka nak jalankan amanat mereka kena la sayang aku balik kan?
heeeeeee.

Allah maha adil.
jangan meminta sesuatu yang kita sendiri tidak berikan hak mereka.

Ingat, siapa pun kita, ibu, anak, isteri, rakan, pekerja atau apa sahaja tugas kita.
Apa yang kita dapat, serahkan pada Allah.
Biarlah apa yang kita dapat "kita rasa" tidak setimpal dengan apa yang kita berikan,
Allah tidak pernah tercicir untuk menghisabnya.

Apa tujuan N3 ini?
1. Nak tau, perlu ke bagitau kat Kaseh yang dia kena say thanx to me sebab melahirkan dia?
2. Jika kita nak anak sayang dan hormat kita, kita perlu la hormat ibu bapa kita sendiri dulu.
3. Nak ucapkan terima kasih kat Kaseh sebab lahir kedunia ini memberikan mama kebahagiaan dan maafkan mama jika mama tidak menjalankan tanggungjwab mama dengan sempurna.

Psssttt : Da lama terpikir benda ni tapi 2-3 hari ni macam menyesak kepala disebabkan oleh isu2 tanggang moden. Anak derhaka dengan ibu bapa, tapi at the same time anak itu sendiri mepersoalkan tanggungjawab ibubapa mereka.
Takuuuttt..

1 comment:

ct N honey said...

yg penting anak itu tanggungjawab kita,lakukan sebaik yg mungkin,yg lain2 tu berserah kepada Allah