Pages

Wednesday, February 8, 2012

Birth Plan untuk Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum..

(Kenapa setiap kali nak buat entry ku kena pikir apa reason / bagaimana tercetusnya idea untuk buat entry tersebut?
Untuk kali ini ku nak direct)


Sekarang mama da almost 34 minggu.
Tak sabar da nak tunggu adik baby keluar.
Tapi menahan perasaan sbb blom sampai masa.
Bila da cukup 38 minggu, adik baby kuar la cepat2.
Heee..

Soalan yang biasa ditanya bila da dekat2 bersalin ini adalah,
"Bersalin kat mana?"

Akan ada 2 jenis jawapan,
"Kat sini aje, tak balik kampung pun"
atau
"Tengok la kat mana dia sempat keluar (merujuk kepada hospital mana)"

So kadang2 ku tak sure yang mana satu jawapan mana yang diharapkan oleh penanya.
Ku sendiri tak pernah tanya soklan gitu kot, kalau bertanya jwapan yang ku maksudkan adalah yang pertama.

Kalau untuk jawapan yang ke-2 mmg ku tak sure nak bersalin kat mana.
Dengan erti kata lain Private or GH.

Zon tempat tinggal dan even kerja, termasuk dalam daerah taklukan
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Hospital ini dikenali dengan hospital yang crowded dan lama.
Dan juga beberapa kes yang tidak enak didengar.
2-3 hari lepas ku tertanya pada En Suami,
"Pa, kalau mama kena bersalin kat Hospital Klang camner?"
Jawab dia " Tak payah la"

Macam Kaseh dulu, ku bersalin di Hospital Sungai Buloh.
Walaupun bukan zon kawasan tempat tinggal kami, tapi kami redah je.
Kalau ikutkan memang dorang tak kasi g sana.
Time tu kira ku bernasib baik sbb Kaseh da keluar baru ada nurse yang perasan aku datang dari kawasan lain dan da terlambat pun dorang nak marah2.
So.. lepas la.

Secara kasarnya, Ku tak kisah bersalin kat mana2 pun sbb ku pikir sakit sama je.
Dan da berapa juta umat manusia da lahir kat hospital Klang tu.
Tapi bila pikir secara halus rasa cam, "Ermm.. seram jugak"

Sebenarnya kami ada option ke-2 di hospital swasta ni.
Hospital tu mmg ada record ku, just ku tak regular checkup kat sana je.
Then kalau terbersalin kat sana sekali pun kami still mampu untuk cover bil even yang teroperate skli pun.
Lagi pun syarat bersalin kat situ takder la ketat sangat, just make sure ada buku merah yang kita checkup kat kerajaan je.
Dan jika ku rasa sakit nak bersalin samada kat rumah atau kat opis tak menjadi masalah sbb jaraknya still lagi takder jauh sgt.

Ku pun berkira2 juga untuk baby " kuat" ku ini.
**Kenapa baby kuat? nantii ku cerita di entry lain"
Disebabkan kekuatan dia ini, ku nak hadiahkanlah sesuatu yang istimewa untuk dia.
Memanjakan diri dan baby di hospital private.

Soooo.. bila nak bersalin di hospital bukan rakan bayi,
ku kena ada plan bersalin tambahan la.
Ini adalah langkah penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu.

So search la pasal Birth Plan untuk Breastfeeding.
Boleh rujuk di blog Puan Farah Farhan juga ye di entry ini.

Dan ku jumpa di website http://www.breastfeedingmums.com/sample-birth-plan.htm

Apa yang pihak hospital perlu tahu mengenai Birth Plan kita adalah :

1. Saya ingin menyusukan anak saya secara exclusive iaitu tiada pemberian susu formula / glukose / air kosong kepada bayi, puting tiruan atau penggunaan botol susu.
Jika perlu sila berbincang dengan saya atau suami saya terlebih dahulu.

2. Sejurus selepas dilahirkan saya ingin peluk anak saya iaitu skin to skin contact.

3, Saya ingin menyusukan anak saya seawal yang mungkin
(dalam tempoh 1 jam selepas bersalin)

4. Saya ingin room-in dengan anak saya 24 jam, melainkan untuk dimandikan dan prosedure vaksinasi supaya saya dapat menyusukan anak saya on-demand.

5. Saya amat memerlukan bantuan dan sokongan dari kakitangan hospital yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam menjayakan penyusuan susu ibu.

Sekian Terima Kasih.

So far ni je la kot yang penting dan ringkas untuk pihak hospital tahu semasa keadaan genting ku nak bersalin itu.

Ku akan baiki ayat skit2, dan buat list as simple as i can, print dan attachkan bersama dengan buku record pemeriksaan ibu hamil.

No comments: