Pages

Wednesday, February 29, 2012

Persiapan Berpantang - Set berpantang

Setelah pemburuan dan pengkajian telah dibuat.
Akhirnya persiapan berpantang untuk set bersalin sudah selesai.

Ini lah semuanya.
Set Bersalin Amway + Beberapa bahan lain.

Kenapa Set Bersalin Amway?
Dilema antara Set Bersalin NR.

Sbb murah dan complete dengan pilis dan bengkung.
Ku beli disini.
Dengan harga Rm 275 + Rm 5 (Kos Penghantaran) = Rm 280
+
Tungku Bayi (Sampai skrg ku blom buat research lg cmner nak guna)

Da cukup sume da tapi xtau la tahap keberkesanannya camner.

Persiapan berpantang terbahagi kepada beberapa bahagian.

Bahagian Pertama : Pembersihan.

Ini 1 untuk pembersihan alat sulit dan 1 lagi untuk mandi herba.
Tapi ku still prefer nak jugak cari bahan2 semula jadi seperti,
Serai wangi + Daun Jambu + Daun Sireh + Daun Inai + Manjakani.
Tapi tengok kelapangan la, kalau ada sumber manusia untuk mencari bahan2 tersebut dihari kejadian kira boleh la merasa untuk 2-3 hari.
Untuk serai wangi ku da jumpa org yang ada tanam.
Ku nak beli tapi dia nak kasi je.
Tengok minggu depan camner klu sempat gi amik dan tanam dalam pasu.

Bahagian ke - 2 : Penggunaan Luaran

Bagi Set Amway ada pilis, param, ubat barut, minyak urut dan minyak bayi.
Bagi minyak urut ku suke baunya. Bau serai wangi.
Tapi tak panas. (So kureng skit la)
So bagi menyelesaikan masalah ini ku ingat nak consider untuk Minyak Herbanika NR.
(Katanya best dan panas)
Tapi dipikir2 balik nnt klu tak guna yang ni ku nak buat apa.
So kiranya cam tak jadi beli la kot.
Kalau rasa nak beli order je online sok.
SO bagi menyelesaikan isu minyak tak panas ku beli krim MOKYAH.
Heeee.. Tak tau la org pernah dengar ke tak.
Beli kat pasar (Tapi serius susah nak jumpa hanya org tertentu shja yang jual)
Memang panas klu sapu kat kaki.
Best.. Ni ilham dari ibu mertua ku.

Untuk bengkung plak.. Set amway ada dalam bentuk pes dan ilham dari Lea ku beli jugak la minyak cap wanita tu. Rm 6.50 je. Da jumpa beli je la.

Pilis pun ku harap ku akan guna.
Huuu..
Dalam botol merah tu ingat minyak panas tapi tak panas gak.
Masa mangandung ni mmg best sapu kat kaki minyak panas.
Ke lemak ku yang tebal..?


Bahagian Ke-3 : Pemakanan.

Set Amway ada 3 jenis yang untuk penggunaan dalaman.
untuk pemulaan kena minum yang teh uncang.
Dicadangkan campur dengan madu.
SO madu pun da beli.
Next is yang dalam bentuk pil.
ada 2 jenis tapi tidak digunakan secara serentak.

Tapi cam dulu En Suami belikan pati ikan haruan so this time tengok la.
Dan bagi menyelesaikan masalah sembelit, ku nak cari prune.
Huuu.. Serik rasanya.

Untuk penggunaan Set Amway, disertakan sekali jadual penggunaan bagi setiap product.
So xder la pening sangat.

Dan lain-lain :
Bengkung - Da ada 2, Amway and Mustika Ratu (lama punyer)
Tungku - Tungku Moden (Blom Beli lg)
Tukang Urut - Da book tapi masih survey2 lagi mana2 yang best.
Bertanggas - Tengah buat research

Semua barang2 ini sudah disusun mengikut kategori dan akan diletakkan ditempat yang senang dicapai dan ditempat penggunaan yang betul.
***Salah satu Home Organizing gak tu***

Yang lain semua da setel.
Diharap kali ini ku betul2 dapat berpantang supaya kesihatan dapat pulih dengan cepat dan badan seperti anak dara.
Huaaaa...
Impian Ibu Beranak Dua.


7 comments:

Imaan09 said...

eh makcik..krim mooyah ka itu???? ohhhooo..klu ada krim itu, anda sudah xperlu krim lain..very the panasss..!

Mama Lynd said...

Pernah dengah pasal mooyah?
Sangat jarang jumpa tp MIL mmg guna krim ni sbb tu aku tau..
And susah nak cari.. pilihan y tepat.. Ak mmg pcaya btul la ngan rekemendation dan testimoni dari ko.

ayu said...

masa anak pertama mmg pakai amway..

pakai la yg tepek2 kat badan n kepala tu..

tapi, bab2 makan ubat tu tak makan pun..hehe

Mama Lynd said...

Ayu : Kaseh dulu pun xmkn per2 atas alasan joundis. Tapi u kali ni harap sume lancar. Kagum tengok MIL diusia cecah 50tahun dan melahirkan 10 anak dimukabumi Allah ni dia boleh lari g dapur matikan dapur gas sbb nasi rentung. Kagum toll.. Nak fit cam dia tu y beria tu. Heee

umialya said...

jap lg nak g tgk atas kabinet stok amway, rasa2nya dah exp. kot mklum le Alyapun ah berusia 2 1/2thn..

org len beli kitapun beli gak tp akak cuma guna sebahagian kecik je, paling suka minyak bb

EllyEllies said...

cayok2...semoga menjadi 'anak dara' balik..heee

Ummi Raid said...

Harap dapat dikongsi bersama. Kebiasaannya tiada dalam senarai persiapan bersalin iaitu pengurusan Uri. Semak --> Set Pengurusan Uri Ummi raid.
http://ummiraid.blogspot.com/