Pages

Wednesday, February 8, 2012

Home Organizing - Store

Haa.. layakkah dipanggil store?
1 ruang dibawah tanggal ku jadikan tempat letak kotak barang2 lama.

Ada beberapa sebab knpa ku menyelongkar bahagian ini selama coti hari tu.

1. Nak carikan buku yang direquest oleh seorang rakan.
Tapi xder nmpknya.

2. Nak coba buang sgla benda yang boleh dibuang dan menyusun segala benda mengikut keutamaan.
Barang yang guna ku letak paling atas dan barang yang takkan guna ku letak paling bawah.

3. Label sebenarnya da ada bagi setiap kotak just nak mengkemaskannya.

Dan bila dibandingkan antara gambar before and after, resultnya nampak macam
TAK ADA BEZA..!!!

Before


After

Haaa.. nampak macam kerja sia2.
Tapi tidak..

1. Ku berjaya membuang 1 plastik besar barang yang dikategorikan sebagai "Sampah"

2. Ku berjaya kumpulkan baju yang boleh "Didermakan"
Kebetulan bonda ku ada nanti dia bawak balik kampung dan kasi kat orang.
Kat sini susah nak cari orang "Susah"
Baju tu sume elok lagi just baju tu da mengecut
"Da tak muat ku pakai"

3. Ku dapat menyingkirkan / mengosongkan 2 kotak dimana yang mana boleh kumpul masukkan dalam 1 kotak.

4. Ada barang2 yang patut ku pulangkan kepada tuannya.

Alieya Farah - Rakan rumah sewa masa zaman bujang dulu. Dia pindah dulu and bila ku nak pindah ada barang2 dia yang tertinggal. So ku hangkut skli. Tapi sampai sekarang tak dipulangkan. Lopa / tak jumpa.

Zaliha Wahid - Ada sijil derma darah, baju teddy bear dan beberapa helai baju dan tudung.
(klau ko nak masukkan dlm kategori "derma" ku bleh pass kat bonda ku. nanti ku snap gambar dan send kat ko)

Adik Ku - Barang2 ntah apa2 1 plastik. Asyik lupa nak pass bila dia datang.

Kamaliana - Ku tak ingat macamana beg balik kampung ko ada ngan aku.
Pun lupa nak pass balik kat ko.

Barang2 diatas sudah ku asingkan di 1 bahagain so bila rasa cam akan jumpa orang2 berikut akan ku tarik dan kasi.
(tertakluk kepada daya ingatan ibu bakal beranak 2 ini)


Ada beberapa barang yang ku kategori sebagai "tak tau nak buat apa".

1. Barang Hantaran

Huuu.. Tempat cincin dan bunga2.
Nak buang sayang. Nak simpan bukan ada org nak pakai pun. Huuu.

2. Buku Nota di UKM
Sama. Nak buang sayang. Ilmu tu.
Nak derma, Kat sapa?

3. Stroller.
Perasan tak ada stroller kat dalam gambar keseluruhan tu.
Da xleh pakai sbnrnya.
Da roboh.
Tapi cam biasa.
Nak buang sayang.

Da tak tau nak kemas camner lagi da ruang ni.
Kalau nak lapangkan bleh je hangkut naik bilik atas.
Tapi taknak la mengishtiharkan bilik tu sebagai store.
Makin besar ruang makin best la sepah.
Ruang bawah tangga ni klau buat pintu dan letak lampu kira ok gak la sebagai store secara rasminya.

Tapi dengan berlangsungnya project ini,
ruang ini tidak perlu diusik untuk setahun 2.
(Huwaaaa... Berangan ko Lynd)
Silap hari bulan minggu depan ko selongkar lagi.

Sekian, terima kasih.

6 comments:

Anna Da Lady said...

weh, biar betoi..beg mana tu? beg garfield ka? alah, guna je..kalau dah rasa tak elok, buang je la...weh, aku rasa nanti kalau ada rezeki lebih, elok ko buat bilik stor bwh tu elok2..aku tengok ada sorang blogger ni, dia buat bilik stor bawah tangga dia yang sebelum ni memang bukan bilik stor..nampak cantik je...

Imaan09 said...

eh..eh..amik gambar..sijil derma darah tu nakkk..y lain nk tgk dulu

Mama Lynd said...

Kam : Bukan beg garfiled. Cam biasa klu ak jmpa ko ku pulangkan. Pasal nk buat pintu kat ruang tu mmg da masuk senarai "Kalau ada duit lebih"

Mama Lynd said...

Lea : Wokez ku simpan semua itu dulu.

Fizah said...

purging mmg susahhhh nak buat kan. iaitu sayangnya nak buang brg ni brg tu dan segala bagai. brg hantaran tu mmg betul, syg nak buang. hari tu masa aku kemas rumah, penyelesaiannya adalah htr ke rumah bondaku. mak aku suka benda2 macam tu. lgpun adik aku pun bakal kawen masa terdekat ni, so blhlah dia guna.

buku masa belajar dulu aku ada ketepikan, dan sedang berkira-kira utk beli sebuah rak buku, susun bagi elok kat situ. nanti aku cerita detail pasal ni di satu hari yg indah kat blog.

stroller pun sama mcm aku, tersimpan di stor tapi aku punya masih functional. kalu rusak, aku buang. tapi kalu reti repair bagus jugak. tak bazir nk beli baru.

Mama Lynd said...

Fizah : Fenomena alam biasa adalah bila kita buang benda ynag kita pikir da tak guna dan da lama xguna tak lama selepas itu kita akan terpikir benda tu kita still bleh guna. mmg guna2 btul la. Pening ayat aku.